Kasihan anak saya yang ke-dua ni... Bengkak dilehernya timbul pada 07/09/2009 sekitar jam 7 hingga 8 malam. Sebelum itu, tanda-tanda bengkak langsung tidak ada. Lepas bagi dia mandi air suam lebih kurang jam 7 malam, saya bagi dia minum susu. Lebih kurang jam 8, Bradley mula menangis dan suhu badan naik. Jadi, saya bagilah dia makan paracetamol, 5 ml 120 mg. Masa itulah baru saya perasan benda ni. Apa lagi.. terus bawa dia pergi hospital!!


Besar bah ini bengkak...

Kami sampai di hospital lebih kurang jam 8.30 malam. Lepas mendaftar dan diperiksa oleh doktor bertugas, Bradley dibawa ke Bilik X-ray. Aiya... kena suruh pakai protective cloth untuk tutup bahagian sulit supaya tidak kena sinaran X-ray.. nanti mandul la pula.. Susah lagii...


Bradley di Bilik X-ray

Selepas di X-ray, Bradley dimasukkan ke wad kanak-kanak. Disini, IV drip dipasang di tangan Bradley. Kesian dia ni... sampai hari ini rasanya sudah lebih 15 kali tangan dan kaki dia dicucuk untuk tujuan IV drip. Nangis sajalah yang boleh dia buat.



Tengoklah tu... kanan kiri atas bawah.... Sian dia...

Pas tu, saya sempat tengok Wad Kanak-kanak ni punya senarai pesakit.. Salah pula nama si Bradley ni ditulis. Sepatutnya Bradley Ashton tapi yang ditulis... Bradley Antonis!! Aiyaaaa.... manyak silap ooo...


Kesilapan macam ni boleh mengelirukan orang...

Tengok perbezaan badan si Bradley dalam selepas 10 hari dalam wad... Jadi kurus pula...


Gambar last ni saja diletak untuk maklumat umum tentang masa melawat di Hospital Tawau. Mungkin tempat lain pun sama juga ni...



CATATAN: Harap-harap cepat sembuh... si Bradley...