Gambar Pasukan One Malaysia FC semasa perlawanan menentang RCD Hill Top pada 29/10/2010.

Kelab Bolasepak One Malaysia merupakan sebuah kelab yang baru dibuka seminggu yang lalu atas inisiatif rakan-rakan guru SM Teknik Tawau dan diuruskan oleh pemain merangkap pengurus iaitu Encik Haindy Sapikit. Minat dan keseronokan bermain bolasepak membuatkan pemain yang pernah beraksi untuk Taxi FC bersama dengan rakan guru SM Teknik Tawau untuk menubuhkan kelab ini.

Menurut beliau, kelab ini ditubuhkan khas untuk mereka yang mencintai bola sepak dan tiada sebarang tekanan untuk mencipta kemenangan dalam setiap perlawanan. "Dapat bersukan dan berseronok sudah cukup baik... Kebanyakan kelab bolasepak ditubuhkan untuk mencapai kemenangan dalam semua perlawanan. Sememangnya kemenangan akan melonjakkan perasaan seronok tetapi itu bukan sasaran utama kelab ini. Kelab ini bukan bertujuan untuk menyertai mana-mana perlawanan berprestij ini hanya untuk berseronok. Kemenangan kita anggap sebagai bonus..." katanya lagi...

Kenapa pilih nama One Malaysia sedangkan banyak nama lain yang lebih menyerlahkan kemampuan kelab?

"Sebenarnya sehingga hari ini, kelab One Malaysia FC telahpun disertai oleh banyak pemain kelab lain yang melihat bilangan latihan dalam kelab mereka kurang mencukupi untuk meningkatkan tahap kecergasan. Walau bagaimanapun, maklumat tentang kelab mereka adalah sulit. Dan, kesemua pemain ini terdiri daripada pelbagai bangsa dan keturunan yang membuatkan saya dan kawan-kawan merasa bahawa One Malaysia adalah suatu nama yang sangat sesuai untuk kelab ini."

Kelab ini telah pun dipromosikan oleh Encik Haindy Sapikit dalam ruangan Facebooknya. Kepada yang berminat untuk melihat album-album perlawanan Kelab One Malaysia FC bolehlah mengklik pautan berikut dan add Ndy nk.

Facebook Haindy Sapikit: http://www.facebook.com/album.php?aid=31018&id=100000717285319#!/profile.php?id=100000717285319

Setakat ini, One Malaysia FC telahpun mengharungi 3 perlawanan persahabatan dalam minggu lepas iaitu dua kali pertemuan dengan Umum Jaya FC (Division 1 Liga SAFA Tawau) pada 25 dan 27/10/2010 serta RCD Hilltop pada 29/10/2010.

Keputusan perlawanan adalah seperti berikut:

Menentang Umum Jaya 25/10/2010 - Tewas 1 - 7
Menentang Umum Jaya 27/10/2010 - Tewas 0 - 6
Menentang RCD Hill Top 29/10/2010 - Menang 6 - 1


Pahaikan.com hanya berkesempatan untuk melihat perlawanan ke-3 iaitu menentang RCD Hill Top. Berikut adalah antara aksi perlawanan yang sempat dirakamkan....


RCD Hill Top mendahului pada minit ke-10 apabila berjaya melepasi perangkap offside benteng pertahanan One Malaysia FC


Ketumpulan barisan penyerang RCD Hill Top menyebabkan gol ke-2 tidak muncul-muncul walaupun peluang terhidang didepan mata...


Fernando melepaskan rembatan deras menewaskan penjaga gol RCD Hill Top dari jarak 25 meter untuk kedudukan 1-1.


Ustaz Noran diasak namun beliau terus mengawal bola...


Penjaga gol One Malaysia menerima rempuhan kasar dari dua pemain RCD Hill Top... Walau bagaimanapun bola terkeluar dari kawasan permainan...


Hillary Lagin tersenyum bangga kerana menjaringkan gol ke-4 pasukan sejurus sebelum digantikan oleh Robbie... Mau keluar baru menjaring??... Hehehe...


Promosi: Jersi baru One Malaysia FC... Boleh order.. 1 Helai RM30.00 + nama dengan nombor sekali...

CATATAN: Bila lagi perlawanan seterusnya...???