Ucapan terakhir di pentas Majlis Perhimpunan Mingguan pada 13/02/2012...
Berita pindah lagii... Rupanya dalam diam, memang berusaha bersungguh-sungguh Cikgu Hasni ni mau pindah... Apa pun, tahniah... Sebab dapat pindah untuk lebih dekat dengan suami tercinta... Ehem... Tapi yang jelas, memang sedih juga berpisah dengan sekolah tempat posting yang pertama...
Empunya nama, Che Hasnisyahida Binti Che Hassan sudahpun berkhidmat di SM Vokasional Tawau lebih kurang 3 tahun ++, iaitu sejak tahun 2009 (rasanyalah...). Oh ya... Lupa pula. Cikgu Hasni akan berpindah ke SM Vokasional Beaufort yang juga dikenali dengan nama baru Kolej Vokasional Beaufort. Kira jadi pensyarah la kalau sudah masuk kolej kann...
Sedih....
Tetapi tetap bersemangat...
Untuk menambah kesedihan mana-mana guru yang bakal berpindah di SM Vokasional Tawau, macam biasa... Di bagi peluang untuk memberikan ucapan perpisahan di dalam majlis perhimpunan. Budak-budak pun layan nangis juga... Adeii... Sedih la.. Apa pun keadaannya, pahaikan.com mengucapkan selamat maju jaya dan semoga terus cemerlang di sekolah yang baru. Dan, tidak lupa juga.. Terima kasih untuk semua jasa baik dan usaha yang telah dicurahkan kepada sekolah dan seluruh warga sekolah, tidak kira yang sudah berpindah atau masih berada di SM Vokasional Tawau...
Nasib baik ada tisu... Apa pun, misi yang penuh keberanian ini berjaya ditempuhi...
Kepada yang ingin mengucapkan selamat jalan ka selamat maju jaya ka... Bolehlah menjenguk ke Bilik Guru sebab minggu ni minggu last Cikgu Hasni berada di SM Vokasional Tawau... Caiyooo....
CATATAN: Bulan April... Cepatlah ko sampai... Hehehehe...
Antara ahli pengakap yang menjadi tunjang kepada perjalanan majlis pada perhimpunan kali ini...
Selepas diumumkan lebih kurang 3 minggu yang lalu, Unit Pengakap mendahului senarai pengendali Majlis Perhimpunan Mingguan dikalangan unit beruniform pada hari ini. Tahniah! Unit Pengakap dan tidak lupa kepada guru yang bertanggungjawab, Cikgu Nor Suhada Mat Hasan ... Kalau mau cerita perjalanan majlis pun banyak ni... Lebih kurang macam yang sebelum ini la... Kalau rajin cek entri yang dulu la ya..... Continue reading...
Gambar pinjam dari Facebook.com... Lupa pula dari mana ni.. Sorry la ya...
Tidak tahulah berapa ramai yang hadir untuk bersama-sama memeriahkan festival ini. Ada yang bilang sampai 10,000 orang. Memang meriah. Malam kemuncak Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) 2012 telah menampilkan lebih kurang 30 etnik yang berada di Tawau dan dimeriahkan lagi dengan delegasi jemputan khas dari Kumpulan Kebudayaan Indonesia (Nunukan), Persembahan Yayasan Warisan Johor, Kumpulan Kebudayaan Brunei D... Continue reading...
Program 5S SM Vokasional Tawau telahpun bermula sejak 07/02/2012, sejurus selepas majlis pelancaran yang disempurnakan oleh pengetua, Encik Johan Okasa. Setelah aktiviti seperti Ceramah Kesedaran 5S & Bengkel 5S dijalankan, tibalah pula fasa pertama dan ke-2 yang dijalankan secara gotong royong dan saya rasa proses ini akan diteruskan sehingga ke minggu depan.
Perjalanan saya pada hari ini merangkumi kelas dan bengkel bagi Blok Vokasional dan sedikit di Blok ERT. ... Continue reading...
Wayne Rooney pernah mengalami keretakan metatarsal semasa perlawanan dengan Chelsea pada Mei 2006. (Rujukan kes)
Mana-mana pemain bolasepak sama ada yang bermain untuk peringkat sekolah atau di kelab ternama, terdedah kepada kecederaan kaki. Ada kecederaan yang akan mengakibatkan kesan jangka pendek dan jangka panjang. Yang jangka panjang ni biasanya akan menyebabkan orang "gantung kasut".
Sememangnya kaki adalah aset utama bagi seorang pemain bolasepak. Tidak hairanlah Pasukan Real Madrid sang... Continue reading...
Majlis Pelancaran Program 5S SM Vokasional Tawau yang dijalankan dengan perhimpunan pada hari ini. Pelancaran program ini adalah tanda bermulanya proses implementasi program ini ke dalam sistem pengurusan sekolah. Program 5S yang cuba diperkenalkan ini bertujuan untuk melicinkan pengurusan sekolah dan ianya adalah hasil daripada Taklimat 5S di SM Teknik Likas dan Lawatan Penandarasan di SMV Keningau oleh guru-guru yang telah dilantik.
Cikgu Khairul menjaringkan gol tercantik dalam perlawanan ini...
Lama pula tidak pi tengok Teknik FC main... Ini baru perlawanan persahabatan ke-2 untuk tahun ini. Musim barulah katakan... Dan yang penting, dua kemenangan berturut-turut dicipta walaupun kebanyak pemain belum mencapai tahap kecergasan terbaik.
Perlawanan persahabatan dengan Kesihatan Tawau FC (KTFC) kali ini menampilkan beberapa pemain import Teknik FC. Ada dari PGA dan ada juga dari sekolah lain. Apa pun, peluang untuk bermain ... Continue reading...
Ucapan perasmian penutupan daripada Pengetua, Encik Johan Okasa...
Minggu Pejanaan Minda 2012 SM Vokasional Tawau ditutup dengan rasminya pada hari ini oleh Pengetua, Encik Johan Okasa.
Majlis bermula sekitar jam 10:00 pagi dan dihadiri oleh semua guru yang tidak mempunyai aktiviti p&p.
Macam semua guru baru ni?!!#$?
Uwah... Cikgu Bakri (Bakal)... Concentrate ka ni.. ??
Minggu yang semestinya menjadi cabaran awal bagi pelajar Tingkatan 4 yang menempah nama sebagai pelajar SM Vokasional Tawau. Dan,... Continue reading...
Pelajar baru Tingkatan 4 turut memakai pakaian rasmi sekolah menengah vokasional seluruh negara...
MInggu Penjanaan Minda 2012 bagi pelajar Tingkatan 4 bermula hari ini sehingga 03/02/2012. Pelbagai aktiviti telahpun dirancang untuk menjayakan program tahun ini tetapi satu aktiviti tradisi iaitu wajib tinggal di asrama tidak dilakukan pada tahun ini. Mungkinkah kewangan tidak cukup..??
Cikgu Kholik Maming mengumumkan senarai peserta Program ELIT 2012
Para peserta Program Kelas ELIT Voka , Voka 2, ERT 1 & ERT 2 diumumkan hari ini selepas Majlis Perhimpunan Mingguan. Program yang berjalan serentak dalam jadual pembelajaran harian ini, mensasarkan peserta untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 5A dalam SPM 2012 nanti...
Pengetua turut sama meraikan para peserta yang berjaya menempah tempat dalam Skuad ELIT ini...
Seramai 60 orang pelajar telah disenaraikan untuk program ini berdas... Continue reading...
Lama juga tidak tengok Anugerah Juara Lagu ni... Macam 5.... 6 tahun. Tapi malam ni terpaksa, sebab tiada perlawanan bola sepak BPL. Tahun berganti tahun, rupa-rupanya AJL sudah sampai yang ke-26. Apa pun, memang saya puas hati tengok persembahan juara kali ini... Best... Kalau tengok di You Tube macam kurang pula feel dia... Tapi masa live memang kaw-kaw si Hafiz ni bagi.. Tahniahlah Hafiz... Harap-harap lebih banyak lagu best di masa yang akan datang...
Selamat menyambut Tahun Baru Cina 2012... Tema tahun baru kali ini ialah Naga Air dimana Naga dalam mitologi feng shui adalah mahluk yang selalu membawa cahaya kehidupan, membawa chi yang kuat dan sempurna. Ia adalah sumber inspirasi dan kreativiti. Sumber segala kebenaran dan pembawa nasib langit dan menaklukkan nasib. Naga air dipercayai mempunyai dua sifat iaitu kekuatan baik dan kekuatan buruk yang sama kuat.
Antara pelajar yang berjaya mendaftarkan diri pada hari tersebut...
Bilangan pelajar yang mendaftar semasa Hari Pendaftaran Pelajar Tingkatan 4 pada 09/01/2012 yang lepas masih kurang berbanding bilangan yang disasarkan. Mungkin ramai antara pelajar ini menolak tawaran yang diberikan dan menurut maklumat yang saya ada, hanya 200 pelajar sahaja yang telah berjaya mendaftar berbanding 400 yang disasarkan.
Oleh itu, Pendaftaran Tingkatan 4 Ambilan ke-2 bertujuan untuk melengkapkan jumlah tersebut.... Continue reading...
Pengetua memberikan taklimat ringkas tentang sekolah kepada para guru baru...
Patah, Tumbuh, Hilang berganti..... Tahun lepas SMV Tawau kehilangan seramai 7 orang guru (termasuk yang dapat pindah semasa cuti sekolah), tapi 09/01/2012 yang lepas pengetua mengumumkan bahawa SM Vokasional Tawau bakal menerima 14 orang guru baru yang kebanyakkannya untuk kursus ERT.
Tiada posing yang menarik ya cikgu...
Antara bagasi yang dibawa ke Tawau...
Yang ini paling besar... Macam tidak mau balik kampung suda...
Jo Carlyn mendahului perarakan Pesta Santo Nino de Cebu ke Dewan Paroki Gereja Holy Trinity Tawau
Tit... Tit... Ada SMS... Rupanya dari Geng SOCCOM Photographers Holy Trinity Tawau, Bos Jerome Lim. "SOCCOM Photographers: Tomorrow Santo Nino Celebration... Mass at 11am then to dewan till 3 pm". Begitulah bunyi sms yang sampai. Jadi faham-faham sajalah... Kena bawa kamera pergi gereja untuk event ini. Lagi pun ini untuk koleksi SOCCOM.
Oleh kerana saya kena berada lama di gereja, jadi saya tidak ... Continue reading...
Sesi yang pertama... Slot Unit Hal Ehwal Murid oleh Penolong Kanan HEM, Cikgu Ahmad Fakhrurazi Hj Hamzah...
Program Re-Orientasi Pelajar Tingkatan 5 ini dibuat khas untuk mengingatkan semula tujuan utama pelajar berada di SM Vokasional Tawau iaitu "Mencapai Kecemerlangan dalam Bidang Kurikulum dan Kokurikulum"...
Semua jabatan mengambil bahagian dalam program ini dan dikendalikan sepenuhnya oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SMV Tawau.
Cikgu Ishak Japar, Ketua Jabatan Bahasa sangat bersemangat ...
Tahun lepas, pendaftaran Tingkatan 4 dilakukan pada minggu pertama persekolahan tapi tahun ini dibuat dalam minggu ke-2. Tapi... Lebih cepat lebih baik rasanya... Barulah silibus habis cepat... Kann...
Suasana Dewan Tun Ahmad Shah agak "kosong" berbanding tahun lepas...
Taklimat pengetua bersama ibubapa dan pelajar baru...
Para ibubapa dan pelajar tekun mendengar taklimat daipada pengetua...
Yang dibahagian belakang masih belum mendaftarkann...
Antara gambar iklan yang telah diambil sebelum Cikgu Keegan berpindah...
Tik! Tok! Tik! Tok!... Cuti pun habis... Sekolah pun buka semula... Belum puas bercuti pun... Hari pertama, Taklimat Guru (03/12/2012) berlangsung, dan pengetua menambah luka di hati mereka yang tidak dapat berpindah apabila memaklumkan ada lagi guru yang dapat pindah... (Murah rezeki diaorang ni...)
Gambar terakhir Cikgu Ain yang dapat dirakamkan oleh Pahaikan.com, dua bulan selepas kahwin.. Ya ka?? Hehehe...
Benda wajib... Pokok Krismas untuk menghiasi rumah dengan hiasan dan lampu kelip...
Setiap tahun, kena tunggu hujung tahun baru dapat merayakan Hari Krismas... Ya la.. Hari Krismas memang cukup meriah kalau di kampung... Dapat berkumpul dengan keluarga, saudara mara dan geng karas.. Hehehe..... Memang "layan" cukup-cukup...
Tahun ni... Macam biasa, balik kampung lambat. Cuti mula 18/11/2011, balik dalam 19/12/2011. Terpaksa tunggu satu bulan baru dapat balik.. Bini yang susah dapat cuti ni.. Ta...