Majlis Perjumpaan Bersama Ibubapa Pelajar Untuk Program Sifar DEG di Dewan TAS

Program SIFAR DEG dilancarkan oleh Pengetua SM Teknik Tawau, Encik Johan Okasa di Dewan Tun Ahmad Shah dengan dihadiri oleh ibubapa dan wakil keluarga peserta. Program yang disusun khas untuk memantapkan lagi pencapaian GRED PURATA SEKOLAH ini bertujuan untuk mengurangkan gred D, E dan G, dan kalau boleh hingga 0%.


Bapa pelajar sedang berurusan dengan Cikgu Sabrina di kaunter pendaftaran

Program ini yang antara lain bertujuan untuk mengimbangi Program STRAIGHT A, ternyata berada di kedudukan yang sama dalam senarai utama akademik sekolah. Para peserta dalam program ini tidak perlu berasa malu kerana apa yang penting ialah peningkatan yang ditunjukkan melalui pencapaian peserta dalam peperiksaan selepas mengikuti program ini.


Pengetua, Encik Johan Okasa sedang berborak dengan bapa pelajar


Cikgu Azman sedang menjawab pertanyaan salah seorang bapa pelajar yang hadir dalam majlis ini...

Semestinya, barisan guru yang ditugaskan untuk mengalas tugas penting seperti ini perlu mempunyai pengisian program yang paling sesuai untuk meningkatkan penguasaan para peserta.
 
Seramai 60 pelajar dari Kursus Teknikal, Kursus Vokasional dan Kursus ERT telah ditawarkan untuk mengikuti program ini dan berdasarkan kepada riak wajah mereka, kesemua peserta kelihatan bersemangat untuk memulakan program ini dengan harapan agar program ini akan dapat membantu mereka mencapai keputusan yang lebih baik terutamanya dalam SPM.


Ya la tu...


Uii... Jelingan apa ni??

Program ini akan bermula selepas cuti pertengahan semester 1 dan fasa pertama akan berakhir pada bulan Mei nanti. Nantikan perkembangan para peserta dan teruskan menyokong semua program sekolah yang telah dirancang untuk tahun ini...


Yang ini... Gaya apa ni?


Edika... Aisyehmen... Bah bagus-bagus... Ingat itu buaya...


Eh.. Eh.. Sempat posing juga si Syashadri dan Si Syafiq ni..


Pelan-pelan... Jangan berebut...


Tengok ni... Badan besar 1 piring, Badan kecil 2 piring... Boleh tahan pula dia ni...

INFO: Seperti Program STRAIGHT A, Program SIFAR DEG juga mendapat dana daripada sumbangan ibubapa/penjaga pelajar.

CATATAN: Ingatlah bahawa kejayaan tidak akan datang sendiri tanpa usaha yang gigih...