Antara pelajar yang berjaya mendaftarkan diri pada hari tersebut...

Bilangan pelajar yang mendaftar semasa Hari Pendaftaran Pelajar Tingkatan 4 pada 09/01/2012 yang lepas masih kurang berbanding bilangan yang disasarkan. Mungkin ramai antara pelajar ini menolak tawaran yang diberikan dan menurut maklumat yang saya ada, hanya 200 pelajar sahaja yang telah berjaya mendaftar berbanding 400 yang disasarkan.

Oleh itu, Pendaftaran Tingkatan 4 Ambilan ke-2 bertujuan untuk melengkapkan jumlah tersebut.


Ada peace pula ya kak...

Apabila saya datang ke kawasan pendaftaran untuk mengambil gambar (Hehehe)... Suasana agak sunyi dan hasil perbualan dengan guru-guru kelas yang menanti di kaunter pendaftaran, bilangan pelajar yang datang agak kurang memberangsangkan. Cikgu Dayang Ezrena yang dijangka menerima 16 orang pelajar baru, hanya menerima 4 pendaftaran dalam masa 4 jam. Cikgu-cikgu yang lain pun lebih kurang juga... Apa pula masalah ya... Mungkinkah surat tawaran kemasukan ke SM Vokasional Tawau tidak sampai kepada pemohon..?? Apa pun, saya amat berharap agar bilanga pelajar akan bertambah... Sebab bosan juga mengajar kalau pelajar sikit... Kurang bising... Hehehehe...


Kursus Seni Kecantikan..??


Macam terkejut pula Cikgu Erna ni..


Relaks la Ustazah Husna... Bagi peluang untuk berfikir dulu...

CATATAN: Tahun depan naik taraf jadi KOLEJ VOKASIONAL... Berapa banyak pelajar yang akan diambil??