Promosi Kelab dan Persatuan... Kenapa nama Kelab Rukun Negara terbalik???

Selepas pelajar Tingkatan 4 ambilan ke-2 masuk ke sekolah pada minggu ini, Unit Kokurikulum di bawah PK Kokum, Encik Yahaya Ismail telah mengadakan program pendaftaran Unit Kokurikulum besar-besaran di Dewan Tun Ahmadshah pada pagi, hari ini.

Program yang bermula pada jam 7:00 pagi ini bermula dengan taklimat ringkas oleh Cikgu Buareng dan diikuti oleh ucapan pendek dari Cikgu Yahaya. Sebanyak 38 kaunter disediakan untuk tujuan pendaftaran kali ini dan setiap kaunter diawasi oleh pengerusi dan naib pengerusi unit/kelab/persatuan masing-masing. Guru penasihat turut hadir untuk memantau pergerakan pelajar dalam dewan.


Relaks bah boss... Hehehe..


Sabar... Tunggu giliran..


Pelajar mula bergerak ke kaunter pilihan masing-masing...

Dari maklumat yang saya terima, beberapa kelab, persatuan dan unit beruniform tidak mendapat sambutan menggalakkan. Ini mungkin disebabkan oleh "polisi baru" PK Kokum yang meminta semua pelajar memilih unit/kelab/persatuan mengikut minat masing-masing. Apapun, diharapkan agar unit/kelab/persatuan yang tidak mendapat sambutan ini tidak ditutup kerana mereka masih mempunyai keahlian di kalangan pelajar Tingkatan 5. Mungkin sedikit usaha boleh dilakukan untuk mempromosikan dan seterusnya meningkatkan bilangan keahlian dalam unit/kelab/persatuan tersebut.


Persatuan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia memberikan keutamaan kepada ahli baru yang mempunyai pakaian seragam dari sekolah lama...


Persatuan Silat Cekak Ustaz Hanafi menjanjikan kemahiran mempertahankan diri setelah tamat kursus kelak..


Persatuan Pengakap Darat SM Teknik Tawau bakal menjelajah ke Indonesia sekali lagi pada tahun ini...


PBSM ni siap bagi gula-gula dan biskut kepada mereka yang menyertai persatuan ini...


Kelab Komputer bakal digerakkan oleh Cikgu Hairuddin ke peringkat yang lebih tinggi pada tahun ini...


Kelab Bolasepak memang selalu menjadi tumpuan pelajar lelaki... Ada pelajar perempuan yang mau ikut... Tapi tak boleh..


Kelab Softbol.. Pilihan untuk pelajar perempuan yang suka bersukan diatas padang rumput...


Masa gambar ni diambil, baru seorang pelajar yang telah mendaftar untuk PPIM...


Aik.. Bergaya lagi... Dapat ramai ahli barukah tahun ni..?

CATATAN: Kelab Bola dan Kelab Fotografi dapat ramai ahli baru...