Pengetua SM Teknik Tawau, Encik Johan Okasa memeriksa dan bertanya kepada pelajar tentang kecederaan yang dialaminya...

Gambar ini diambil oleh Cikgu Anif Hamzah semasa Hari Kejohanan Sinar Obor 2010. Terima kasih kepada pengetua sekolah kita, Encik Johan Okasa yang prihatin dan mengambil berat akan kecederaan pelajar tersebut. Pelajar ini sebenarnya mengalami kaki melecet akibat tidak memakai kasut semasa berlari di atas trek stadium.

Trek yang dibuat menggunakan synthetic latex yang dicampurkan dengan beberapa bahan lain untuk menghasilkan bahan komposit yang keras tetapi masih memberikan sifat keanjalan getah ini sememangnya tajam untuk permukaan tapak kaki yang tidak beralas. Apapun apabila nasihat tidak diendahkan.. Inilah akibatnya...

Saya juga sempat merakamkan kecederaan pelajar ini tetapi pada masa itu hanya Cikgu Hashim dan Cikgu Ahmad Hussain saja yang berada di situ... Gambar boleh dirujuk di sini: Gambar 1, Gambar 2, Gambar 3.

Terima kasih sekali lagi kepada pengetua dan harapan agar keperihatinan ini akan terus dipanjangkan kepada semua warga Teknik Tawau seterusnya masyarakat sekeliling.

CATATAN: Terima kasih kepada Cikgu Anif yang telah mengirimkan gambar ini melalui e-mail kepada Pahaikan.com... Kalau ada boleh hantar lagi... Kepada yang lain pun dialu-alukan untuk menghantar gambar atau apa-apa bahan penulisan (softcopy sahaja ya) yang boleh dikongsi bersama....