Anggota KAPA mengiringi Penolong Kanan HEM masuk ke dalam dewan perhimpunan

Majlis Perhimpunan Mingguan minggu ini menyaksikan Ahli-ahli Kadet Pertahanan Awam sebagai pengendali majlis menggantikan tugas pengawas sekolah. Ini adalah kali pertama, Persatuan Unit Beruniform diberikan tugas untuk mengendalikan majlis perhimpunan sekolah.

Mengikut surat arahan Kementerian Pelajaran Malaysia, Majlis Perhimpunan Sekolah wajib dikendalikan oleh Persatuan Unit Beruniform sekurang-kurangnya sekali setiap bulan. Dan oleh kerana, Persatuan KAPA telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam aktiviti kawad kaki pada tahun ini, mereka telah diberikan penghormatan untuk mengendalikan Majlis Perhimpunan Sekolah untuk kali pertama.


Ketua Platun, Labuah mempersiapkan dewan untuk upacara bacaan doa


Upacara membacakan doa


Pasangan Pengerusi Majlis dari Persatuan KAPA


Upacara Menaikkan Bendera Malaysia, Sabah dan SM Teknik Tawau Serta Nyanyian Lagu Negaraku, Sabah Tanahairku dan SM Teknik Tawau


Upacara Membacakan Ikrar Sekolah


Laporan dari Guru Bertugas Mingguan


Anggota KAPA berdiri di setiap penjuru Dewan Tun Ahmad Shah seperti yang biasa dilakukan oleh pengawas sekolah...


Memohon kebenaran untuk menjalankan tugas-tugas lain..


Perhimpunan bersurai dengan didahului oleh guru-guru...

Sekalung tahniah diucapkan kepada guru penasihat Unit KAPA SM Teknik Tawau, Cikgu Norhayati Amir dan Cikgu Azly Salihin yang telah mempersiapkan pasukan ini iaitu seramai 38 orang termasuk dua pengerusi majlis dan 4 pelajar untuk tugas-tugas khas.


Orang kuat KAPA SM Teknik Tawau... Cikgu Azly (kanan) dan Cikgu Norhayati


Terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung...

Giliran pengendali majlis seterusnya ialah Unit Beruniform Pengakap.

Dalam majlis yang sama juga, beberapa orang guru yang terdiri daripada Ketua Bidang, Waden Asrama dan Guru Kanan Disiplin menerima Surat Kuasa Melaksanakan Hukuman Rotan.


Para penerima surat kuasa merotan


Surat Penurunan Kuasa Merotan

INFO:
  • Pasukan KAPA telah berlatih sejak seminggu lepas untuk persediaan majlis ini.
  • Saya sempat melihat rehearsal yang telah diadakan pada malam Rabu, 22/09/2010 yang lalu.
  • Persediaan yang rapi telah berjaya menghasilkan suatu persembahan yang mantap semasa majlis berlangsung.
CATATAN: Tahniah dan terima kasih kerana membuatkan Majlis Perhimpunan Mingguan Sekolah lebih bersemangat....