Bacaan Ikrar Pelajar oleh Adik Mohd Afiq Bin Dulmi

Perhimpunan Mingguan Unit Beruniform pada kali ini dikendalikan oleh Unit Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dibawah guru penasihat, Cikgu Chang On Ling, Cikgu Tsen Choi Ling dan Cikgu Rasnah Jalilul. Unit PBSM yang megah dengan pakaian putih dengan lambang Bulan Sabit, memulakan majlis dengan laungan hormat kepada tetamu utama majlis iaitu Pengetua SM Teknik Tawau, Encik Johan Okasa.

Selepas itu, majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan lagu sekolah.


Upacara Menaikkan Bendera semasa nyanyian lagu...


Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Yahya Ismail mewakili pihak pentadbiran untuk memberikan ucapan dalam majlis perhimpunan kali ini...


Cikgu Hairuddin, salah seorang daripada tiga penerima sijil penghargaan untuk Guru Kursus Cemerlang yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam pengurusan kehadiran dan buku rekod kelas pada bulan sebelumnya...

Majlis perhimpunan yang berlangsung selama satu jam ini berakhir dengan tabik hormat dan ketua kontinjen memohon kebenaran untuk melakukan tugas lain.


Adik Mohd Nazri dari kelas 4 PKOM menjadi ketua kontinjen perbarisan dalam majlis ini...


Gambar kenangan untuk majlis kali ini, Pengetua bersama Penolong Kanan HEM, Encik Fakhrurazi Hamzah, Penolong Kanan KoKum, Encik Yahaya Ismail dan Guru Penasihat Kadet Polis, Cikgu Wan Shamsuhaimi...

Secara keseluruhannya, Unit PBSM telah melakukan semua prosedur pengendalian perhimpunan dengan cemerlang namun masih ada ruang untuk penimgkatan. Mungkin latihan atau rehearsal perlu dilakukan tidak kurang daripada 3 kali untuk mendapatkan "feel" yang lebih mantap pada masa yang akan datang.

Saya selaku, penolong Ketua Unit Beruniform SM Teknik Tawau ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua ahli Unit PBSM sama ada yang terlibat secara langsung ataupun tidak, dalam menjayakan majlis perhimpunan pada kali ini. Semoga pengalaman mengendalikan majlis seperti ini akan dapat menjadi panduan untuk pengendalian majlis seumpamanya di masa hadapan... 

Selepas majlis perhimpunan, satu lagi program diadakan dimana semua guru dan pelajar muslim berkumpul semula didalam Dewan Tun Ahamad Shah untuk menikmati ceramah berunsurkan kerohanian dan motivasi daripada penceramah yang dijemput khas iaitu Ustaz Cecep. Memang Ustaz Cecep ni pernah datang ke sekolah pada tahun lepas dan beliau memang pandai berlawak jenaka... Apa pun diharapkan agar ceramah ini telah mencapai matlamat yang disasarkan...


Guru dan pelajar sekali sekala ketawa mendengar celoteh Ustaz Cecep..


Teruskan usaha Ustaz Cecep!! Lain kali bolehlah dijemput lagi...

CATATAN: Terima kasih sekali lagi kepada Unit PBSM...