Unit yang baru ditubuhkan pada tahun ini, Unit Kadet Polis SM Teknik Tawau

Perubahan dalam barisan pentadbiran pastinya akan membawa bersama perubahan yang difikirkan sesuai oleh mereka yang diberikan tanggungjawab tersebut. Selaras dengan itu, dibawah pimpinan Penolong Kanan Kokurikulum yang baru, Encik Yahaya Ismail, perjumpaan unit beruniform/sukan & permainan/kelab & persatuan yang sebelum ini dilakukan secara berselang seli pada petang Rabu, kini kembali kepada sistem yang digunakan 7 tahun yang lepas, iaitu pada petang Rabu (2:00 - 4:30 petang) dan pagi Sabtu (7:00 pagi - 12:30 tengahari).

Dan, buat pertama kalinya pada tahun ini, Perjumpaan Unit Beruniform telah berlangsung pada hari Sabtu, 12/02/2011. Perjumpaan ini diserikan lagi dengan pasukan unit beruniform yang baru diwujudkan di SM Teknik Tawau iaitu Pasukan Kadet Polis. Unit yang diilhamkan oleh Bapa Angkat Polis SM Teknik Tawau iaitu ASP Abdul Halim (Klik sini untuk maklumat lanjut: http://www.pahaikan.com/blog/selamat-bertugas-ke-tempat-baru-) telah direalisasikan penubuhannya oleh Guru Penasihat, Cikgu Rosdiana Dullah. Tahniah diucapkan dan semoga unit ini bakal memantapkan lagi barisan Unit Beruniform SM Teknik Tawau.


Gandingan guru penasihat Kadet Polis SM Teknik Tawau, Cikgu Wan Shamsuhaimi dan Cikgu Rosdiana Dullah...

Antara aktiviti utama unit beruniform sepanjang tempoh perjumpaan ini ialah kawad kaki. Macam biasalah kalau unit beruniform ni.. Disiplin penting... Dan mau cerita banyak pun susah bah ni.. tengok la gambar-gambar yang sempat diambil semasa perjumpaan diadakan...


Yang ini buat apa ni? Ambil kehadiran atau mengesahkan kehadiran?


Pengakap pun latihan kawad juga ka?


Perjumpaan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia dilakukan di ASTAKA STAVOTEK...


Amirul selaku pengerusi sedang mengambil kehadiran ahli Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia..


Uik... Kenapa? Mengantuk ka ni??


KAPA sentiasa setia dengan latihan kawad kaki setiap kali perjumpaan mingguan...


Aik... Si Awang bah ni... Bah pelan-pelan ya..


Happy nampak.. Siap ada kasut lagi ditepi tu..


Beginilah gaya pelajar perempuan kalau depan kamera...


Ustaz buat apa tu?


Oooo... Minta pelajar jogging ya... Belum cukup fit ka?

CATATAN: Rasanya banyak aktiviti perkhemahan dan pertandingan kawad kaki dalam bulan Mac, April dan Mei nanti... Sila berhubung dengan PK Kokum dan Guru Penasihat masing-masing... :)