Di sanaa bahh.....

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SM Teknik Tawau akan diadakan pada 28-30/10/2011 ini di Tapak Perkhemahan SM Teknik Tawau yang berada di hujung padang bolasepak. Tapak perkhemahan yang diletakkan dibawah pengawasan Cikgu Buareng Rahima ini bakal dijadikan tapak tetap untuk mana-mana aktiviti perkhemahan peringkat sekolah.

Seperti pada tahun sebelumnya, penyertaan untuk perkhemahan ini adalah tertutup untuk 10 pasukan unit beruniform SM Teknik Tawau dan bakal diserikan dengan kehadiran 200 orang peserta.


Sepatutnya gambar promosi tapak perkhemahan... Tapi lain pula ni...

Antara aktiviti lasak dan menarik yang akan dilakukan semasa perkhemahan ini ialah Flying Fox (Jabatan Pertahanan Awam), Abseiling (Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia) dan Orienteering (Rejimen 516 Kem Kukusan). Selain daripada itu, terdapat 4 pertandingan yang wajib disertai oleh para peserta setiap unit iaitu Pertandingan Gajet, Pertandingan Pintu Gerbang Menggunakan Bahan Terbuang, Pertandingan Memasak dan Pertandingan Persembahan Malam Kebudayaan.

Kepada yang berminat dan sudi datang ke tapak perkhemahan SM Teknik Tawau pada hari tersebut, anda dialu-alukan... (Tapi mesti bawa kuih-kuih ka... buah-buahan ka.. Hehehe...)

CATATAN: Harap-harap semuanya akan berjalan dengan lancar...