Hmm.. Bilang bertiga... Mana satu lagii??

Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah (KRS) Peringkat MSS Daerah Tawau bermula pada jam 2:00 petang hari ini (13/02/2012) di Padang SMK Jalan Apas, Tawau. Rasanya, PT KRS Tawau ni cikgu di SMK Jalan Apas, sebab tahun lepas pun di sana juga. Cuma sebelum tu buat di SMK Balung.

SM Vokasional Tawau menghantar 6 peserta untuk program ini diiringi oleh dua orang guru iaitu, Cikgu Well dan Cikgu Dewi.


Cikgu Dewi dan Cikgu Well... Bah palan-palan...


Antara guru pengiring dari sekolah lain...

Mengikut maklumat yang saya terima, tujuan perkhemahan ini adalah untuk mendapatkan pangkat sarjan di samping bersaing untuk menempah tempat ke pertandingan peringkat negeri.


Peserta lelaki dari SM Vokasional Tawau...


Peserta dari SMK Umas-umas, antara yang lewat sampai ke tapak perkhemahan...

Kawasan tapak perkhemahan KRS 2012, dihujung padang SMK Jalan Apas...

Program perkhemahan ini akan tamat pada 16/02/2012 iaitu hari Khamis. Kepada sesiapa yang mempunyai masa lapang, bolehlah berkunjung ke tapak perkhemahan tersebut... Tengok-tengok saja... Jangan korang pi buat "kacau" pula...

CATATAN: Semoga berjaya....