Inilah antara pelajar dan guru yang mengikuti program perkhemahan tersebut...

Perkhemahan Pengakap Peringkat SM Teknik Tawau 2010 ini dijalankan di Kem Kemahiran Pengakap Tiku, Tawau. Seramai 25 orang pelajar terlibat bersama-sama dengan 4 guru pengiring iaitu Cikgu Zahrina, Cikgu Ain, Cikgu Arash dan Cikgu Fatmawati. Persatuan Pengakap SM Teknik Tawau turut dibantu oleh Kumpulan Pengakap Kelana A bersama dengan Timbalan Pesuruhjaya Pengakap Tawau, Encik Abdul Kahar Bin Abdul Rahim.


Dari kanan: Cikgu Ain, Cikgu Razi, Ustaz Khusairi dan Cikgu Abdullah Qahar bersama-sama menikmati persembahan pelajar semasa aktiviti Malam Kebudayaan...

Saya berkesempatan melawat tapak perkhemahan ini bersama Encik Ahmad Fakhrurazi, Ustaz Khusairi dan Encik Abdullah Qahar pada malam 24/04/2010 sempena Malam Kebudayaan yang menampilkan 5 kumpulan pelajar dengan persembahan masing-masing. Hujan kuat pada sebelah petang hari tersebut nampaknya tidak menganggu perjalanan aktiviti yang telah dirancang. Syabas diucapkan kepada semua peserta yang terlibat...


Guru-guru menjamu selera sambil bercerita...

Perkhemahan yang memakan masa selama 4 hari 3 malam ini bermula pada 22 April 2010 dan telah ditutup pada 25 April 2010. Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Ghazali Shah Ghani lebih kurang jam 10.30 pagi.


Khemah yang dipinjam dari Persatuan KAPA SM Teknik Tawau

Terdapat beberapa perkara yang mungkin telah menganggu keselesaan pelajar sepanjang perkhemahan ini iaitu khemah dimasuki air dan pelajar tentunya mengalami kesukaran untuk tidur pada waktu malam. Mungkin Penyelaras Unit Beruniform boleh mencari jalan bagi menyediakan khemah yang lebih baik untuk aktiviti seperti ini...


Khemah dimasuki air selepas hujan lebat turun selama hampir 2 jam...


Aksi pelajar semasa aktiviti Malam Kebudayaan...

Saya turut dimaklumkan tentang Jamboree Pengakap di Indonesia yang mungkin akan disertai oleh Kumpulan Pengakap SM Teknik Tawau sekiranya sumber kewangan mengizinkan. Semoga ada pihak yang akan memberikan sumbangan bagi menjayakan tujuan tersebut.

Tahniah sekali lagi untuk kejayaan perkhemahan ini...

CATATAN: Kepada yang ingin mendapatkan gambar-gambar semasa program perkhemahan ini, silalah meng"add' Hazeline Priscilla Young dalam Facebook dan cari Album Camping Pengakap 2010... Semoga berjaya...