Cikgu Khairul bakal beraksi sebagai penjaga gol untuk Pasukan PSKPPS SM Teknik Tawau sepanajng perlawanan musim ini...

Pasukan Bolasepak PSKPPS SM Teknik Tawau memulakan sesi perlawanan persahabatan sejak kelmarin dan kebanyakan pemain kelihatan agak keletihan.

Menurunkan kesemua pemain dalam senarai sebagai persiapan menjelang perlawanan pertama, Pasukan Teknik tewas 2-3 ditangan Pasukan JPA (Jabatan Pertahanan Awam). Cikgu Haindy menjaringkan kedua-dua gol SM Teknik Tawau manakala Ustaz Noran Zaidi menjaringkan satu gol untuk pihak lawan di separuh masa pertama.


Ok ka Ucop... Mantap jersi baru ni...


Permainan makin mantap... Bagus ...


Kalah pun masih senang hati ni...

Semalam, pasukan yang sama berjaya membenam Pasukan Pejabat Pos 6-2.

Menurut Jurulatih Pasukan, Cikgu Haindy Sapikit, siri perlawanan persahabatan akan diteruskan sehingga hari Ahad ini sebelum bertemu dengan Zon Umas-umas dan Zon Merotai untuk perlawanan peringkat kumpulan. Pasukan ini bakal dimantapkan dengan kehadiran dua pemain tengah berpengalaman iaitu Cikgu Ahmad Fakhrurazi dan Awang Wahid.

Pengurus pasukan ini ialah Cikgu Hairuddin.


Azry @ Kadir mengalami kecederaan akibat rempuhan penjaga gol lawan dalam perlawanan ini...


Cikgu Shamsuddin Ibrahim menunjukkan kasutnya yang rosak dalam perlawanan ini... Sudah masanya tu Din..

* Gambar-gambar lain semasa perlawanan persahabatan ini boleh dilihat dalam koleksi gambar Cikgu Haindy Sapikit dalam Facebook. Sila add Ndy.

CATATAN: Semoga berjaya...