Sekolah (Kluster) SM Teknik Tawau yang pastinya meninggalkan banyak kenangan kepada guru yang telah berpindah...

Kadang-kadang berpindah tempat kerja adalah suatu keperluan, bukan sahaja untuk mengubah suasana tempat kerja tetapi juga untuk meningkatkan prestasi yang biasanya akan mendatar setelah berada di suatu persekitaran yang sama dalam tempoh yang lama.

Mungkin... Faktor lain seperti keluarga perlu diambil kira tetapi akhirnya keputusan sama ada pindah atau tidak terletak pada orang tertentu...

Mungkin... Ada orang lain yang lebih memerlukan perpindahan seperti ini... Namun tidak bernasib baik...

Apa pun... Tahniah kepada tiga orang guru yang telah berjaya mendapatkan perpindahan pertengahan tahun yang telahpun berkuatkuasa pada 01 Jun 2010 yang lalu. Guru-guru tersebut ialah:


Nama: En. Ghazali Shah Bin Ghani (Penolong Kanan Pentadbiran)
Tarikh Berkhidmat (SMTT): 1 April 1998
Subjek: Bahasa Melayu
Sekolah Baru: SM Vokasional Beaufort


Nama: En. Julaihi Bin Abdullah
Tarikh Berkhidmat (SMTT): 01.12.1990
Subjek: Lukisan Kejuruteraan
Sekolah Baru: SM Teknik Likas, Kota Kinabalu


Nama: Puan Anita Yasin (Sebelah kiri dalam gambar)
Tarikh Berkhidmat (SMTT): September 2009
Subjek: Katering
Sekolah Baru: SM Teknik Keningau (Balik sekolah lama)

Walau bagaimanapun, SM Teknik Tawau juga menerima seorang guru baru.. Cikgu Azuridah .. Guru Bahasa Melayu..



Apalah cerita permohonan kawan kita yang seorang ni...


CATATAN: Pun cadang mau pindah balik dekat KK...