Ucapan terakhir dalam Majlis Perhimpunan Mingguan Sekolah....

Akhirnya... Berita baik buat Cikgu Khairul Nuzaiham Mat Ripin dan Cikgu Johari Johan Mohd Yusuf yang masing-masing telah cuba memohon perpindahan sebanyak 6 kali sebelum ini. Doa telah termakbul.... Cikgu Farhan Shahreen pun dapat juga...


Peluk-peluk lagi ni... Mentang-mentanglah dapat pindah.... Hehehehe...

Memang sedih juga pindah sekolah ni tapi tanggungjawab terhadap isteri dan keluarga perlu diutamakan. Bila berjauhan, sememangnya hati tidak tenteram dan kalau boleh setiap minggu pun mau balik jumpa isteri dan anak. Lebih-lebih lagi kalau ibubapa sudah tua dan memerlukan penjagaan rapi. Siapa yang mau jaga kalau tiada adik beradik yang sudi menjaga.... Usaha untuk berpindah seperti ini memang patut mendapat sokongan penuh daripada pihak pentadbir sekolah.

Cikgu Khairul Nuzaiham yang telah mengajar matapelajaran Matematik dan Matematik Tambahan selama 8 tahun (sejak 2004) di SMV Tawau bakal bertugas di SMV Perdagangan Johor Bahru.

Cikgu Johari Johan yang mengajar Kursus Amalan Bengkel Memesin (ABM) selama 15 tahun di SMV Tawau pula, bakal berhijrah ke Kursus Automotif, SMV Likas, Kota Kinabalu.


Memang nampak sedih Cikgu Johari ni... Tapi nasib baik ada spek...


Pun sama juga... Jarang-jarang juga kita nampak begini ni...

Cikgu Farhan pula baru berkhidmat lebih kurang setahun setengah di SMV Tawau akan kekal dalam Kursus Automotif di sekolah yang baru, iaitu SMV Ampangan, Negeri Sembilan.


Gembira dan sedih... Lepas ni tiada masalah jumpa bini lagii...


Lama juga peluk ni.... Hehehe...

Gambar-gambar lain semasa ucapan terakhir dalam Majlis Perhimpunan Mingguan Sekolah dan Jamuan Perpisahan Sumbangan Cikgu Farhan dan KKRT boleh diakses disini (Facebook): Album Ucapan Terakhir dan Jamuan Perpisahan


Bah... Makan dulu....


Aik... Bro Kahar belum makan ka...


Susah juga cari angle ni.... Banyak permintaan pula...


Yang ni cerita apa pula ni Rul...


Selera bagus bah pula kann Cikgu Idham...

CATATAN: Pastinya motivasi meningkat lepas ni sebab lebih dekat dengan keluarga....