Cikgu Harun Salimbangun mewakili Cikgu Haindy Sapikit untuk menerima cenderahati kenangan daripada pihak sekolah...

Akhirnya.... Setelah 7 percubaan untuk pindah, Cikgu Haindy Sapikit telahpun mendapat restu BPTV untuk bertukar tempat tanpa keluar daripada sistem pendidikan Teknik & Vokasional. Suatu yang ditunggu-tunggu.... Sekali lagi... Tahniah... Cikgu Haindy akan bertukar ke SMV Beaufort (akan dikenali sebagai Kolej Vokasional Beaufort pada 01/01/2012 nanti..) pada Januari 2012.

Selain daripada Cikgu Haindy, 4 orang lagi turut mengesahkan perpindahan bulan Januari 2012 iaitu: Cikgu Dayang Fauziah Bt Basri, Cikgu Nuraishah Jafar, Cikgu Nursabrina Zakaria dan Ustaz Noran Zaidi Abdullah. Keempat-empat guru ini telah pun menyampaikan kata-kata terakhir secara rasmi dalam Mesyuarat Guru semalam. Kebanyakkannya berterima kasih atas segala pengalaman yang diperolehi semasa berada di SM Teknik Tawau. Walaupun ekspresi muka tidak menunjukkan kesedihan tetapi ianya masih dapat dirasakan dalam nada suara yang dilontarkan...


Cikgu Dayang Fauziah akan berpindah ke SMK Kuhara, Tawau


Cikgu Nuraishah Jafaar hampir menitiskan air mata... Ya ka??


Perpindahan yang tidak dijangka... Cikgu Nursabrina Zakaria (lebih kurang setahun berkhidmat di SM Teknik Tawau)...


Ustaz Noran Zaidi Abdullah akan berpindah ke SMK Malim, Bertam Malim, Melaka...

Walau apapun, sekolah baru pasti akan menjanjikan cabaran dan kawan yang baru... Semoga berjaya dan jangan lupa orang-orang di sini... Yang pasti, pahaikan.com akan sentiasa membawa masuk peristiwa-peristiwa penting yang berlaku disini, selagi diizinkan Tuhan...

Dan, menurut khabar angin yang saya dengar... Mungkin akan ada beberapa orang lagi yang akan turut menyusul dari belakang, setelah urusan rayuan mereka selesai nanti... Antaranya ialah Cikgu Siti Ain Bt Tahir dan Cikgu Che Hasnisyahida Bt Che Hassan.


Cikgu Hasni (paling kanan) bersama Cikgu Shamsuddin dan Cikgu Azly Salihin, mungkin bakal berpindah juga...

Dan... Baki 19 orang yang turut memohon untuk berpindah (tetapi tidak lulus) pastinya sedikit kecewa... Tak apa... Masih boleh merayu... Apa pun, kita teruskan kerja kita di sekolah macam biasa...


Kepada yang gagal berpindah... Jangan putus asa... Cuba lagii...

CATATAN: Hmm.. Saya pun mau pindah bah... Hehehe...