Cikgu Edward menerima ucapan tahniah sempena perpindahan

Akhirnya.... Walaupun beberapa orang guru lain kecewa namun Cikgu Edward Sabinus menerima berita gembira setelah permohonan berpindah yang berlarutan selama 3 tahun akhirnya diterima oleh pihak yang berkenaan.

Beliau yang berkelulusan ikhtisas Ijazah Bus Travel & Tourism Management (Aus) dan Diploma Pendidikan (KPLI) TESL telah berkhidmat di SM Teknik Tawau sejak Januari 2005. Beliau telah beberapa kali mengharumkan nama sekolah dalam pertandingan KAT peringkat negeri dan kebangsaan (Pasukan Debat Bahasa Inggeris dan Pasukan Bola Sepak). Berkhidmat dengan penuh komitmen dan dedikasi selama hampir 6 setengah tahun, beliau pernah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun 2009. Beliau turut bergiat aktif dalam bidang musik bersama Kumpulan Musik Bambu D'Tutunions.


Kenangan menjadi sandaran... Cikgu Edward Sabinus selaku pengurus pasukan berjaya membawa pasukan Bola Sepak KAT sekolah untuk menjulang kejuaraan di peringkat Kebangsaan bersama jurulatih, Cikgu McManus Sing...

Cikgu Edward kini bertugas di SM Teknik Likas, Kota Kinabalu bersama dengan kawan-kawan yang telah berpindah terdahulu seperti Cikgu Ford Katim, Cikgu Rizal Semong dan Cikgu Julaihi Abdullah.

Selain daripada Cikgu Edward, Cikgu Arshah turut mendapat perpindahan, walaupun agak lewat sedikit diketahui dan dijangka berpindah pada minggu pertama persekolahan semester 2 nanti. Cikgu Arshah, guru ERT kursus Rekaan Fesyen turut berpindah atas sebab keluarga. Cikgu Arshah mula berkhidmat di SM Teknik Tawau pada September 2008.

Cikgu Arshah sempat memberikan ucapan terakhir dalam Majlis Perhimpunan Rasmi Sekolah pada 13/06/2011 dalam keadaan yang terharu. Ya la.. Semua orang pun tahu... Sekolah pertama memang sedih mau kasi tinggal.. Apa pun tahniah kepada Cikgu Arshah yang berjaya melaksanakan tugas ini...


Hm.. Sedih juga masa ni...


Tapi.. Baguslah... Semua yang ingin disampaikan dapat juga diluahkan...

Cikgu Arshah turut diraikan dalam satu majlis jamuan bersama rakan guru pada 17/06/2011. Terima kasih kepada penganjur majlis ini... Cikgu Arshah akan bertugas di SM Teknik Kuala Kangsar, Perak.


Jamuan makan terakhir untuk Cikgu Arshah Ramli di SM Teknik Tawau


Pengetua dan barisan penolong kanan turut bersama memeriahkan majlis ini..


Makan pelan-pelan.. Lepas tu,  jangan lupa ucap selamat bertugas ditempat baru kepada Cikgu Arshah...

Mengenang semula kepayahan dan kesusahan yang dialami sepanjang berjauhan dengan isteri/suami dan anak, kini Cikgu Edward Sabinus dan Cikgu Arshah Ramli pastinya akan lebih gembira bersama keluarga tercinta...

Terkenang semula?.. Boleh rujuk guru-guru yang telah berpindah sejak tahun 2009 sehinga 2011 di sini: Entri Guru Berpindah. Kalau korang mau tanya kenapa 2008 tiada.. Sebabnya, Pahaikan.com mula berkhidmat kepada masyarakat pada April 2009.

CATATAN: Tahniah... Kepada yang dapat pindah...