Cikgu Edward memberikan komen dan pandangan kepada pemain semasa rehat separuh masa pertama...

Siri perlawanan persahabatan Pasukan Bolasepak Bawah 18 tahun SM Teknik Tawau diteruskan pada hari ini setelah menang dengan Pasukan RCD Hilltop, 6-1 dalam perlawanan persahabatan sulung pada minggu lalu.

Kali ini, Teknik Tawau U18 menentang Pasukan Guru SM Teknik Tawau, dengan pengurus pasukan dan jurulatih masih membuat penyesuaian posisi pemain kepada 18 orang yang telah terpilih dalam pasukan ini.


Serangan Pasukan Bolasepak Teknik Tawau U18 bertali arus dari kanan dan kiri...

Perlawanan yang bermula pada jam 4:30 petang ini, bermula dengan rancak dimana Pasukan Guru dapat mengimbangi serangan Pasukan Teknik Tawau U18 dan tampak lebih menguasai permainan pada awal seperuh masa pertama. Pasukan Guru akhirnya membuka jaringan melalui Rozaini Risham akibat kesilapan bahagian pertahanan. Namun Teknik Tawau U18 menyamakan kedudukan sebelum wisel penamat seperuh masa pertama melalui Edika yang membuat gerakan solo melepasi dua pemain pertahanan Pasukan Guru SM Teknik Tawau.


Syahzmi mengalami kecederaan ringan dan dibantu oleh Edika dan Cikgu Zamri

Pasukan Bolasepak Bawah 18 tahun nampak lebih bertenaga dan terus mengasak kubu Pasukan Guru-guru Teknik dengan menggunakan corak serangan laju. Pengalaman ternyata membezakan kedua-dua pasukan ini, walau bagaimanapun, Pasukan Guru tewas 3-1. Gol ke-3 Teknik Tawau U18 diperolehi melalui Nazreen pada akhir babak separuh masa kedua.


Edika berjaya menjaringkan 2 gol dalam perlawanan ini...

Pujian harus diberikan kepada pemain-pemain senior dalam pasukan yang ternyata dapat memberikan suntikan moral kepada pemain-pemain baru. Edika misalnya, nampak lebih berkeyakinan dan mula memperlihatkan permainan yang lebih matang daripada tahun sebelumnya. Amirul yang berjaya mengisi salah satu daripada lima tempat pemain junior dalam Pasukan TMFC (Divisyen Satu Liga SAFA Tawau) turut melaksanakan tanggungjawab sebagai kapten pasukan dengan baik.


Aik... Serius juga... Hahahaha...


Antara sandaran utama Pasukan Bolasepak Bawah 18 tahun SM Teknik Tawau 2011. Dari kiri: Edika (Pemain tengah), Nazreen (Penyerang) dan Amirul (Pertahanan).

Oleh kerana entry blog ini lambat, disini disertakan beberapa keputusan lain dalam siri perlawanan persahabatan Pasukan Bolasepak SM Teknik Tawau Bawah 18 tahun:

Menang dengan Veteren Gingga FC: 4-2
Menang dengan SMK Islamiah Tawau: 2-1
Menang dengan SMK Pasir Putih: 5-1

CATATAN: All the best...