Semua guru kelihatan bersemangat untuk mempamerkan permainan bertenaga

Pertandingan Badminton Tertutup SM Teknik Tawau Sempena Hari Guru 2011 telah pun diadakan pada 17/05/2011 yang lalu. Pertandingan yang lama tidak diadakan ini, dianjurkan untuk memupuk minat terhadap sukan Badminton serta mengeratkan hubungan silaturahim antara guru-guru.

Pertandingan ini telah diadakan di Gelanggang 4, 5 dan 6 di Dewan Tawau Badminton Academy (TBA).


Papan tanda Dewan TBA


Inilah Dewan TBA, bersebelahan dengan Tokong Cina

Pertandingan yang dijadualkan bermula pada 9:00 pagi ini terpaksa dianjakkan ke 9:30 pagi kerana beberapa pemain datang sedikit lewat dari masa yang dijanjikan. Dan, seorang pemain gagal hadir iaitu Cikgu Zam Zam Barhama. Apa pun, semua pemain nampaknya berpuas hati dengan persediaan pihak penganjur.


Cikgu Yusuf kelihatan berpuas hati dengan makanan yang disediakan... Betulkah Ucup??

Pertandingan ini menggunakan sistem CUP dan PLATE yang memungkinkan setiap pasangan bergu untuk bermain sekurang-kurangnya 2 kali sebelum tersingkir. Dan, para pemain dibahagikan kepada dua golongan iaitu SEEDED dan UNSEEDED, dimana setiap bergu wajib mempunyai seorang SEEDED dan seorang UNSEEDED.







Dalam pertandingan ini, saya (dari golongan UNSEEDED... Hehehehe..) diundi untuk berpasangan dengan Cikgu Yahya Yusof. Rasa macam boleh menang tapi kami terpaksa akur dengan kehebatan pasangan Khairul Nuzaiham-Sabir (Cup) dan Pok Ding-Abd Malik (Plate) dalam perlawanan rubber set.


Kami sudah sedia...

Masa 4 jam yang diperuntukkan tidak cukup dan terpaksa ditambah setengah jam untuk memastikan perlawanan ditamatkan dan juara ditabalkan. Dan, akhirnya setelah semua peserta penat bermain bertungkus lumus dalam 18 perlawanan (termasuk rubber set), dua pasangan bergu berjaya muncul sebagai juara iaitu pasangan bergu Pok Ding-Abd Malik untuk kategori PLATE dan pasangan bergu Hardiansah-Nizam untuk kategori CUP. Tahniah kepada kedua-dua bergu ini...


Yeh... Apa korang bikin ni...


Servis mula sini punya...


Ok kah Harun...


Kalau korang yang bergu habislah semua...


Nik pun datang... Tapi tengok-tengok saja..


Kenapa tu busku...


Hah... Apa lagi...


Aisyeh... Tidak menjadi pula..


Ok... Siap dulu lepas ni membelasah...


Belum menang bah Ucup..


Yang ni main rubber set...


Kenapa pula si Pok Ding ni... Termenung ker??


Servis maut ni..


Belum penat ka tu Nan..


Relaks Ustaz Noran... Servis asal masuk dulu..


Kita pi final ni... Jangan risau...


Wan.. Macam penat sudah tu..


Hm... Ini membelasah ni...


Aikss.. Kenapa macam pengsan tu?  .. Hehehe...


Perlawanan yang penuh ceria... Derlan/Hairuddin vs Khairul/Sabir


Partner saya.. Hehehe... Jadi pengadil sudah...


Peringkat Akhir CUP - Hardi/Nizam vs Khairul/Sabir


Peringkat Akhir PLATE - Pok Ding/Malik vs Rasidy/Andry

Tahniah kepada para pemenang:

CUP: Hardi/Nizam
PLATE: Pok Ding/Malik

Para peserta bersurai kira-kira jam 1:40 petang.

Pertandingan macam ni memang bagus.. Untuk kesihatan, untuk bergumbira... Untuk belajar.. dan macam-macam lagi... Di harap agar aktiviti seperti ini akan diteruskan.. Dengar macam ada pertandingan Carrom lagi lepas ni...

CATATAN: Tidak menang pun tidak apa... Menang penat juga... Hehehehe..