Qayyum mencipta 1 gol dan menjaring 1 gol dalam perlawanan menentang SMK Umas-umas. SM Vokasional Tawau menang dengan jaringan 4-0...

Akibat keadaan padang dan kelemahan yang ketara di bahagian tengah, SM Vokasional Tawau terpaksa akur dengan keputusan 2-3 di suku akhir, apabila ditewaskan oleh Pasukan SMK Kabota.

SM Vokasional Tawau berpeluang untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan apabila memperolehi tendangan penalti pada minit-minit akhir perlawanan, namun penjaga gol lawan berjaya menepis tendangan ketua pasukan, Faridzuan. SMK Kabota terus bertahan sehingga masa tamat untuk mara ke perlawanan separuh akhir.


Amir berusaha keras semasa perlawanan menentang SMK Kabota...


Cikgu Ahmad Fakhrurazi turut memberikan tips taktikal kepada Amir semasa dalam perlawanan...


Kecederaan akibat rempuhan lawan...


Faridzuan ditenangkan oleh pemain pasukan SMK Kabota setelah perlawanan tamat....


Guru-guru yang menonton perlawanan ini turut kecewa dengan keputusan perlawanan...

Untuk makluman, SM Vokasional Tawau yang tidak pernah tewas dalam perlawanan peringkat kumpulan: 2-1 (SMK Jalan Apas), 3-1 (MRSM), 4-0 (SMK Umas-umas) dan 2-0 (SMK Jambatan Putih).


Gambar kenangan perlawanan dengan SMK Umas-umas...


Salam dulu la...


Keadaan padang yang teruk menyebabkan bola tidak dapat bergerak dengan baik...


Tidak dikira... Bola dilihat melintasi garisan gol namun tidak diberikan oleh penjaga garisan...

Walaupun tidak berjaya sampai ke peringkat separuh akhir, diharapkan agar pemain terus berusaha untuk memantapkan lagi corak permainan sebelum menjelangnya Karvival VOKTEK (Sebelum ini dikenali sebagai KAT).


Gandingan jurulatih bagi tahun ini... Cikgu Harun Salimbangun dan Cikgu Derlan Dandang. Cikgu Lawrensia tiada dalam gambar...

CATATAN: Tahniah kepada semua pemain yang telah mencuba sedaya upaya dalam pertandingan ini... Apa keputusan pertandingan? Macam SMK Balung yang menang... Ya ka??