Penjaga gol SM Vokasional Tawau beraksi cemerlang selaku benteng terakhir...

Pasukan Bolasepak SM Vokasional Tawau melakar kemenangan pertama apabila menumpaskan Pasukan SMK Jalan Apas dengan jaringan 2-1. Bermain di gelanggang sendiri, The Green, pasukan sekolah tidak mengalami sebarang tekanan untuk mencipta dua jaringan cantik walaupun keadaan padang agak basah akibat hujan.


Amir mewakili SM Vokasional Tawau untuk memberikan pendant kepada pasukan pelawat...


Salam dulu...


Gambar kenangan perlawanan...


Ketua pasukan, Faridzuan beraksi cemerlang untuk mengekang pergerakan penyerang pasukan lawan...


Terlepas... Kelincahan pemain no. 11 berjaya mengucar kacirkan bahagian tengah pasukan SM Vokasional Tawau...


Qayyum mengawal ketat pemain sayap kanan pasukan SMK Jalan Apas....


Tersungkur... Azizul tidak mampu untuk mengejar pemain lawan akibat padang yang licin...


Gol kemenangan diraikan lima minit sebelum tamat perlawanan...

SM Vokasional Tawau akan beraksi lagi dalam perlawanan ke-2, esok, Khamis, 22/03/2012.

CATATAN: Teruskan kecemerlangan....