Pada 23 - 26 Mac 2010 yang lepas, sekumpulan pelajar telah dihantar untuk Bengkel dan Pertandingan Digital Story Telling Peringkat Daerah Tawau di Pusat Kegiatan Guru Tawau. Bengkel yang bertujuan untuk menghasilkan satu video atau filem pendek ini akhirnya menobatkan SM Teknik Tawau sebagai pemenang.

Sekalung tahniah kepada kumpulan pelajar ini yang terdiri daripada Rosmaini Roslin B. Mohd Salleh, Nurshahfika Hidayu Bt Mokhri dan Mohd Azizi dari Kursus Pengaturcaraan Komputer. Tidak lupa kepada guru pengiring yang sentiasa memberikan dorongan kepada pelajar-pelajarnya iaitu, Cikgu Hairuddin Bin Yakup.

Tajuk video mereka ialah "Hari Pertama Di Sekolah Baruku" yang mengisahkan tentang seorang pelajar baru bernama Tokek Bin Kubi yang mengalami beberapa pengalaman semasa mencari kelasnya buat pertama kali. Nikmati sendiri bagaimana idea dan teknik pengambaran diaplikasikan dalam video ini......

Kumpulan ini akan mewakili Daerah Tawau untuk bertanding di Kota Kinabalu dalam bulan Mei nanti... Syabas dan tahniah sekali lagi...


Penyampaian hadiah dan sijil untuk para pelajar ini diperingkat sekolah telah disempurnakan oleh Pengetua SM Teknik Tawau, Encik Johan Bin Okasa pada hari ini dalam Majlis Perhimpunan Mingguan Sekolah...

CATATAN: Best pula buat movie ni..... Hahahha...