Pengerusi Teknik bagi Kawad Unit Beruniform Tawau..

Mesyuarat Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform Sekolah Menengah Peringkat Daerah Tawau Kali ke-3 ini bertujuan untuk membuat pengundian bagi menentukan giliran pasukan yang akan bertanding dalam pertandingan itu kelak. Mesyuarat diadakan di Makmal Sains I SMK Tawau II yang dipengerusikan sendiri oleh Pengerusi Teknik Kawad Kaki Daerah Tawau.

Sebelum ini, 17 pasukan dikatakan akan mengambil bahagian namun pada hari mesyuarat tersebut saya dimaklumkan bahawa hanya 14 pasukan yang akan mengambil bahagian setelah SMK Kinabutan menarik diri di saat akhir.


Cabutan undi dijalankan...

Bermula kira-kira jam 8:30 pagi, mesyuarat ini tamat pada jam 10:00 pagi. Keputusan pengundian adalah seperti berikut:

GO (Perempuan)
1.   Kadet Polis (SMK Tawau)
2.   Kadet Bomba dan Penyelamat (SMK Balung)

NGO (Perempuan)
3.   PPIM (SMK Tawau)
4.   Pengakap Laut (SMK Kuhara)


NGO (Lelaki)
5.   Pengakap Laut (SMK Kuhara)
6.   Pengakap Laut (SMK Holy Trinity)


GO (Lelaki)
7.   Kadet Bomba dan Penyelamat (SMK Balung)
8.   Kadet Bomba dan Penyelamat (SMK Kuhara)
9.   Kadet Pertahanan Awam (SM Teknik Tawau)
10. Kadet Polis (SMK Tawau)


KRS (Perempuan)
11. SMK Umas-umas
12. SMK Tawau
13. SMK Balung


KRS (Lelaki)
14. SMK Umas-umas


Antara guru-guru yang hadir untuk pengundian pada hari mesyuarat tersebut.

Peratusan pengiraan markah keseluruhan pasukan adalah seperti berikut:
1.  Persediaan (Pakaian) - 10%
2.  Kawad Asas - 50%
3.  Kawad Formasi - 30%
4.  Ketua Platun - 10%

CATATAN: Bersaing secara sihat...