Pertandingan Puisi & Lagu Peringkat Negeri Sabah 2011 ini telah diadakan di SM Teknik Tawau dari 02 - 05/05/2011 yang menyaksikan Daerah Keningau yang diwakili oleh SMK Keningau II, ditabalkan sebagai juara keseluruhan setelah mengungguli dua anugerah utama iaitu Pembaca Puisi Terbaik dan Pemuzik Terbaik.

Tempat ke-2 keseluruhan dimenangi oleh Daerah Tambunan yang diwakili oleh SMK Nambayan dan tempat ke-3 ialah Daerah Papar yang diwakili oleh SMK Kinarut.

Menurut pihak penganjur, 20 pasukan dijadualkan bertanding dalam pertandingan kali ini tetapi hanya 11 pasukan yang hadir untuk bersaing. Pertandingan pada hari pertama bermula pada jam 2:30 petang dan pada sebelah pagi, para peserta mengambil peluang untuk mengadakan "rehearsal" dan "sound check".


Wakil Daerah Tawau, SMK Merotai


Wakil Daerah Sandakan, SMK Muhibbah, Sandakan


Wakil Daerah Kota Marudu, tidak ingat pula nama sekolah diaorang ni...


Berbakat besar... Memang susah mau nyanyi lagu rentak keroncong ni...

Pertandingan yang berlangsung selama 2 hari ini berjaya menampilkan persembahan yang boleh dianggap baik walaupun ada pasukan yang tampak kurang bersedia. Walau bagaimanapun, semua pasukan tetap memberikan yang terbaik. Tahniah kepada semua peserta...


Barisan pengadil pertandingan kali ini...


Encik Vaea sentiasa berhubung dengan ketua pengadil untuk maklumat semasa..


Selepas selesai setiap persembahan, markah dari pengadil dikumpulkan...


Wakil Daerah Semporna


Penonton menikmati persembahan dari wakil Daerah Tuaran...


Wakil Daerah Papar


Wakil Daerah Kota Marudu.. Guna Bamboo Music lagi diaorang ni...


Wah.. Memang bersemangat dia ni...


Wakil Daerah Kota Kinabalu


Aikk.. Relax bah main...


Wakil Daerah Sandakan


Wakil Daerah Ranau


Wakil Daerah Tamparuli

Majlis Perasmian Penutupan Pertandingan Puisi & Lagu ini disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Tawau, Encik Darman Shah Bin Haji Asakil lebih kurang jam 3:00 petang pada hari ke-2 pertandingan. Majlis bersurai lebih kurang jam 5:00 petang.


Encik Darman Shah sedang memberikan ucapan perasmian..


Sepenuh perhatian mendengar ucapan perasmian penutupan...


Apalah pengerusi majlis ni tengah bikin??


Ramai juga yang datang semasa majlis perasmian penutupan ni..


Aikss.. Sempat juga tertidur ya...

Para peserta pertandingan menetap di Asrama SM Teknik Tawau dan juga Asrama Kompleks Sukan Tawau sepanjang pertandingan berlangsung. Diharapkan agar semua kontinjen berpuas hati dengan layanan dan kemudahan yang disediakan oleh pihak penganjur.


Urusetia sempat juga ambil gambar dengan peserta dari SMK Kinarut...


Dan juga peserta dari SMK Nambayan... Tahniahlah.. Ada juga kenangan korang untuk pertandingan ni...


Kontinjen Daerah Keningau tersenyum gembira... Pulang dengan gelaran juara...

CATATAN: Tahniah sekali lagi kepada semua peserta... Jangan lupa ikan masin dari Tawau... Hehehe...