Pesta Hari Keluarga TUKAD kali ke-9 2010 berlangsung di Pondok Pardalis Taman Negara Bukit Tawau

Pesta Keluarga TUKAD Gereja Holy Trinity Tawau ini adalah acara tahunan yang telah diadakan sejak 9 tahun yang lalu. Pesta yang diadakan di Taman Negara Bukit Tawau untuk kali yang ke-5 berturut-turut ini menyaksikan kira-kira 200 orang peserta yang kebanyakkannya adalah golongan remaja.

Pesta keluarga yang diadakan ini bertujuan untuk memupuk hubungan silaturahim antara sesama umat kadazan dusun dan murut yang bernaung di bawah persatuan ini. TUKAD membawa maksud Komuniti Kadazan Dusun dan Murut atau Titimungon Kadazan Dusun Om Murut.

Acara bermula lebih kurang jam 9:00 pagi dengan didahului oleh bacaan doa yang dipimpin oleh Sister Gina. Setelah selesai bacaan doa, majlis diteruskan dengan ucapan daripada pengerusi penganjur, Encik Steven Sagunting. Dalam ucapannya, beliau amat mengalu-alukan kehadiran kesemua peserta dan berharap agar objektif pesta keluarga akan tercapai dengan jayanya. Selepas itu, Encik Francis selaku pemangku Pengerusi TUKAD memberikan ucapan penghargaan dan seterusnya merasmikan Pesta Hari Keluarga TUKAD kali ke-9.


Encik Steven Sagunting memberikan ucapan alu-aluan selaku Pengerusi Penganjur Pesta Hari Keluarga TUKAD 2010


Encik Francis memberikan ucapan selaku pemangku Pengerusi Persatuan TUKAD menggantikan Encik Thadeus Sibir

Acara selepas itu ialah Acara Sukaneka yang melibatkan 8 acara (Tapi saya pun tidak ingat nama semua acara ni...). Antaranya ialah Permainan Menghantar Gelang Getah menggunakan straw, Menjaring Gol, Bowling Buah Kelapa dan Bolasepak 50 orang.


Sedang bersedia untuk permainan gelang getah... Ada yang tiup-tiup lagi itu straw...


Nah inilah pasukan veteren...


Yang ini ialah salah seorang peserta dari team sumandak... Kebanyakan ahli kumpulan ini adalah dari Kolej Jururawat Tawau dan Maktab Perguruan Tawau


Aikk... Jimmy... Jaga tercucuk itu mata... Hehehehe...


Nah tinguklah geng-geng veteren beraksi...


Macam terbang pula buah kelapa tu...


Macam malu-malu pula buang buah kelapa... Mungkin sebab terlalu ramai orang tengok..


Ini memang campin ni... 5 botol mineral sudah kena...


Macam mana mau tembus kalau 6 defender sama 3 penjaga gol...


Nah tinguk.... Mau ambil bola pun susah...

Selepas acara sukaneka, pesta ini diteruskan dengan acara makan tengahari. Dan, tradisi diteruskan dengan jamuan secara potluck. Yang ini yang best sebab banyak betul makanan yang jarang dijumpa di Tawau, macam bosou ikan, bosou kinoring, taduk (daun keladi), bubur mangkawot, sayur nangka stail dusun dan nasi tadong. Apa pun saya tidak sempat untuk tengok semua makanan yang dihidang... Mungkin ada yang saya termiss...


Acara makan tengahari dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Father Philip Muji


Tengoklah ni... Meja panjang di Pondok Pardalis penuh dengan makanan...

Sepatutnya selepas selesai acara makan, pesta ini diteruskan dengan acara mandi manda namun acara terpaksa dibatalkan kerana hujan turun dengan lebat... Menurut sejarah, Sungai di Taman Bukit Tawau ini telah pun meragut beberapa nyawa apabila air sungai tiba-tiba menjadi besar walaupun hujan renyai-renyai. Oleh itu, sebelum apa-apa terjadi, acara ini dibatalkan...

Acara pesta diteruskan dengan Majlis Penyampaian Hadiah. Semua pemenang termasuk acara badminton yang diadakan sebelum acara di Taman Bukit Tawau turut disampaikan. Tahniah kepada semua pemenang...


Hadiah untuk Sukaneka Kanak-kanak... 3 hadiah seorang... Fuh.. Bestnya...


Ni hadiah tempat ke-2 permainan bowling buah kelapa...


Ni hadiah tempat ke-3 permainan menghantar gelang getah menggunakan straw


Ni hadiah tempat ke-2, permainan menghantar gelang getah menggunakan straw...


Yang ini menang permainan bolasepak dengan jaringan 12 - 4.. Nah itulah... Rahsianya taruh banyak-banyak defender...


Sempat juga ambil gambar kenangan untuk assistant saya, Brennen dan Bradley...

CATATAN: Tahun depan jumpa lagi...