Bergambar dengan bendera... Memang patriotik.... Dalam gambar: Zainab Peralui (5PTM)....

Pra Sinar Obor 2 diteruskan hari ini di Kompleks Sukan Tawau dengan 5 acara balapan yang melibatkan 100 m, 200 m, 400 m, 4x100 m, 4x400 m. Tiap-tiap acara menampilkan 2 kategori seperti dalam Acara Padang iaitu Kategori Lelaki & Kategori Perempuan. Setiap rumah diwajibkan menghantar 2 peserta (Tingkatan 4 & 5) bagi setiap acara individu dan 16 orang peserta untuk acara berpasukan.


Nampak sibuk kaunter pendaftaran ni...


Para peserta mula berkumpul untuk acara yang pertama...


Ya lah tu...


Santai nampak...


Si Azrat ni masuk acara apa Cikgu Zubir?


Apalah yang si Amirul pikir ni??

Memang lambat habis.. Sebab saringan dibuat untuk setiap tingkatan walaupun hanya 3 pingat ditawarkan untuk setiap kategori. Apapun, seperti tahun lepas, tujuan utama mewajibkan banyak peserta ialah supaya lebih banyak bakat dapat diketengahkan dan semestinya perasaan gembira, gerun, sedih dan teruja dapat dikongsi dan dirasai bersama berbanding hanya duduk dan menonton orang lain beraksi.


Nama siapa?...


Duduk ikut kedudukan dalam senarai ya...


Cikgu Sabir memberikan taklimat ringkas tentang peraturan acara balapan...


Acara 4x400 m perempuan Tingkatan 4


Sudah ready ka semua ni...


Ingat... Ini saringan... Satu kali batal kira disqualifed.. Faham..


1.. 2.. 3... Lari...


Hilang pula yang pelari baju merah ni dari gambar...


Relaks.. Kaki gatal atau??


Sekarang ni tengah panas... Siapa yang rasa mau pengsan.. Boleh tarik diri...


Aikk.. Mau tarik diri ka?


Nampak tenang pula si Nadirah ni... Bulih bah kalau kau..

Semua acara saringan tamat lebih kurang jam 1:00 petang dan diteruskan dengan raptai Majlis Perasmian dan Perbarisan Lintas Hormat Sinar Obor Teknik Kali Ke-13. Raptai hanya dilakukan sekali memandangkan cuaca agak panas. Semuanya atas jasa, Penyelaras Perbarisan, Encik Buareng Rahima.


Barisan pemegang bendera warna-warni...


Hm.. Beginilah bagus... Bangga pegang bendera...


Si Alif pula... Siap bergaya lagi..


Kontinjen Perbarisan Rumah Saga...


Kontinjen Perbarisan Rumah Tuah


Kontinjen Perbarisan Pengakap


Kontinjen Perbarisan Kadet Remaja Sekolah


Kontinjen Perbarisan Kadet Polis


Kontinjen Perbarisan Kadet Pertahanan Awam


Pandangan dari kawasan berbumbung..


Mau "adjust" sikit lagi ni...


Cikgu Buareng memberikan gambaran keadaan pada hari sebenar kepada Ketua Kontinjen Perbarisan...


Pembawa Bendera Kejohanan yang baru... Perhatikan 8 gelung yang bertindih diatas obor...

Menyorot kembali kecederaan yang dialami pelajar dalam Pra Sinar Obor 2 tahun lepas, tahun ini tiada kecederaan teruk yang dialami. Mungkin semua guru rumah sukan dan pelajar sendiri sudah sedar akan kepentingan untuk menyediakan peralatan yang sepatutnya apabila turut untuk bertanding.

Dari segi tahap kecergasan pula, sama macam tahun lepas. Masih kurang mantap. Pelajar mungkin ter"lena" semasa Cuti Semester 1 selama 2 minggu baru-baru ini. Ramai yang mengalami kekejangan otot dan pengsan. Hmm.. Tengok la ni...


Gambar 1: Passing baton....


Gambar 2: Macam mau duduk


Gambar 3: Rupanya...


Gambar 4: Dipapah keluar ke tempat selamat...


Yang ini pula macam sakit lutut...

Turut tidak terkecuali ialah mereka yang kurang bernasib baik kerana kesilapan teknikal... Siri gambar dibawah ni diambil masa saringan 4x100m Tingkatan 5.


Berada pada kedudukan ke-2, sebelum tiba-tiba terjatuh..,


Mengalami kecederaan lutut...


Dan, terpaksa dipapah keluar...

Semua orang yang terlibat dalam Pra Sinar Obor 2 tahun ini boleh berbangga dengan semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh semua peserta. Keyakinan dan semangat berjuang terus mengiringi para peserta sehingga ke garisan penamat. Dan, pastinya ia akan terus dibawa apabila acara akhir berlangsung dalam Sinar Obor Teknik kali ke-13 2011... Semua rumah masih berpeluang untuk mencapai kejuaraan dan keikhlasan menyumbangkan tenaga dalam Sinar Obor Teknik Kali Ke-13 ini bakal menjadikan ia sebuah kenangan manis untuk dikongsikan sepanjang hayat.........


Seorang saja yang bujang sini ni... Cuba teka... Hehehe...


Peace "STORM TROOPER"...


Ngam la ni..


Uikss.. Si Azry tengok apa tu.. Yang lain relaks saja bah..


Hahaha... Tahan bah... Memang lambat sikit ni...


Panas ka? Geng payung bah ni...


Ni pun geng payung juga...


Lawa la... Kalau rendah sikit lagi ngam ni...


Serius semua ni...


Ehem.. Ada "double-chin" pula Ros... Hehehe...

CATATAN: Siapakah bakal juara........