Persediaan awal... Memasang "nombor pendaftaran" pada bahagian dada dan belakang...

Lima Acara Padang dijalankan pada hari ini, Jumaat 17/06/2011 iaitu Lontar Peluru, Lontar Cakera, Lompat Jauh, Lompat Tinggi dan Merejam Lembing. Hanya dua kategori untuk setiap acara iaitu Kategori Lelaki & Perempuan. Tiada kategori Tingkatan 4 & 5 seperti tahun lalu tetapi semua rumah diwajibkan menghantar seorang peserta Tingkatan 4 & seorang peserta Tingkatan 5 untuk setiap kategori.


Pengetua, Cikgu Johan Okasa bersama Cikgu Yahaya Ismail dan Cikgu Ali Amin berborak sambil menungu acara dimulakan...

Setiap kategori bakal menobatkan 3 pemenang untuk pingat emas, perak dan gangsa.

Oleh kerana 8 buah rumah sukan terlibat dalam sukan tahunan sekolah pada kali ini, setiap acara padang menyaksikan 32 peserta dalam acara saringan. Memang ramai dan caranya, setiap acara berjalan pada masa berbeza untuk mengelakkan pertindihan atlit dalam semasa acara berlangsung.


Kaunter pendaftaran peserta


Cikgu Qahar Abdullah selaku Ketua AJK Pendaftaran memantau keadaan di kaunter pendaftaran

Guru-guru yang bertugas sebagai ketua pengadil, pengadil dan urusetia pendaftaran menjalankan tugas dengan komited walaupun dimamah cahaya matahari yang terik. Dan, yang penting sekali, semua acara padang untuk Pra Sinar Obor berjaya diselesaikan.

Berikut adalah antara aksi-aksi pelajar dan guru yang telah diambil untuk tatapan peminat Pra Sinar Obor Teknik 1...


Tekun nampak..


Geng Kasturi mau buat apa ni??


Cikgu Norliza Zakaria bersama peserta Rumah Tuah


Cikgu Hairuddin mengabadikan kenangan bersama para peserta Rumah Tuah..


Apa cerita diorang ni...


Bah... Aturan bagus ka ni Harun??


Cikgu Yusmaniza bersama Adik Norafiqah membuat percaturan... Hehehe... Main game ka apa ni..??


Yang ni... Ada acara atau tiada?


Ngam la tu... Ambil semangat dulu...


Cikgu Well pun buat percaturan ka ni?


Wah... Semangat ni... Lontar jauh-jauh ya..


Ok... 1... 2... 3...


Nasib baik tidak masuk lopak...


Huh.. Lompatan Gaban ka apa ni...


Mendarat dengan selamat...


Ohh.. Rupanya 5 meter saja...


Yang ini pula... Promoter Lompat Jauh ka? Duduk bawah pokok pun berpayung juga... Hehehe...


Ukur bagus-bagus ya, Cikgu Malik.. Tanah disini bukan rata....


Banyak ralat ni bussku...


Lompatan kemenangan... Fuh!!...


Yang ni confirm penyokong ni... Rumah apa korang ni?


Ambil step dulu.... Macam jauh ni...


Gembira pula pengadil di sini...


Din... Ko nampak ka juga tu?... Hehehe...


Adik Syazmi membuat gaya lemparan profesional..


Wah... Jauh juga ko buang tu cakera ya Sakaran..


Matahari pun bukan calang-calang ni... Panas membakar...


Tengok.. Semua pun mau masuk bawah payung...


Dan gaya masa matahari panas mesti ada...


Si Eppy pun berpanas juga bersama-sama dengan peserta dan pengadil

Dan akhirnya, acara yang bermula lebih kurang jam 7:30 pagi ini berakhir lebih kurang jam 12.00 tengahari....

Tahniah kepada semua yang telah menyumbangkan tenaga dalam menjayakan Pra Sinar Obor 1. (Banyak gambar masa Pra Sinar Obor 1 ni... Macam biasa...)

CATATAN: Tiada sebarang maklumat pemenang.... Yang saya tahu, pemenang Acara Lompat Tinggi Kategori Perempuan ialah Adik Nadirah Nordin, dari Rumah Kasturi dengan ketinggian lompatan 126 cm.