Gambar kenangan untuk semua pasukan yang terlibat...

Tidak banyak maklumat yang saya tahu tentang program ini... Sebab yang pertamanya, saya cuma dipanggil untuk mengambil gambar untuk dua aktiviti, Pertandingan Nyanyian & Tarian Kebudayaan dan Perlawanan Bolasepak. Yang lain... Entahlah...

Apa pun, saya suka untuk berkongsi tentang pertandingan Nyanyian & Tarian Kebudayaan dan Perlawanan Bola sepak yang telah berlangsung.


Wakil DINAS Pendidikan Tarakan, Pak Kurniawan memberikan ucapan penghargaan dalam majlis ini...


Suasana dalam Dewan SMK Kuhara...

Pertandingan Nyanyian & Tarian Kebudayaan telah mengambil tempat di Dewan SMK Kuhara, Tawau dalam satu majlis makan malam bersama wakil Dinas Pendidikan Tarakan iaitu Pak Kurniawan dan rombongan beliau. Dalam pertandingan nyanyian, Kategori Perempuan diungguli oleh SM Teknik Tawau, melalui penyanyi yang tidak asing lagi, Adik Syarifah dengan lagu Rela manakala Kategori Lelaki dimenangi oleh SMK Kuhara melalui penyanyi mereka, Adik Muzahid, dengan lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Macam konsert saja dia bikin ni...).


Aksi Adik Syarifah mempersembahkan Lagu Rela...


Antara aksi mengagumkan dari Adik Muzahid yang menyampaikan lagu Kebahagian Dalam Perpisahan...


Wakil penyanyi dari SM St Patrick..


Wakil penyanyi dari DINAS Pendidikan Tarakan... Tempat ke-3...


Adik Andika hanya berjaya meraih saguhati dalam pertandingan ini... Lagunya, Tiada Lagi...

Pertandingan Tarian Kebudayaan pula dimenangi oleh Dinas Pendidikan Tarakan.


Antara penari dari DINAS Pendidikan Tarakan yang sedang mempersembahkan tarian dari suku kaum Tidung Tarakan..


Persembahan Nasyid dari SMK Kuhara... Tidak dipertandingkan...

Perlawanan Bolasepak yang berlangsung pada keesokan harinya pula, menampilkan SM Teknik Tawau yang beraksi di padang keramat, The Green menentang Pasukan DINAS Pendidikan Tarakan. Bermula dengan garang, SM Teknik Tawau terus membolosi gawang lawan seawal minit ke-2 permainan menerusi gerakan cantik, Adik Supian. Gol bertambah lagi lima minit kemudian melalui pemain yang sama. Tersentak dengan 2 gol pasukan lawan, Pasukan DINAS Pendidikan Tarakan menyusun semula serangan sebelum berjaya menjaringkan 2 gol untuk kedudukan 2-2. Satu gol pasukan DINAS Pendidikan Tarakan adalah melalui sepakan penalti.


Perlawanan Bolasepak mengambil tempat Padang The Green, SM Teknik Tawau...


Penyelaras perlawanan ialah Cikgu Harun Salimbangun...


Cikgu Azman Mansur bersembang dengan para pelawat dari DINAS Pendidikan Tarakan...

Walau bagaimanapun, Pasukan DINAS Pendidikan Tarakan tidak mampu untuk mengekang gerakan dan serangan pasukan SM Teknik Tawau yang terus mengasak dan menjaringkan gol. Keputusan perlawanan, SM Teknik Tawau menang dengan jaringan besar, 12-2.


Adik Supian mempamerkan permainan cemerlang sepanjang perlawanan dan rasanya dia berjaya menjaringkan hatrick..


Antara percubaan yang tersasar....


Salah seorang daripada barisan pengempur SM Teknik Tawau...


Para pemain SM Teknik Tawau tidak mengalami masalah melepasi barisan pertahanan DINAS Pendidikan Tarakan walaupun secara fizikalnya, kebanyakan pemain lawan adalah lebih tinggi..


Bola terlepas dan terus menuju gawang gol...


Tetap tersenyum walaupun dibolosi...

Apa pun yang berlaku, sama ada menang atau kalah, tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk berkongsi ilmu pengetahuan disamping mempelajari budaya setempat. Mungkin di lain masa dan ketika, rombongan pendidikan dari Tawau akan berkunjung ke Tarakan untuk perkara yang sama...


Para penyokong siap membawa bendera Sabah untuk meyemarakkan semangat pemain SM Teknik Tawau...


Hanya memerhatikan dari jauh.. Para pelajar Tingkatan 5 yang sedang menghadapi SPM...

Kalau mau gambar bagi email atau pendrive.. Album mau penuh sudah ni...

CATATAN: Tahun depan datang lagii...