Rosyam Nor bersama barisan Jawatankuasa Induk Alumni SM Vokasional Tawau menunjukkan isyarat "GOOD" sebagai tanda kepuasan...

Program Ke Puncak Jaya Bersama Rosyam Nor di SM Vokasional Tawau telah berlangsung dalam keadaan yang meriah dan terkawal semalam. Program ini dirasmikan oleh YB Datuk Seri Panglima Hj Abdul Gaphur Hj Salleh, Ahli Parlimen P. 161 Kalabakan yang merangkap Ketua UMNO Bahagian Kalabakan. Program anjuran ALUMNI SM Vokasional Tawau ini turut mendapat liputan pihak media tapi tidak pasti pula dari akhbar mana.


Antara bekas pelajar yang hadir dalam majlis ini...

Program yang bertemakan motivasi ini sepatutnya bermula pada jam 7:30 malam tetapi terpaksa diheret ke jam 7:55 malam kerana menantikan kehadiran tetamu kehormat.


Bersalaman dulu....


Macam ada cerita saja ni...


Ustaz Jamry ditugaskan untuk membacakan doa untuk majlis pada kali ini...


Ucapan perasmian majlis oleh YB DSP Hj Abdul Gaphur...


YB DSP Hj Abdul Gaphur menerima cenderamata dari pengerusi Alumni SM Vokasional Tawau...


Tayangan video pengenalan SM Vokasional Tawau...

Dalam ucapan perasmian majlis, YB Datuk Seri Panglima Hj Abdul Ghapur memaklumkan bahawa Encik Rosyam Nor telah pun berkunjung ke SMK Jambatan Putih (atau SMK Pasir Putih?) di sebelah pagi dan ini merupakan program ke-2 yang dihadiri pada hari tersebut. Dan, beliau turut menyarankan agar semua pelajar dapat mengambil ikthibar daripada perjalanan hidup Rosyam Nor sebelum menempa nama sebagai pelakon, penerbit dan usahawan bergelar jutawan.


Cikgu Azman turut mengambil kesempatan untuk mengambil gambar bersama Rosyam Nor..

Selepas ucapan perasmian, Rosyam Nor atau nama sebenar Mohamed Noor Bin Shamsuddin mengambil alih pentas untuk slot motivasinya. Slot ni sebenarnya tidaklah berbentuk ceramah motivasi yang sebenar tetapi lebih kepada perkongsian kisah hidup, pencapaian dan nasihat daripada beliau. Bagi saya, Rosyam Nor telahpun memberikan pengisian yang baik dalam slotnya tetapi kalau ada tayangan slaid lagi best...


Bersemangat Rosyam Nor ni...


Sambil tersenyum....


Sesi bergelap bersama Rosyam Nor...


Rosyam Nor berkesempatan untuk memberikan hadiah penghargaan buat para pelajar cemerlang dan mengambil gambar khas bersama kumpulan ini...


Nyanyian lagu GEMURUH bersama pelajar


Rosyam Nor menerima cenderamata kenangan dari YB DSP Hj Abdul Gaphur...

Majlis tamat lebih kurang jam 11:30 malam, selepas sesi bergambar bersama Rosyam Nor.


Wartawan sempat "mencuri" Rosyam Nor buat seketika sebelum memulakan acara bergambar


Ada juga gambar kenangan.... Si Miftahul Jannah (5 PKOM) yang ambil gambar ni...


Para ibubapa dan pekerja kantin yang turut menambil peluang bergambar bersama Rosyam Nor...


Giliran para pelajar lelaki...


Giliran para pelajar perempuan...


Satu-satunya aksi gambar "close-up" dalam majlis ini...


Memang ramai jurugambar masa ni....


Hah... Yang inilah yang kena gambar "close-up" tu...


Miftahul Jannah (5PKOM) dan Aimi Amalina (5 PPKK) mengambil tempat awal di sebelah Rosyam Nor untuk sesi pengambaran ini......


Ada juga acara potong kek masa ni...

Sebagai guru dan juga jurugambar jemputan dalam majlis ini, saya mengucapkan terima kasih, syabas dan tahniah kepada ALUMNI SM Vokasional Tawau yang telah berjaya mengadakan program seperti ini. Program seperti ini sedikit sebanyak pastinya akan memberikan kesan yang positif kepada perkembangan idea pelajar yang secara tidak langsung membuka minda mereka untuk lebih menghargai peluang dan ruang yang ada di sekitar mereka.

Dan, akhir sekali kepada Rosyam Nor... Terima kasih kerana tetap melayan karenah para pelajar dan peminat walaupun kelihatan penat.... Ada POWER ROOT bah... Hehehehe...

CATATAN: Ada lagi selebriti lain selepas ni??