Perarakan bermula daripada pintu masuk sebelah atas SM Vokasional Tawau...

Program MERDEKA RAYA SM Vokasional Tawau 2012 berlangsung meriah semalam dengan semua warga mengenakan baju raya masing-masing, berarak dari Gelanggang Bola Keranjang menuju ke Dewan Tun Ahmad Shah. Acara perarakan bersama sepanduk ini bermula lebih kurang jam 7:40 pagi dengan didahului oleh barisan pentadbir bersama guru-guru, yang diketuai oleh Pengetua, Encik Johan Bin Okasa dan dikuti oleh semua pelajar dalam kursus masing-masing.


Barisan pemegang bunga manggar mengiringi perarakan ini...


Barisan guru bersama pemegang bendera negeri...


Wah..!!!


Kursus Seni Kecantikan...


Kursus Pengurusan Perniagaan...

Selepas ucapan dan laungan kemerdekaan oleh Encik Johan, program ini diteruskan dengan persembahan koir, tarian, pantomime dan nyanyian mengikut susunan aturcara yang telah disusun khas untuk majlis ini oleh jawatankuasa penganjur.


Ucapan perasmian dari pengetua..


Laungan merdeka sebanyak 3 kali yang disempurnakan oleh pengetua pada kali ini...

Akur dengan keadaan dan masa latihan yang kurang mencukupi, persembahan yang disediakan agak kurang memuaskan namun semangat dan kesungguhan yang diperlihatkan berjaya menafikan cacat cela persembahan. Mungkin sudut ini boleh diambil perhatian oleh Penolong Kanan Kokurikulum dimana pasukan persembahan atau kebudayaan sekolah diperkuatkan dari awal untuk memantapkan persembahan dalam majlis seumpamanya.


Cikgu Asmani dan Cikgu Helmi bertugas sebagai pengacara majlis sepanjang program berlangsung...


Persembahan koir...


Kumpulan persembahan untuk pantomine...


Lupa pula nama tarian ni...


Tarian Zapin... Senyum lebar pula si Syafiq ni...


Yang ini pasangan penarinya...


Uisyeh... Sempat juga bagi hadiah kepada pengantin baru....


Barisan jurugambar... Gambar bagus-bagus... Nanti kita bagi masuk majalah sekolah untuk tahun ni...


Persembahan nyanyian dari SVC...


Mikrofon pindah-pindah ni...

Acara sambutan MERDEKA RAYA dalam Dewan Tun Ahmad Shah ini diakhiri dengan persembahan nyanyian lagu raya secara berkumpulan bersama iringan gitaris oleh guru baru dan nyanyian duet Cikgu Harun Salimbangun dengan Puan Lasni Elui.


Petikan gitar dari 3 cikgu bujang: Cikgu Harun, Cikgu Nur Elmi dan Cikgu Helmi...


Nyanyian dengan gaya tersendiri.... Mantaps!!!


Seronok bah ni....


Nyanyian duet Cikgu Harun dan Puan Lasni...

Selepas itu, program ini diteruskan dengan Jamuan Hari Raya di Kantin Sekolah.


Guru-guru ERT... Peace!!! Makan dulu la...


Gambar kenangan barisan pentadbir bersama wakil alumni, pengerusi PIBG dan guru...


Satu kali lagii.... Ini kali la... Hehehe...


Ambil makanan bah cikgu... Jangan tunggu lama-lama...


Ingatkan semua tidak tengok kamera sudah... Ada juga yang pusing kepala... Hehehehe...


Memang tekun kalau bab makan cikgu-cikgu lelaki ni...


Uii... Mark... Tambah lagi bah...

Para pelajar pula bergerak ke stesen masing-masing untuk menikmati juadah "potluck" yang dibawa bersama. Ada lebih kurang 20 stesen disediakan mengikut kursus.


Antara stesen yang berdekatan dengan dewan...


Stesen SKM Elektrik...


Stesen Pengaturcaraan Komputer (PKOM)....


Lupa pula nama stesen diaorang ni... Tapi kuat ketawa... Hehehe...


Yang ini Stesen Katering...


Stesen apa ni... RF ka??

Ucapan tahniah kepada jawatankuasa penganjur yang telah berusaha keras untuk menjayakan program ini. Sesungguhnya usaha yang dicurahkan adalah lebih penting dari keputusan yang mendapat penilaian subjektif...


Gambar kenangan AKS bersama pentadbir...

Album Program MERDEKA RAYA boleh dilihat di:
Part 1: http://www.facebook.com/media/set/?set=a.495894543753965.120190.100000002726077&type=1
Part 2: http://www.facebook.com/media/set/?set=a.495894190420667.120189.100000002726077&type=1

CATATAN: Selamat Menyambut Hari Malaysia yang Ke-49...