Pengetua, Encik Johan Okasa melancarkan Program Straight "A" di Bilik BMG 1

Program Straight "A" dilancarkan oleh Pengetua, Encik Johan Okasa semalam disaksikan oleh kumpulan ibubapa pelajar yang terpilih untuk mengkuti program tersebut. Sasaran utama program ini ialah minimum "5A" untuk setiap pelajar yang terpilih.

Program Straight "A" secara ringkas cuba untuk mencorakkan diri pelajar supaya lebih "fokus" kepada matlamat sebelum dan semasa SPM nanti. Sekumpulan 10 orang guru akan bersama dengan pelajar mengikut matapelajaran masing-masing sebanyak 3 kali seminggu diluar masa p&p iaitu dari 2:30 - 4:00 petang setiap Isnin, Khamis dan Jumaat.

Program ini akan dijalankan secara 2 FASA iaitu dari:

21 Mac - 16 Mei 2011 - Menyerapkan pelajar ini kedalam Kelas ELIT (pelajar dinasihatkan untuk mengekalkan pencapaian dalam peperiksaan untuk kekal dalam Kelas Elit)

Bulan Jun hingga SPM - Kelas ELIT Straight "A"

Dan, terdapat sub-program yang dijalankan dalam program ini seperti:
  • Perkongsian ilmu dari bekas pelajar SM Teknik Tawau
  • Motivasi/Sumbangan RM10 - RM15 untuk setiap A yang diperolehi
  • Solat Hajat/Bacaan Yasin (Bulan Oktober setiap malam Jumaat)
  • Pecutan Akhir (Latih Tubi Soalan Ramalan SPM)

Encik Shamsudin, antara wakil ibubapa pelajar yang menyatakan sokongan kepada program ini

Program ini tidak mendapat dana daripada sekolah tetapi akan mengumpulkan dananya melalui sumbangan ibubapa sebanyak RM15 sebulan untuk semua matapelajaran yang tawarkan. Memang cukup berbaloi...


Para pelajar Program Straight "A" sedang berbaris untuk mendapatkan Borang Aku Janji

Para pelajar yang terpilih ini juga telah diumumkan dalam Majlis Perhimpunan Mingguan pada 07/03/2011. Tahniah semua...


Cikgu Idham mengumumkan nama-nama pelajar yang bakal mengikuti program Straight "A"


Macam malu-malu dan bersalah pula diaorang tu...


Aa... Tengok si Norsyafiqah Ambotou, dalam banyak-banyak pelajar, hanya satu yang membuat catatan.

CATATAN: Lepas ni Program DEG pulla menyusul...