Proses pemulihan dijalankan ke atas piala replika satu persatu...

Dalam diam... (Bukanlah diam betul-betul cuma tidak dihebohkan...) Proses pemulihan piala replika dihadapan Pejabat Am berjalan dengan lancar dibawah pemantauan Ketua Bengkel Binaan Bangunan (BB), Cikgu Ahmad Hussain dan Cikgu Supiansiah. Mereka dibantu oleh pelajar BB yang tinggal di asrama.


Macam mana ni... Sudah tercabut... Hehehe...


Gaul bagus-bagus... Biar sebati...

Sebelum ini mereka telahpun membuat pembesaran jalan berdekatan Bengkel Katering dan membuat jalan pintas di belakang Dewan Tun Ahmad Shah pada 22 - 23 Julai yang lepas.


Pembesaran jalan bersebelahan Bengkel Katering


Berdekatan Restoran Perdana


Rehat sebentar sebelum meneruskan projek...

Dalam Morning Prayer pagi tadi (08/10/2010), pengetua ada menyebut tentang pembikinan Tugu 1Malaysia dibawah kendalian Bengkel BB juga...

Hmm... Memang rajin Bengkel BB ni membantu meningkatkan keceriaan sekolah.... Teruskan kecemerlangan untuk terus menjulang nama SM Teknik Tawau.... Tahniah kepada Ketua Bengkel dan semua guru Kursus Binaan Bangunan....

CATATAN: Patut bagi APC diaorang ni...