DI RAMPAS... Cikgu Derlan kehilangan bola akibat keadaan padang yang agak licin...

Perlawanan Bolasepak Peringkat Kumpulan Untuk PSKPPS Peringkat Daerah Tawau bermula hari ini, 30/06/2012 yang menyaksikan 2 perlawanan bermain serentak di Padang SM Vokasional Tawau dan Padang St Patrick Tawau.


Cikgu Muhammad Nur Elmi beraksi buat kali pertama bersama Pasukan Teknik FC...


Pemanasan badan ka ni...


Strategi apa kali ni Cikgu Harun...


Tarik nafas dan hembus... ARRHHHGGGHHHH....

SM Vokasional Tawau (Pasukan Teknik FC) menurunkan gabungan pemain muda dan pemain veteren dibawah pengurusan baru kendalian Cikgu Harun Salimbangun. Pasukan yang belum menemui persefahaman terbaik dalam mana-mana perlawanan ini adalah pertaruhan 50-50 daripada pengurus. Misi utama pasukan yang disasarkan oleh pengurus ialah melepasi peringkat kumpulan.


Gambar kenangan pasukan...


Gambar kenangan bersama pasukan lawan, Pasukan Kolej Komuniti Cawangan Tawau


Para pengadil yang mengadili perlawanan ini...

Dalam perlawanan ini, kelemahan Pasukan Teknik FC sangat terserlah dibahagian tengah apabila diserang bertalu-talu melalui gandingan serangan pemain tengah dan pemain sayap Pasukan Kolej Komuniti. Namun, kedudukan separuh masa pertama kekal, 0-0.


Pasukan Teknik FC diserang bertalu-talu dalam separuh masa pertama...


Cikgu Fadzillah dan Cikgu Zamirul melakukan blocking menggunakan badan beberapa kali untuk memastikan bola tidak menerjah ke arah gawang gol....

Di separuh masa ke-2, Pasukan Teknik FC melakukan beberapa pertukaran dan merombak semula posisi pemain yang menyaksikan Cikgu Derlan Dandang bersama Encik Awang Wahid berjaya menguasai bahagian tengah padang. Hasilnya, gol yang ditunggu-tunggu muncul (walaupun saya sendiri tidak berapa percaya boleh gol...) lebih kurang 8 minit selepas sepak mula separuh masa ke-2. Gol dijaringkan melalui sepakan jarak jauh Cikgu Zabidi yang melepasi jangkauan penjaga gol lawan.


Cikgu Sabir beraksi sebagai pemain sayap kiri dalam perlawanan ini...


Encik Awang Wahid berjaya membantu bahagian tengah Pasukan Teknik FC dalam usaha untuk memberikan tekanan kepada pasukan lawan dalam separuh masa ke-2 perlawanan...

Permainan mula nampak seimbang selepas itu apabila Pasukan Kolej Komuniti pula yang mengasak kubu pasukan Teknik FC. Akhirnya mereka memperolehi gol penyamaan melalui penyerang mereka yang memakai nombor 18. Walau bagaimanapun, pasukan Kolej Komuniti ternyata kurang cergas berbanding pasukan Teknik FC yang akhirnya memperolehi gol kemenangan melalui Ustaz Jamry (menggantikan Cikgu Zabidi) yang merembat bola yang terkena pemain pertahanan lawan sebelum menerjah masuk ke dalam gawang gol lawan.... Tahniah... Kedudukan 2-1 kekal sehingga wisel penamat...


Cikgu Zabidi beraksi cemerlang dalam separuh masa ke-2 untuk memberikan gol pertama yang hebat...

Gambar-gambar lain semasa perlawanan ini boleh dilihat disini: http://www.facebook.com/media/set/?set=a.465489736794446.112507.100000002726077&type=3

CATATAN: Besok ada lagii.....