Beberapa pelajar Aliran Vokasional yang mengayakan baju korporat pelajar SM Teknik Tawau

Pelajar Tingkatan 5 diwajibkan memakai baju korporat setiap hari Rabu iaitu hari Unit Beruniform untuk SM Teknik Tawau. Perkara ini telah pun dimaklumkan oleh Penolong Kanan Kokurikulum, En Ahmad Fakhrurazi Hamzah dalam Majlis Perhimpunan Mingguan minggu lepas. Sebelum ini, beberapa pelajar perempuan memakai baju korporat tersebut dengan trak bottom dan ini sebenarnya menjejaskan penampilan bergaya yang membuatkan pelajar seperti tidak tahu etika berpakaian.

Setelah pengagihan seluar hitam dilakukan sejak minggu lepas hampir 80% pelajar telah memakai baju korporat pada hari ini. Tahniah dan terima kasih kepada semua pelajar yang telah mematuhi arahan sekolah. Kepada yang belum... sila berbuat demikian kerana pada minggu hadapan, pemeriksaan dari kelas ke kelas akan dilakukan kepada pelajar yang masih ingkar.

CATATAN: Budaya korporat seperti ini patut diterapkan semasa di sekolah lagi....