Majlis Perpisahan anjuran KKRT untuk meraikan guru yang berpindah...

Majlis Perpisahan anjuran KKRT ini diadakan di Bilik BMG1 lebih kurang jam 12:30 petang. Majlis yang bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada guru-guru yang berpindah ini dimulakan dengan ucapan pengerusi KKRT, Encik Abdullah Qahar Sabang dan seterusnya diikuti oleh majlis penyampaian cenderamata kenang-kenangan kepada guru-guru yang berpindah...

Sebelum itu, dalam Majlis Perhimpunan Pagi bersama pelajar, guru-guru ini telah diberikan peluang untuk memberikan ucapan perpisahan. Ada juga Cikgu Kholik (Pengerusi Majlis) tersasul nama Cikgu Shamsul semasa memanggil nama guru untuk memberikan ucapan perpisahan... Sengaja mungkin ni... Hehehehe...


Cikgu Hilary menyampaikan ucapan perpisahan dalam Majlis Perhimpunan terakhir bagi tahun 2010.

Cikgu Hilary Lagin menyertai Pasukan SM Teknik Tawau pada bulan September 2009 sebagai guru Automotif. Hanya 1 tahun 2 bulan berkhidmat di SM Teknik Tawau namun telah banyak membantu sekolah dalam semua aktiviti yang disertai. Saya secara peribadi ingin mengucapkan terima kasih atas segala pengorbanan yang dilakukan untuk Unit Kadet Remaja Sekolah (KRS) sepanjang beliau menjawat jawatan Guru Penasihat KRS.


Cikgu Suhairi menyampaikan ucapan perpisahan dengan nada sedih...

Cikgu Suhairi Bin Md Isa pula mula berkhidmat di SM Teknik Tawau pada 04/03/2004. Walaupun belum genap 7 tahun berada di SM Teknik Tawau, Cikgu Suhairi mengendalikan semua tugas dengan cemerlang sepanjang berada disini. Beliau yang menjawat jawatan Ketua Panitia Sains sejak 2007, turut berjaya mengekalkan keputusan matapelajaran Sains dalam SPM 2009. Penyelaras Program Larian Merentas Desa 2010 ini juga berjaya menempatkan diri dikalangan penerima APC untuk tahun 2009.


Cikgu Afendi tetap bersemangat memberikan ucapan dan amanat terakhir kepada para pelajar yang bakal menghadapi SPM 2010

Cikgu Afendi Bin Abdul Rahim mula berkhidmat di SM Teknik Tawau pada 03/07/2000. Beliau pernah menjawat jawatan Ketua Panitia Bahasa Melayu selama 6 tahun dan sedang memegang jawatan Guru Kanan Disiplin semasa permohonan perpindahan beliau diterima. Kini setelah genap 10 tahun, beliau yang sememangnya ingin balik kampung dan berkhidmat di Semenanjung Malaysia (walaupun tidak dapat balik ke negeri asal) telahpun mendapat perpindahan yang dinantikan.


Cikgu Azman mewakili pengetua untuk menyampaikan cenderahati kenangan KKRT kepada Cikgu Afendi


Cenderahati kenangan dari KKRT untuk Cikgu Suhairi


Cenderahati kenangan dari KKRT untuk Cikgu Hilary Lagin


Cikgu Yahya Ismail turut sama menyampaikan cenderahati kenangan daripada Jabatan Bahasa


Cikgu Syed Abdul Rahman mewakili Panitia Bahasa Inggeris turut menyampaikan cenderahati kenangan kepada Cikgu Afendi


Majlis pada petang itu diakhiri dengan jamuan ringan di Dataran Ilmu

CATATAN: Terima kasih dan semoga berjumpa lagi...