Gambar kenangan barisan pentadbir bersama ASP Abdul Halim selepas tamat Majlis Perhimpunan Mingguan pada 28/03/2010

Majlis Perhimpunan Mingguan hari ini diserikan dengan kehadiran ASP Abdul Halim Hj Ahmad yang bertugas sebagai Pegawai Perhubungan Sekolah bagi Peringkat IPD Tawau. Beliau yang berasal dari Semenanjung Malaysia (tidak ingat pula negeri mana..) pernah bersama dalam majlis yang serupa pada tahun lepas.

Dalam majlis ini beliau mengumumkan perpindahan beliau ke Kota Kinabalu untuk menjawat jawatan Pegawai Ugama Polis pada 01 April 2010 nanti. Beliau yang ternyata agak sedih untuk berpisah dengan Tawau (tidak nampak sebenarnya) berkesempatan untuk memberikan kata-kata semangat kepada para pelajar. Menurutnya, bapa beliau ialah seorang pemandu lori dan arwah ibunya hanya menjual kuih pada suatu ketika dahulu... Kini beliau memperolehi pendapatan bulanan kira-kira RM8000 sebulan dengan jawatan yang disandang sekarang.

Beliau menegaskan bahawa latarbelakang keluarga tidak menentukan masa depan seseorang tetapi keazaman dan iltizam yang kuat pasti akan menjanjikan masa depan yang lebih cerah. Yang penting ujarnya lagi... Ia mesti diiringi dengan cara yang berdisiplin.

Kepada yang ingin menghubungi beliau, bolehlah menulis e-mail ke puteri_nor93@yahoo.com. Beliau akan sentiasa cuba untuk mencari jalan untuk membalas semua e-mail yang diterimanya.

Terima kasih untuk segala jasa yang ditaburkan kepada SM Teknik Tawau...... Semoga berjumpa lagi...

CATATAN: Macam mana mau jadi ASP ni ya??