Barisan pentadbir yang hadir dalam perhimpunan ini...

Program Gotong Royong Perdana Semester 1, SM Teknik Tawau bermula pada jam 6:45 pagi, didahului oleh perhimpunan di Dewan TAS. Tanpa membuang masa, Penyelaras 5K Unit Keceriaan Dalaman, Cikgu Edward Sabinus mengambil tempat untuk memberikan Taklimat Gotong Royong Perdana dan diikuti oleh ucapan dari pengetua sekolah.


Penyelaras 5K, Cikgu Edward Sabinus

Setelah itu, semua pelajar dan guru bergerak ke lokasi masing-masing.


Notis Gotong Royong Perdana mula ditampal sejak Khamis minggu lepas..

Seperti biasa, saya akan bertugas di Makmal Kimia. Kali ini, Kelas 5 KFL dan 5 ABM ditugaskan bersama-sama saya untuk membersihkan makmal. Memang bagus budak-budak ni... Cuma bekalan air memang kurang.. Jadi tidak dapat cuci lantai... Apa pun, semua yang lain beres...


Beginilah budak-budak KFL cuci meja makmal...


Tengok tu... satu meja 2 orang...


Sebelum dicuci.. Kikis dulu contengan...


Kesian... Hampir semua meja dibahagian hadapan di conteng...

Satu lagi yang menarik ialah Penanaman Pokok Bunga yang disempurnakan oleh PK Pentadbiran, Encik Azman Mansur dan PK Kokum, Encik Yahya Ismail. Saya pun kurang pasti penanaman pokok bunga ni untuk apa tapi.. Memang bagus tanam bunga ni... Menambahkan keindahan... Menambahkan oksigen..


Hm.. Mau timbus pun susah juga ni...


Macam putting bola golf pula tu... Hehehe...


Selamat ditanam... Tahniah!!

Kemudian, setiap pelajar diberikan aiskrim Nestle tajaan Koperasi SM Teknik Tawau. Cikgu pun dapat juga... Hehehe...


Pelan-pelan semua orang dapat...


Cukup kah ni?


Bagus budak lelaki ni... Cantik barisan...


Aik.. Mau dua ka?


Sempat pula bergaya si Syarul ni...


Em... Jangan kasi lepas...


Relaks.. Masih ada lagi ni...


Ya... Taulah dapat aiskrim... Makan cepat sebelum cair...


Senang hatilah korang makan aiskrim.... Kerja pembersihan sudah siapkah? Hehehe...

CATATAN: Bila lagi ada gotong royong??