Cikgu Aznan menjelingkan mata sebagai bahawa tanda Rumah MEGA akan mencabar kejuaraan pada tahun ini...

Mesyuarat Rumah Sukan diadakan pada hari ini, 24/01/2011 dengan menyaksikan 4 buah Rumah Sukan yang baru muncul untuk memberikan saingan kepada rumah-rumah sukan yang telah bertapak sekian lama dalam Sinar Obor Teknik (SOT). Rumah-rumah sukan yang baru ini ialah Rumah WIRA, Rumah JEBAT, Rumah TUAH dan Rumah KASTURI.

Menurut Cikgu Rasi Solong (Penyelaras SOT 2011), kewujudan rumah sukan yang baru ini bertujuan untuk memaksimumkan penglibatan guru dan pelajar dalam acara tahunan ini. "Memang terdapat aduan mengenai guru dan pelajar yang kurang melibatkan diri dalam SOT setiap tahun dan ini adalah antara langkah penyelesaian yang cuba kita perkenalkan", tambah beliau lagi.

Walau apapun perkara disebalik pertambahan bilangan rumah sukan ini, pertandingan lapan penjuru pastinya akan menjanjikan pertarungan yang lebih sengit dan mungkin juga taktha kejuaraan bakal disandang oleh rumah sukan yang baru...


Cikgu Mohd Farhan, Ketua Pengurus Rumah Kasturi bersama Penaung, Cikgu Abdullah Qahar


Antara guru-guru perempuan Rumah Sukan Kasturi...

Mesyuarat rumah sukan berlangsung lebih kurang satu jam ini cuba memfokuskan kepada penubuhan jawatankuasa pelajar, yuran, penyusunan strategi dan latihan yang akan memantapkan lagi pengurusan dan persediaan menghadapi rumah-rumah yang lain.


Cikgu Zubir selaku Ketua Pengurus Rumah SAGA


Antara guru-guru lelaki Rumah SAGA... Cikgu Zam-zam, Cikgu Mohd Ali dan Cikgu Yee Wai Chiong..


Cikgu McManus menjalankan tanggungjawab Cikgu Wellmexly, Ketua Pengurus Rumah JEBAT yang tidak dapat hadir atas masalah kesihatan..


Cikgu Hairuddin turut melaksanakan tanggungjawab Cikgu Keegan yang juga tidak dapat hadir dalam Mesyuarat Sulung Rumah Sukan TUAH..


Aikss... Ambil acara apa masa sukan nanti ni?


Mesyuarat Rumah Sukan ARKA berlangsung di Makmal Sains 1...


ARKA!! ARKA!! ARKA!!


Cikgu Zabidi mempengerusikan Mesyuarat Rumah Sukan WIRA selaku ketua pengurus pasukan...


Guru-guru Rumah Sukan Wira...


Mantap guru-guru Rumah Sukan WIRA ni..


Cikgu Shahruddin mempengerusikan Mesyuarat Rumah Sukan DATA di kelas 4BB


Antara guru-guru Rumah Sukan DATA...

CATATAN: Semoga lebih banyak bakat atlit akan dapat dicungkil dalam SOT kali ini...