Puma_English_Banner_120x240_10_19_06



Showing Tag: " teknik" (Show all posts)

Permohonan Ke Kolej Vokasional & Sekolah Menengah Teknik Sesi 2013 Dibuka....

Posted by pahaikan on Friday, October 5, 2012, In : Vokasional Tawau 


Sila klik gambar untuk ke laman web moe.gov.my untuk tindakan seterusnya...

Untuk maklumat syarat kemasukan, sila klik sini: http://www.bptv.edu.my/v3/index.php/info-kemasukan/maklumat-permohonan-kemasukan

CATATAN: Cepat... Sebab tempat terhad...


Continue reading ...
 

Program OUTREACH BPTV Peringkat Kebangsaan Zon Sabah 2011

Posted by pahaikan on Tuesday, September 6, 2011, In : Teknik Tawau 


Banner Program OutReach Peringkat Kebangsaan 2011

Program OUTREACH Peringkat Kebangsaan 2011 diteruskan lagi selepas Siri Jelajah Zon Selatan (6-10 Julai 2011) dan Zon Utara (21-24 Julai 2011). Program untuk Zon Sabah ini akan berlangsung di Eastern Plaza, Tawau pada 8-11 September 2011, Zon Sarawak akan menyusul pada 17-19 September 2011 di Wisma Senayan.

Bertemakan ‘Pendidikan Vokasional Pilihan Utama’ ,hasrat BPTV khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia amnya adalah untuk mengubah perse...
Continue reading ...
 

Perlawanan Persahabatan Pasukan PSKPPS SM Teknik Tawau

Posted by pahaikan on Thursday, June 30, 2011, In : Teknik Tawau 


Cikgu Khairul bakal beraksi sebagai penjaga gol untuk Pasukan PSKPPS SM Teknik Tawau sepanajng perlawanan musim ini...

Pasukan Bolasepak PSKPPS SM Teknik Tawau memulakan sesi perlawanan persahabatan sejak kelmarin dan kebanyakan pemain kelihatan agak keletihan.

Menurunkan kesemua pemain dalam senarai sebagai persiapan menjelang perlawanan pertama, Pasukan Teknik tewas 2-3 ditangan Pasukan JPA (Jabatan Pertahanan Awam). Cikgu Haindy menjaringkan kedua-dua gol SM Teknik Tawau manakala Ustaz Noran...
Continue reading ...
 

Sinar Obor Teknik Ke-13 (21/06/2011)

Posted by pahaikan on Tuesday, June 21, 2011, In : Teknik Tawau 


Sumbangan berharga... Para pembawa Bendera Warna Warni Rumah Sukan...

Sinar Obor Teknik Kali Ke-13 berlangsung dengan meriah hari ini, dengan warna hijau, biru, kuning, merah, ungu, oren, coklat dan hitam menghiasi keseluruhan kawasan berbumbung Stadium Utama, Kompleks Sukan Tawau. Semangat kesukanan dan harapan pastinya membara dan bersemarak di dalam diri setiap warga Teknik Tawau yang sama-sama memeriahkan majlis ini.

Sinar Obor Teknik Kali Ke-13 ini dirasmikan oleh YB Datuk Hj Tawfiq Bin D...
Continue reading ...
 

Ceramah Asas Kesihatan Pergigian - 24/05/2011

Posted by pahaikan on Wednesday, May 25, 2011, In : Teknik Tawau 


Cikgu Ahmad Fakhrurazi bersama Dr Umar Kamali

Ceramah Asas Kesihatan Pergigian yang berlangsung di Dewan Tun Ahamad Shah, SM Teknik Tawau ini disampaikan oleh Dr Umar Bin Kamali, salah seorang doktor gigi di Hospital Besar Tawau. Ceramah bermula lebih kurang 8:00 pagi.


Cikgu Habib selaku pengerusi majlis, memperkenalkan Dr Umar dengan membacakan latar belakang pendidikannya...

Fokus ceramah ini sangat jelas dan semuanya berkaitan dengan gigi. Ia dimulakan dengan Pengenalan kepada Gigi, Kerosakan...
Continue reading ...
 

Majlis Konvokesyen Kali Ke-11 SM Teknik Tawau - 02/04/2011

Posted by pahaikan on Sunday, April 3, 2011, In : Teknik Tawau 


Adik Mohd Raqib Bin Amiruddin menerima Anugerah Al-Biruni, anugerah khas dari Jabatan Sains & Matematik untuk pencapaian cemerlang dalam matapelajaran Sains dan Matematik dengan gred purata 1.5. Adik Raqib turut menerima Sumbangan Peribadi Pahaikan.com selaku Pelajar Terbaik Matapelajaran Kimia SPM 2010

Majlis Konvokesyen Kali Ke-11 SM Teknik Tawau 2011 telahpun berlangsung dengan penuh kemeriahan dengan wajah ceria di Dewan Tun Ahmad Shah (TAS), kelmarin. Lebih kurang 600 graduan berjaya hadi...
Continue reading ...
 

Perkhemahan Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah (05 - 06/03/2011)

Posted by pahaikan on Saturday, March 5, 2011, In : Teknik Tawau 


4 biji lampu sorot yang menerangi kawasan perkhemahan

Siapalah PENGAWAS SEKOLAH tanpa kredibiliti... Memang begitulah sejak dari dulu. Kalau pengawas sekolah tiada kredibiliti, manalah pelajar bagi muka dengan diaorang ni...

Oleh itu, Unit Disiplin di bawah penyelaras program, Cikgu Farhan telah melaksanakan Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah bertujuan untuk memberikan "latihan kepimpinan" seterusnya meningkatkan kredibiliti pengawas sekolah SM Teknik Tawau.

Tidak banyak maklumat yang saya tahu men...
Continue reading ...
 

Perhatian: Majlis Konvokesyen Pelajar Lepasan SPM 2010 SM Teknik Tawau

Posted by pahaikan on Friday, March 4, 2011, In : Teknik Tawau 

Majlis Konvokesyen Pelajar Lepasan SPM 2010 SM Teknik Tawau akan diadakan pada 02/04/2011, lebih kurang seminggu selepas keputusan diumumkan... Harap maklum..

Continue reading ...
 

Pelancaran Program MENTOR MENTEE SM Teknik Tawau 2011 - 28/02/2011

Posted by pahaikan on Monday, February 28, 2011, In : Teknik Tawau 


Cikgu Kholik Maming selaku Penyelaras Program MENTOR MENTEE 2011

Akhirnya Program MENTOR MENTEE SM Teknik Tawau yang tidak kedengaran buat sekian lamanya muncul semula dengan susunan dan pengisian yang lebih menarik dan lebih memudahkan hubungan MENTOR dengan MENTEEnya.

Program yang dilancarkan dalam Majlis Perhimpunan Mingguan pada 28/02/2011 ini antara lain bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar dan seterusnya memberi bimbingan, membakar semangat dan meningkatkan kesedar...
Continue reading ...
 

SOT 2011: Lapan Rumah Sukan Bakal Berentap!!!

Posted by pahaikan on Wednesday, January 26, 2011, In : Teknik Tawau 


Cikgu Aznan menjelingkan mata sebagai bahawa tanda Rumah MEGA akan mencabar kejuaraan pada tahun ini...

Mesyuarat Rumah Sukan diadakan pada hari ini, 24/01/2011 dengan menyaksikan 4 buah Rumah Sukan yang baru muncul untuk memberikan saingan kepada rumah-rumah sukan yang telah bertapak sekian lama dalam Sinar Obor Teknik (SOT). Rumah-rumah sukan yang baru ini ialah Rumah WIRA, Rumah JEBAT, Rumah TUAH dan Rumah KASTURI.

Menurut Cikgu Rasi Solong (Penyelaras SOT 2011), kewujudan rumah sukan yang b...

Continue reading ...
 

Sambutan Hari Raya Korban SM Teknik Tawau 2010

Posted by pahaikan on Friday, November 19, 2010, In : Teknik Tawau 


Empat ekor lembu tumbang dalam Sambutan Hari Raya Korban SM Teknik Tawau 2010

Lama rasanya tiada sambutan hari raya korban di SM Teknik Tawau. Mungkin 3 tahun yang lepas atau lebih. Apa pun, sambutan Hari Raya Korban pada tahun ini agak meriah kerana ramai guru dan kakitangan sekolah hadir kerana musim cuti sekolah sudah bermula dan belum semuanya balik ke kampung masing-masing. Kerja gotong royong macam begini memang jarang-jarang dilihat kecuali kalau ada aktiviti seperti ini....

Peristiwa y...
Continue reading ...
 

Jamuan Perpisahan Jabatan Sains & Matematik - 16/11/2010

Posted by pahaikan on Tuesday, November 16, 2010, In : Teknik Tawau 


Gambar kenangan untuk majlis ini...

Jamuan Perpisahan Jabatan Sains & Matematik ini bermula jam 10:30 pagi hari ini bertempat di Makmal Fizik 2. Jamuan yang pada awalnya disediakan untuk mesyuarat jabatan diubah kepada jamuan perpisahan setelah mesyuarat dibatalkan disaat akhir.

Majlis dimulakan dengan ucapan dari Ketua Jabatan, Cikgu Darawati Pataruddin. Kemudian disusuli oleh ucapan perpisahan dari Cikgu Suhairi, penyampaian cenderamata dan makan tengahari.


Cikgu Darawati menyampaikan ucapan p...

Continue reading ...
 

Angkasawan Negara di SM Teknik Tawau - 09/10/2010

Posted by pahaikan on Wednesday, November 10, 2010, In : Teknik Tawau 


Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor bersalaman dengan pelajar lelaki semasa diiring masuk ke dalam Dewan Tun Ahmad Shah

Memang sungguh bertuah....

Atas ikhsan, YBhg. Brig. Jen. Tan Sri Datuk Liew Yun Fah (yang hanya menghantar wakilnya kerana sibuk atas urusan kerja), Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Bin Sheikh Mustapha tiba di SM Teknik Tawau lebih kurang jam 1:30 petang.

Berita tentang kedatangan Angkasawan Pertama Negara ini hanya diberitahu semasa Majlis Perhimpunan Mingguan kelmarin....
Continue reading ...
 

Majlis OSCAR NIGHT SM Teknik Tawau 2010 - 05/11/2010

Posted by pahaikan on Saturday, November 6, 2010, In : Teknik Tawau 


Barisan guru-guru ERT yang mengambil gambar selepas majlis berakhir...

Seperti namanya, Majlis Oscar Night merupakan suatu malam penghargaan bagi guru-guru SM Teknik Tawau. Dalam majlis ini, semua guru diwajibkan untuk mematuhi peraturan berpakaian yang ditetapkan. Pada tahun ini, konsep pakaian untuk guru lelaki ialah "Black Tie" manakala guru perempuan diberikan lesen "Dress To Kill". Ternyata, guru-guru perempuan menepati lesen mereka dengan menampilkan fesyen-fesyen pakaian yang menarik da...
Continue reading ...
 

Perhimpunan Mingguan Kendalian Unit Pengakap SM Teknik Tawau - 18/10/2010

Posted by pahaikan on Tuesday, October 19, 2010, In : Unit Beruniform 


Pengetua, Encik Johan Okasa dan barisan pentabiran melangkah masuk ke dalam Dewan Tun Ahmad Shah sambil menerima tabik hormat daripada barisan ahli pengakap

Majlis Perhimpunan Mingguan minggu ini diserikan lagi dengan Perhimpunan Kendalian Unit Beruniform Pengakap. Ini adalah majlis perhimpunan ke-2 yang menggunakan khidmat pasukan unit beruniform sebagai pengendali majlis. Unit Pengakap dibawah guru penasihat Cikgu Zahrina, Cikgu Siti Ain Tahir dan Cikgu Fatmawati telah menerima dengan sukare...
Continue reading ...
 

Pengundian Untuk Calon-Calon Anugerah OSCAR NIGHT SM Teknik Tawau 2010

Posted by pahaikan on Wednesday, October 13, 2010, In : Teknik Tawau 


Notis Pembuangan Undi pada 15/10/2010

SM Teknik Tawau meneruskan kecemerlangan pada tahun ini dengan menghargai semua usaha guru dan kakitangan bukan mengajar (KTBM) dalam Majlis Gemilang Oscar Night 2010. Majlis yang akan diadakan di Hotel Promenade pada 05/11/2010 ini akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran bekas-bekas pengetua SM Teknik Tawau.

Senarai calon penerima anugerah sudah pun diketahui... Sekarang tinggal undian daripada guru-guru dan KTBM yang bakal menentukan penerima anugerah ters...
Continue reading ...
 

Permohonan Ke Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional Tahun 2011

Posted by pahaikan on Monday, October 11, 2010, In : Teknik Tawau 

Syarat-syarat Umum:
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  • Pemohon hendaklah berada di Tingkatan 3 dan telah menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2010
  • Dilahirkan dalam tahun 1995 atau selepasnya.
  • Sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal. Bebas dari penyakit lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan (epilepsy) yang serius dan sebagainya. (Penyakit-penyakit ini akan membahayakan terutama semasa menjalankan kerja amali).
  • Tidak rabun warna bagi semua pr...

Continue reading ...
 

Majlis Doa Selamat & Mesra Raya SM Teknik Tawau 2010 - 07/10/2010

Posted by pahaikan on Saturday, October 9, 2010, In : Teknik Tawau 


Tetamu Istimewa Majlis Mesra Raya SM Teknik Tawau, Haji Mukmin, seorang pegawai dari UTV

Majlis sambutan bermula dengan bacaan Doa Selamat pada jam 12:55 petang yang diketuai oleh Ustaz Khusairi Mohd Khir. Bacaan Doa Selamat tamat kira-kira jam 1:30 petang dan Majlis Mesra Raya bermula.

Kebetulan pada hari tersebut, seorang pegawai UTV membuat lawatan ke sekolah. Jadi selepas tamat lawatan ke kawasan bengkel, beliau turut sama memeriahkan majlis ini.


Ustaz Khusairi Mohd Khir mengetuai bacaan Doa...

Continue reading ...
 

Latihan Kebakaran (Fire Drill) SM Teknik Tawau - 24/06/2010

Posted by pahaikan on Saturday, July 3, 2010, In : Teknik Tawau 


Fire Drill atau Latihan Kebakaran adalah antara langkah persediaan yang penting untuk mempersiapkan pelajar, guru dan kakitangan sekolah apabila menghadapi keadaan sebenar semasa kebakaran.

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) SM Teknik Tawau yang mendapat kerjasama penuh Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Cawangan Tawau telah berjaya mengadakan satu latihan kebakaran pada 24/06/2010 yang lalu.


Encik Abdul Malik Bin Yusuf bersama Cikgu Adzlina dan Cikgu Heatinorayu...

JKKP SM...
Continue reading ...
 

Pertandingan Kawad Kaki Sekolah Menengah Peringkat Daerah Tawau: Teknik Tawau Ke-3!!! - 29/04/2010

Posted by pahaikan on Thursday, April 29, 2010, In : Teknik Tawau 


Pertandingan ini telah dilangsungkan di SMK Tawau II selaku tuan rumah pada tahun ini. SM Teknik Tawau telah menghantar pasukan terbaik sekolah iaitu Kadet Pertahanan Awam dibawah guru penasihat Cik Norhayati Amir dan Encik Azly Salihin. Pertandingan Kawad Sekolah Menengah yang dijadualkan selama 2 hari iaitu 29 - 30/04/2010 hanya dilakukan selama sehari kerana bilangan penyertaan yang sedikit berbanding jangkaan pihak penganjur.

Pertandingan bermula tepat jam 8:00 pagi dan pasukan pertama ya...
Continue reading ...
 

Perkhemahan Pengakap SM Teknik Tawau: Suatu Kebanggaan!! (22-25/04/2010)

Posted by pahaikan on Tuesday, April 27, 2010, In : Unit Beruniform 


Inilah antara pelajar dan guru yang mengikuti program perkhemahan tersebut...

Perkhemahan Pengakap Peringkat SM Teknik Tawau 2010 ini dijalankan di Kem Kemahiran Pengakap Tiku, Tawau. Seramai 25 orang pelajar terlibat bersama-sama dengan 4 guru pengiring iaitu Cikgu Zahrina, Cikgu Ain, Cikgu Arash dan Cikgu Fatmawati. Persatuan Pengakap SM Teknik Tawau turut dibantu oleh Kumpulan Pengakap Kelana A bersama dengan Timbalan Pesuruhjaya Pengakap Tawau, Encik Abdul Kahar Bin Abdul Rahim.


Dari kanan:...

Continue reading ...
 

Teknik Tawau U18 vs Gingga Kiddos - 22 April 2010

Posted by pahaikan on Thursday, April 22, 2010, In : Teknik U18 2010 


Gambar kenangan perlawanan persahabatan antara Teknik Tawau U18 dengan Gingga Kiddos

Perlawanan yang bermula dengan agak seimbang ini akhirnya memihak kepada Pasukan Teknik Tawau U18 dengan jaringan 7 -1. Pasukan Gingga Kiddos yang diwakili oleh pemain-pemain berbakat sekitar Tawau yang berumur antara 14 - 17 tahun. Kebanyakan para pemain ini mewakili sekolah masing-masing dalam Kejohanan Bola Sepak Peringkat Sekolah Daerah Tawau dalam tahun ini.

Apa pun, persediaan mental dan fizikal yang lebi...
Continue reading ...
 

Temuramah SVC dengan Puan Fitriani Sempena Hari Ulang Tahun SM Teknik Tawau yang ke - 26

Posted by pahaikan on Monday, April 19, 2010, In : Teknik Tawau 


Inilah barisan kabinet SVC yang telah menemuramah Puan Fitriani Wahid, bekas Pengetua SM Teknik Tawau sempena Hari Ulang Tahun SM Teknik Tawau ke-26 pada 15 April 2010 yang lalu. Terima kasih kepada Puan Fitriani yang sudi meluangkan masa untuk sesi temuramah ini...

CATATAN: Yang hilang tu... Gantilah ya...


Continue reading ...
 

A One Tuisyen Centre, Tawau - Menyediakan Perkhidmatan Terbaik...

Posted by pahaikan on Sunday, April 11, 2010, In : Sponsor 


Papan tanda A One Academy Tuition Centre

A One Academy Tuisyen Centre adalah sebuah pusat tuisyen yang baru dibuka dan mula beroperasi sejak 01 April 2010. Pada masa ini pusat tuisyen A One hanya menawarkan 8 subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Fizik, Kimia, Matematik Tambahan dan Lukisan Kejuruteraan. Kelas Komunikasi untuk orang dewasa turut ditawarkan di pusat ini untuk dua bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina.

Guru-guru yang mengajar di A One Academy te...
Continue reading ...
 

Teknik FC vs Kalamazan FC - 04/04/2010

Posted by pahaikan on Monday, April 5, 2010, In : Teknik FC 

Keputusan: 2-4 (Kalah)
Penjaring gol Teknik FC: Haindy Sapikit (2 gol) dibantu oleh Khairul dan Ghazali

CATATAN: Tidak pergi tengok pula perlawanan ni... Sibuk... Hehehehe...


Continue reading ...
 

Pertandingan Digital Story Telling - SM Teknik Tawau Juara Daerah Tawau

Posted by pahaikan on Monday, March 29, 2010, In : Teknik Tawau 




Pada 23 - 26 Mac 2010 yang lepas, sekumpulan pelajar telah dihantar untuk Bengkel dan Pertandingan Digital Story Telling Peringkat Daerah Tawau di Pusat Kegiatan Guru Tawau. Bengkel yang bertujuan untuk menghasilkan satu video atau filem pendek ini akhirnya menobatkan SM Teknik Tawau sebagai pemenang.

Sekalung tahniah kepada kumpulan pelajar ini yang terdiri daripada Rosmaini Roslin B. Mohd Salleh, Nurshahfika Hidayu Bt Mokhri dan Mohd Azizi dari Kursus Pengaturcaraan Komputer. Tidak lupa kepa...
Continue reading ...
 

Laman Web Rasmi SM Teknik Tawau

Posted by pahaikan on Saturday, March 13, 2010, In : Website Review 


Laman Web Rasmi SM Teknik Tawau - Sila klik gambar untuk melawat laman web ini...

Laman web rasmi SM Teknik Tawau yang mula beroperasi sejak 2000 ini dikendalikan sepenuhnya oleh guru-guru ICT SM Teknik Tawau. Ada beberapa bahagian dalam laman web ini yang belum dikemaskini sepenuhnya kerana selepas tahun 2007, satu laman web baru diwujudkan oleh Cikgu Lim Siew Khing namun ia tidak lagi beroperasi sejak Disember 2009. Banyak maklumat terkini dalam tahun 2007 - 2009 dimasukkan dalam laman web t...
Continue reading ...
 

Kursus Kesedaran MS ISO SM Teknik Tawau - 12/03/2010

Posted by pahaikan on Friday, March 12, 2010, In : Teknik Tawau 


Kursus Kesedaran MS ISO ini dikendalikan sepenuhnya oleh Encik Yahaya Ismail, Ketua Bidang Bahasa SM Teknik Tawau yang merangkap Penyelaras MS ISO SM Teknik Tawau

Kursus yang bermula pada jam 2:00 petang ini diwajibkan kepada semua guru SM Teknik Tawau. Walaupun sekolah sudah mula bercuti pada 13/02/2010, semua guru komited untuk bersama-sama menghadiri kursus ini seterusnya merealisasikan pelaksanaan MS ISO di SM Teknik Tawau pada tahun ini.

Kursus ini sebenarnya hanya bertujuan untuk menginga...
Continue reading ...
 

Teknik U18 Boys Beraksi Di Gelanggang Marco Polo, Tawau...

Posted by pahaikan on Wednesday, March 10, 2010, In : Teknik U18 2010 


Kegembiraan jelas terpancar pada wajah setiap pelajar dan guru yang diraikan dalam majlis ini...

Pasukan Bola Sepak Bawah 18 tahun yang menjuarai Pertandingan Bola Sepak Bawah 18 Tahun MSS Daerah Tawau baru-baru ini beraksi lagi tapi kali ini di Hotel Marco Polo, Tawau. Kesemua 18 pemain utama dibawa untuk menjamu selera bersama-sama dengan barisan guru SM Teknik Tawau yang terlibat dalam pertandingan tersebut.

Bergerak dari sekolah sekitar jam 12.00 tengahari, guru dan pelajar terlibat terus m...
Continue reading ...
 

SINAR OBOR TEKNIK KALI KE-12 2010 - 04/03/2010

Posted by pahaikan on Friday, March 5, 2010, In : Teknik Tawau 



Sinar Obor Teknik Kali Ke-12 berlangsung dengan jayanya, kelmarin. Warna hijau, biru, kuning dan merah menghiasi separuh daripada Stadium Utama, Kompleks Sukan Tawau. Kemeriahan dan semangat kesukanan meresap ke dalam jiwa setiap warga Teknik Tawau yang bersama-sama menjayakan program ini.

Berkumpul pada jam 7:00 pagi, semua orang kelihatan sibuk mempersiapkan diri untuk Majlis Perasmian Sinar Obor Teknik Ke-12 yang telah pun disempurnakan oleh Tuan Mohd Gasing Bin Haji Saling, EXCO Pemuda UMN...
Continue reading ...
 

Pra Sinar Obor Teknik - 03/03/2010

Posted by pahaikan on Wednesday, March 3, 2010, In : Teknik Tawau 


Antara aksi atlit yang bertanding untuk rumah sukan masing-masing...

Hari ke-2 Pra Sinar Obor diteruskan hari ini di Kompleks Sukan Tawau dengan 6 acara melibatkan 1500 m, 200 m, lompat jauh, lompat tinggi, rejam lembing dan 4x400 m. Tiap-tiap acara menampilkan 4 kategori iaitu Lelaki Tingkatan 5, Lelaki Tingkatan 4, Perempuan Tingkatan 5 dan Perempuan Tingkatan 4. Setiap rumah diwajibkan menghantar 2 peserta bagi setiap acara kecuali untuk 4x400 m yang memerlukan 8 orang. Hah... tujuannya i...
Continue reading ...
 

Sejarah Tercipta: SM Teknik Tawau Juara 2010!!!

Posted by pahaikan on Tuesday, March 2, 2010, In : Teknik U18 2010 


Aksi sebelum sepak mula perlawanan akhir.....

Debaran bertemu salah satu pasukan elit Daerah Tawau iaitu SMK Balung dalam perlawanan akhir Pertandingan Bolasepak Bawah 18 tahun MSSM Daerah Tawau berakhir dengan kemenangan yang sungguh berharga. Jantung bergetar dalam setiap detik perlawanan dan nafas sekali sekala terhenti melihat percubaan jarak jauh SMK Balung yang berjuang habis-habisan mencari gol untuk memusnahkan impian pasukan SM Teknik daripada mencipta sejarah dan melakar nama sebaga...
Continue reading ...
 

Acara Pra Sinar Obor Teknik (SOT) Bermula.... - 02/03/2010

Posted by pahaikan on Tuesday, March 2, 2010, In : Teknik Tawau 


Beberapa aksi guru dan para peserta yang sempat dirakamkan semasa acara dijalankan...

Hanya dua acara dijalankan pada hari ini iaitu Acara Lontar Peluru dan Lempar Cakera, masing-masing untuk 4 kategori iaitu Lelaki Tingkatan 5, Lelaki Tingkatan 4, Perempuan Tingkatan 5 dan Perempuan Tingkatan 4. Tiap-tiap kategori menampilkan 8 peserta menjadikan jumlah peserta terlibat seramai 64 orang.

Guru-guru yang ditugaskan sebagai urusetia pendaftaran dan pengadil menjalankan tugas dengan komited dan se...

Continue reading ...
 

Jadual Perlawanan Pasukan Bawah 18 tahun SM Teknik Tawau

Posted by pahaikan on Friday, February 26, 2010, In : Teknik U18 2010 

...

Tarikh

Hari

Masa

Pasukan Lawan

Jangkaan

27/02/2010

Sabtu

07:30 pagi

SMK Pasir Putih

Menang

27/02/2010

Sabtu

4:00 ptg

SM St Patrick

Menang

28/02/2010

Ahad

02:15 ptg

SMK Umas-umas


Continue reading ...
 

Larian Merentas Desa SOT 2010 - 25/02/2010

Posted by pahaikan on Thursday, February 25, 2010, In : Teknik Tawau 


Sedia..... 1... 2... 3....

Larian Merentas Desa sempena SOT 2010 telah dijalankan pada sebelah pagi hari ini, yang menyaksikan semua Rumah Sukan bertungkus lumus mengumpulkan markah yang banyak sebagai bekal ke Sinar Obor Teknik 2010 yang akan berlangsung minggu depan.

Ucapan tahniah kepada Penyelaras Larian Merentas Desa ini iaitu Encik Mohd Suhairi Isa dan semua ahli jawatakuasanya yang berjaya melaksanakan program ini dengan cemerlang. Persediaan rapi selama satu bulan telah dijelmakan kepa...
Continue reading ...
 

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SM Teknik Tawau - 24/02/2010

Posted by pahaikan on Wednesday, February 24, 2010, In : Teknik Tawau 


Majlis ini bermula seawal jam 7:00 pagi setelah semua guru dan pelajar muslim berkumpul di Dewan TAS. Antara aktiviti yang diadakan ialah ceramah dan persembahan Nasyid dari Pasukan Nasyid Sekolah dibawah bimbingan Ustaz Noran Zaidi. Sambutan berakhir pada jam 8:30 pagi.

CATATAN: Tiada perarakan pula tahun ni.....


Continue reading ...
 

Koleksi Gambar Pasukan Bolasepak Teknik Tawau U18..

Posted by pahaikan on Sunday, February 21, 2010, In : Teknik U18 2010 

Koleksi gambar Pasukan Bolasepak Teknik Tawau Bawah 18 tahun sudah ada dalam album Pahaikan.com...Kepada yang berminat untuk melihat aksi-aksi mereka dalam Sesi Pemilihan dan juga Siri Perlawanan Persahabatan, bolehlah mengklik link ini: Album Teknik U18 Tawau.

CATATAN: Sila mendownload gambar anda untuk kenangan.... Kalau tidak.. Rugi!!!


Continue reading ...
 

Kuiz Kimia Online Pahaikan.com!!!

Posted by pahaikan on Wednesday, February 17, 2010, In : Chemistry Subject 


Sedar tak sedar sudah 300 entry dimasukkan kedalam Blog Pahaikan.com... Termasuk yang ini.. 301. Untuk meraikan kejayaan peribadi ini... Hehehe... Saya dengan sukacita menganjurkan satu peraduan iaitu Kuiz Kimia Online Pahaikan.com khas untuk para pelajar SM Teknik Tawau.

Kuiz Kimia ini akan menumpukan kepada matapelajaran Kimia sahaja khasnya untuk silibus KBSM. Mungkin sekali sekala soalan diluar topik akan ditanya tetapi tidaklah banyak.. mungkin dalam 5% sahaja.

Peraduan ini adalah percum...
Continue reading ...
 

Majlis Aqiqah Hannah Qistina - 15/02/2010

Posted by pahaikan on Monday, February 15, 2010, In : Teknik Tawau 


Ghazali dengan Hannah yang lebat rambutnya.. Isk tiada gambar mama na pula...

Inilah wajah terkini Hannah Qistina Binti Ghazali yang kini sudah berumur 3 bulan. Yang pasti kegembiraan menyelubungi keluarga Encik Ghazali yang menerima kunjungan kawan-kawan dan sanak saudara untuk bersama meraikan majlis ini.

Majlis yang sederhana tetapi meriah ini hadiri oleh kira-kira 150 orang (Anggaran sahaja).


Antara guru yang hadir dalam majlis tersebut. Geng GENERAL - dari kiri: Khairul, Mohammad Yamalang...

Continue reading ...
 

The Effect Of Total Surface Area On The Rate Of Reaction

Posted by pahaikan on Tuesday, February 9, 2010, In : Chemistry Subject 



The speed at which chemical reactions proceed, is known as the rate of reaction. Different reactions proceed at different speeds. While some reactions are extremely slow, there are other reactions which take place in a matter of few seconds.

There are several factors which affect the rate of chemical reactions:
  • concentration of the reactants
  • temperature
  • total surface area of solid reactants
  • presence of catalysts
  • pressure, if the reactants are gases
Here, we will be discussing the total surface ...
Continue reading ...
 

RM3.50?? Ngamkah??

Posted by pahaikan on Monday, February 8, 2010, In : Teknik Tawau 

Ada satu tempat dimuka bumi ini, makanan yang tidak seberapa sedap seperti ini dijual pada harga RM3.50... Campur milo ping sudah RM5.00. Patutkah atau???

CATATAN: Ni lah kalau mau untung banyak....


Continue reading ...
 

Picture Post: Pasukan Bola Baling (Lelaki) Bawah 18 Tahun SM Teknik Tawau 2010

Posted by pahaikan on Sunday, February 7, 2010, In : Teknik Tawau 


Pasukan Bola Baling (Lelaki) Bawah 18 Tahun SM Teknik Tawau 2010 yang sedang berlatih untuk pertandingan antara sekolah peringkat Daerah Tawau. Jurulatih pasukan ini ialah Cikgu Shamsuddin Ibrahim (Pok Ding)

CATATAN: Semoga berjaya....


Continue reading ...
 

Kursus Bakeri & Konfeksionari: Suatu Pilihan Kerjaya....

Posted by pahaikan on Sunday, February 7, 2010, In : Teknik Tawau 


Wafer Kaya buatan pelajar Kursus Bakeri & Konfeksionari SM Teknik Tawau. Dari masak hingga kepada pengguna..(Resepi adunan tepung adalah dirahsiakan)

Pada Majlis Penutupan Minggu Penjanaan Minda, Bengkel Bakeri & Konfeksionari mengadakan jualan makanan seperti sandwich, bun dan wafer kaya dihadapan Bengkel Kimpalan dan Fabrikasi Logam. Walaupun sekali sekala bau logam menyelubungi kawasan jualan, namun para pengunjung yang datang kelihatan berpuas hati dengan makanan yang disediakan.

Macam bias...
Continue reading ...
 

Minggu Penjanaan Minda (02 - 06/02/2010): Permulaan Suatu Pengembaraan.....

Posted by pahaikan on Sunday, February 7, 2010, In : Teknik Tawau 


Pelajar Tingkatan 4 Sesi 2010 bersemangat ketika mengangkat ikrar pelajar SM Teknik Tawau...

Minggu Penjanaan Minda yang bermula sejak Selasa (02/02/2010) berakhir kelmarin dengan suasana yang gembira. Semangat pelajar Tingkatan 4 yang baru mula dirasakan melalui nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanahairku dan lagu sekolah yang dinyanyikan dengan kuat dan jelas. Dan semangat yang sama terus disuarakan melalui bacaan ikrar pelajar yang diketuai oleh Perdana Menteri (SVC), Adik Hermanshah Herman.  ...
Continue reading ...
 

Markah ETR Untuk Headcount SPM 2010

Posted by pahaikan on Thursday, February 4, 2010, In : Teknik Tawau 


Antara guru yang sibuk memasukkan markah ETR untuk Headcount SPM 2010 di Makmal ICT, SM Teknik Tawau

Menunggu guru-guru untuk menyiapkan Headcount bagi pelajar biasanya akan mengambil masa yang lama. Oleh itu, melalui kerjasama antara Cikgu Sariah dan Cikgu Shamsul Nizam, pengisian markah ETR secara berpusat di Makmal ICT, SM Teknik Tawau dilakukan selama dua hari iaitu 03 - 04 Februari 2010.

Kerja guru dipermudahkan dengan penggunaan perisian yang mengira sendiri markah sasaran pelajar untuk ...
Continue reading ...
 

Segak dan Bergaya....

Posted by pahaikan on Wednesday, February 3, 2010, In : Teknik Tawau 


Beberapa pelajar Aliran Vokasional yang mengayakan baju korporat pelajar SM Teknik Tawau

Pelajar Tingkatan 5 diwajibkan memakai baju korporat setiap hari Rabu iaitu hari Unit Beruniform untuk SM Teknik Tawau. Perkara ini telah pun dimaklumkan oleh Penolong Kanan Kokurikulum, En Ahmad Fakhrurazi Hamzah dalam Majlis Perhimpunan Mingguan minggu lepas. Sebelum ini, beberapa pelajar perempuan memakai baju korporat tersebut dengan trak bottom dan ini sebenarnya menjejaskan penampilan bergaya yang me...

Continue reading ...
 

Berpindah Juga Akhirnya... Selamat Maju Jaya Cikgu Majiha...

Posted by pahaikan on Saturday, January 30, 2010, In : Teknik Tawau 


Cenderahati Kenangan dari SM Teknik Tawau untuk Cikgu Majiha yang disampaikan oleh pengetua, En. Johan Okasa dalam perjumpaan Morning Prayer kelmarin....

Cikgu Majiha Mat Lazim yang  menerima surat perpindahan yang ditunggu-tunggu sejak musim persekolahan 2010 dibuka. Cikgu Majiha mula bertugas di SM Teknik Tawau pada 15 Jun 2007 berpindah atas alasan yang sama ketika ke Teknik Tawau iaitu untuk bersama suami dan anak.

Saya mewakili Panitia Kimia Teknik Tawau mengucapkan selamat berpindah dan ...
Continue reading ...
 

Pahaikan.com Revealed: Baju Baru Teknik FC Untuk Perlawanan Seterusnya...

Posted by pahaikan on Sunday, January 24, 2010, In : Pahaikan.com Revealed 

Model sambilan, Cikgu Aznan mengayakan baju baru Teknik FC yang mendapat sponsor daripada Sandhu Sports. Baju ini bakal beraksi dalam perlawanan persahabatan pada waktu malam di Kompleks Sukan Tawau. Tarikh dan masa perlawanan akan diberitahu kemudian.

CATATAN: Macam tidak boleh jadi model saja si Aznan ni... Hehehhee...


Continue reading ...
 

Keputusan Permohonan Kemasukan Tingkatan 4 SM Teknik Tawau - 19 Jan 2010

Posted by pahaikan on Tuesday, January 19, 2010, In : Teknik Tawau 

Guru-guru dan ibu bapa sibuk menyemak nama pelajar yang berjaya masuk ke SM Teknik Tawau pada 30 Januari nanti. Hah... yang berkilat kepalanya tu siapa?

Keputusan permohonan kemasukan Tingkatan 4 SM Teknik Tawau telah berada disekolah sejak 15 Januari 2010 tetapi hanya ditampal ke papan kenyataan Hal Ehwal Pelajar pada hari ini. Nampaknya lebih kurang 500 penama dinaikkan tetapi berapa agaknya yang akan mendaftar kelak...

Agak dukacita dimaklumkan untuk Bahagian Teknikal dimana hanya 16 pelajar...
Continue reading ...
 

Majlis Penyerahan Transkrip Pelajar Tingkatan 5 - 16 Jan 2010

Posted by pahaikan on Monday, January 18, 2010, In : Teknik Tawau 


Said Shafiq, pelajar 5 PKM2 merenung masa depan yang belum pasti...

Majlis Penyerahan Transkrip Pelajar Tingkatan 5 dilaksanakan sejurus Majlis Perasmian Penutupan Program Peningkatan Disiplin dan Motivasi Kecemerlangan Pelajar yang telah berjalan selama dua hari sebelumnya. Majlis yang dihadiri lebih kurang 200 orang ibu bapa ini bermula kira-kira jam 10.30 pagi setelah ucapan perasmian penutupan dilakukan oleh Pengetua SM Teknik Tawau, Encik Johan Bin Okasa.


Ucapan panjang lebar dari pengetua...

Continue reading ...
 

Program Peningkatan Disiplin dan Motivasi Kecemerlangan Pelajar Tingkatan 5 - 14 & 15 Jan 2010

Posted by pahaikan on Monday, January 18, 2010, In : Teknik Tawau 


Suasana Dewan Tun Ahamadshah pada malam aktiviti LDK dijalankan...

Program ini bermula pada jam 2.00 petang, 14 Jan 2010 yang menyaksikan seramai 466 orang pelajar mengambil bahagian. Suasana sekolah dan asrama agak riuh dengan kehadiran para pelajar harian yang sama-sama menghuni asrama sepanjang program berlangsung.

Program yang diilhamkan oleh Unit Kaunseling dan Unit Disiplin direalisasikan dengan komitmen guru-guru yang bertungkus lumus memastikan semua slot berjalan dengan baik. Rasanya u...
Continue reading ...
 

ATV di Teknik Tawau??

Posted by pahaikan on Monday, January 18, 2010, In : Teknik Tawau 


Muslihadir dan Nik Hasbularif mengamati ATV yang pertama kali muncul di Teknik Tawau.

ATV ini adalah kepunyaan Encik Kasim Ambosaka (Ke-3 dari kiri), yang dibawa khas untuk dibaikpulih. Kenderaan yang dikelaskan sebagai traktor ini memestikan pemandunya untuk mempunyai lesen memandu kelas F. Perlu didaftarkan dan diinsurankan sepenuhnya, kenderaan ini boleh dipandu di atas jalanraya sekiranya anda mahu.

Tayar yang digunakan oleh ATV ini adalah tayar kereta biasa. Tayar sebenar untuk ATV ini mem...

Continue reading ...
 

Picture Post: Pengetua Masuk Rumah Hari Ini - 09/12/2009

Posted by pahaikan on Wednesday, December 9, 2009, In : Teknik Tawau 


Nah kan... Pengetua SM Teknik Tawau, Encik Johan Okasa masuk rumah pengetua hari ini...

CATATAN: Ada makan-makan kah ni?? Hehehehe....


Continue reading ...
 

Sambutan Hari Raya Haji @ Korban di Flat SM Teknik Tawau - 28 Nov 2009

Posted by pahaikan on Wednesday, December 2, 2009, In : Free Topics 


Proses penyembelihan yang dilakukan oleh pakar menyembelih...

Sambutan Hari Raya Haji @ Korban di Tawau biasanya kurang meriah berbanding Hari Raya Puasa namun semangat bergotong royong dan berkerjasama masih tertanam dalam diri masyarakat sekitar Teknik Tawau. Buktinya, mereka sama-sama membantu menyembelih 2 ekor lembu untuk korban Hari Raya Haji baru-baru ini. Lembu yang dibeli khas oleh Puan Sariah dan keluarganya untuk tujuan korban hari raya ini.


Lembu yang ke-2 disembelih pada hari terse...

Continue reading ...
 

Sambutan Hari Jadi Jabatan Sains & Matematik Kali ke-3 2009

Posted by pahaikan on Thursday, November 19, 2009, In : Teknik Tawau 


Kad Hari Jadi Khas buat guru-guru yang menyambut hari jadi mereka!!

Sambutan Hari Jadi Jabatan Sains & Matematik Kali Ke-3 2009 ini sebenarnya dijadualkan pada hari esok, 20 November 2009. Oleh kerana Mesyuarat Guru ditangguhkan ke hari esok, maka majlis ini dibawa ke hadapan. Majlis ini juga sepatutnya dilangsungkan di pekarangan Dataran Ilmu dipindahkan ke Bilik BMG 2 untuk mengelakkan bunyi bising yang boleh menggangu adik pelajar yang sedang menghadapi peperiksaan SPM (Kertas Bahasa Ingger...
Continue reading ...
 

Jamuan Makan Akhir Tahun Kelab Kebajikan & Rekreasi Teknik Tawau (KKRT) 2009 - 17 Nov 2009

Posted by pahaikan on Wednesday, November 18, 2009, In : Teknik Tawau 


Majlis Jamuan Makan Akhir Tahun 2009 oleh KKRT yang telah berlangsung semalam adalah program penutup aktiviti KKRT untuk tahun 2009. Guru-guru mula membanjiri Dataran Ilmu sejak jam 11.00 pagi untuk majlis yang bermula pada jam 11.40 pagi.

Majlis dimulakan dengan ucapan dari pengerusi KKRT, Puan Rosliza dan diikuti oleh ucapan pentadbir, PK HEM, Encik Azman Mansur. Kemudian cenderahati disampaikan kepada semua guru yang bakal berpindah ke sekolah baru bermula sesi 2010 nanti. Lepas tu... Makan...
Continue reading ...
 

Malam Himpunan Kenangan 2009

Posted by pahaikan on Friday, November 13, 2009, In : Teknik Tawau 


Tahniah kepada Biro Asrama SM Teknik Tawau sesi 2009 yang telah berjaya menganjurkan Malam Himpunan Kenangan Asrama 2009 dengan jayanya.

CATATAN: Selamat bercuti!!


Continue reading ...
 

Program Mencari Bintang 2009: Suatu Program Membanggakan!!

Posted by pahaikan on Monday, November 9, 2009, In : Program Mencari Bintang Teknik 2009 



CATATAN: Kepada yang menunggu entry Program Mencari Bintang ini, dukacita dimaklumkan - masa yang lebih panjang diperlukan kerana sekarang ni banyak kerja yang perlu disiapkan... sorry la ya... Program 3 hari ini akan dirangkumkan dalam satu entry rasanya. Tunggu sajalah ya.... Ada juga ni nanti. Apa pun, gambar sudah di upload di Pahaikan's Album.


Continue reading ...
 

Perhatian Warga Sabah!!!

Posted by pahaikan on Thursday, November 5, 2009, In : Teknik Tawau 

Kepada mana-mana warga Sabah yang berminat untuk mengikuti kursus Vokasional dan ERT di Teknik Tawau pada tahun 2010, silalah datang ke kaunter HEM untuk mendapatkan borang permohonan. Terlupa pula tanya tarikh tutup permohonan. Ada sesiapa yang tahu kah??

CATATAN: Hm... Kimia tidak lagi ditawarkan untuk tingkatan 4 tahun depan... Isk.. isk..


Continue reading ...
 

Picture Post: Kak Jeriah Among Melawat Teknik Tawau?

Posted by pahaikan on Wednesday, November 4, 2009, In : Picture Post 

Kak Jeriah (kanan) dan Mami bergambar untuk kenangan... Hehehe... Menurunkan ilmu kah Kak Jeriah?

CATATAN: Hm... Memang bagus melawat-melawat ni... Mengeratkan persahabatan...


Continue reading ...
 

Paksa & Terpaksa...

Posted by pahaikan on Wednesday, November 4, 2009, In : Program Mencari Bintang Teknik 2009 


Program Pencarian Bakat Teknik Tawau @ Progam Mencari Bintang nampaknya kekurangan peserta dalam pertandingan nyanyian Teknik Idol, jadi inilah yang terpaksa dilakukan oleh penyelaras program, En. Shamsudin - Meminta sekurang-kurangnya 2 sukarela dari setiap kelas.

Antara pelajar yang menjadi sukarela...

Dan... Cara ini berjaya mengumpulkan sejumlah peserta yang cukup untuk pertandingan. Masalah diatasi... Good job!!

CATATAN: Tidak semua orang ada suara yang merdu untuk diketengahkan tapi... cu...
Continue reading ...
 

Ada Lori Ada Bas??

Posted by pahaikan on Wednesday, November 4, 2009, In : Teknik Tawau 


Hari Ahad yang lepas, Pasukan Teknik-Fuji telah bertandang ke Dewan St Patrick untuk perlawanan badminton persahabatan dengan Pasukan PGA Tawau. Pasukan Teknik-Fuji diwakili oleh guru-guru yang biasanya bermain di Dewan Fuji Mart iaitu Shamsudin, Yahya, Shamsul, Aznan, Suhairi dan Nizam.

Bermula lebih kurang jam 9.00 pagi, Teknik menurunkan tiga bergu handalan iaitu Shamsudin-Yahya, Shamsul-Nizam dan Aznan-Suhairi. Oleh kerana saya datang lewat ke tempat perlawanan, jadi tidaklah dapat tengok...
Continue reading ...
 

Pahaikan.com Revealed: Rambutan Gang?

Posted by pahaikan on Thursday, October 29, 2009, In : Pahaikan.com Revealed 


The Rambutan Gang doing their job....

Hm... May be the students got too much free time to be able to do this... Climbing and eating at the same time.... Hahaha... Unfortunately.. They were caught...

No one going to prevent them or anybody from taking the rambutans because it is in the school territory. No one owns it, but these students went there during the teaching and learning session. Hm..

Actually, there were four of them but only three have been spotted clearly.


The Rambutan Gang... If yo...

Continue reading ...
 

Logo Teknik FC - Pahaikan.com

Posted by pahaikan on Saturday, October 24, 2009, In : Teknik FC 

 


Ini sebenarnya hanya cadangan selepas permintaan Khairul untuk sebuah logo yang simple bagi Pasukan Teknik FC. Tapi sekiranya pengurus pasukan setuju dengan cadangan ini... bolehlah terus kasi masuk di jersi baru Teknik FC.

Sila UNDI pilihan anda di sini: http://fotoll.com/Manakah_logo_pilihan_anda
(Copy dan paste sebab link dia memang hampeh...)

CATATAN: Kalau ada cadangan lain sila upload di Pahaikan's Album, PUBLIC UPLOADER... Terima kasih...


Continue reading ...
 

Jersi Baru Teknik FC!!!

Posted by pahaikan on Saturday, October 24, 2009, In : Teknik FC 


Jersi baru Teknik FC jenama JOMA!!!

Pembelian dalam package:
1 helai jersi berserta nombor, nama dan logo
1 helai seluar berserta nombor
1 pasang stokin


Harga: RM70.00



CATATAN: Jangan ketinggalan memiliki koleksi jersi Teknik FC.... Contact C K'rul untuk maklumat lanjut...


Continue reading ...
 

Sambutan Hari Raya Teknik Tawau 2009

Posted by pahaikan on Wednesday, October 7, 2009, In : Teknik Tawau 

Uiii... nasib baik sempat... kalau tidak kehabisan lah....

Sambutan Hari Raya Teknik Tawau dilangsungkan di Dataran Ilmu selama lebih kurang 2 jam bermula jam 11.30 pagi Sekitar 90% guru telah menghadiri majlis sambutan hari raya ini - yang bakinya... tahlah mana diaorang pergi saya pun tidak tahu... Banyak makanan disediakan dan saya rasa tidak habis semuanya... Pasal ada pelajar bagi tahu diaorang pun sempat juga merasa.... dan satu lagi... ada juga yang sempat menapau...


Suasana hari raya.....

Continue reading ...
 

Pahaikan.com Revealed: Junior Dominikus Story!!

Posted by pahaikan on Saturday, August 8, 2009, In : Pahaikan.com Revealed 

Junior Dominikus?? Have you ever heard his name around the school? I don't think so... Well, he is the guy who has been cutting Teknik Tawau football field's grass every week!! You will remember him as soon as you see his picture in this entry.

Okay, his story was a bit sad. He actually had never been paid for the last four months and the manager from "Mat Dagang Enterprise" refused to pay his wage.

Mr Junior opt to report the case to the principle (07 August 2009) after an incident which ha...
Continue reading ...
 

H1N1: Teknik Tawau Is Closed For Business!!

Posted by pahaikan on Friday, July 31, 2009, In : Teknik Tawau 

In the Morning Prayer Session earlier today, Mr Ishak suggested a week off to the Administration Senior Assistant for he was afraid of being infected by the H1N1 virus. Actually, before I came to the session, I was hoping the Admin to announce the closure of the school for a week but they never did. The reason was no black & white order from the Health Department.

According to Mr Azman, in the past 5 days, 68 students were sent to the hospital after showing an influenza-like symptoms. One was ...
Continue reading ...
 

H1N1: Teknik Tawau's Reign Of Terror!!!

Posted by pahaikan on Thursday, July 30, 2009, In : Teknik Tawau 

Fuh!! After a very frustrating 5 days because of the streamyx failure, this news came out today in the afternoon. Mr Rasi confirmed that one of the Teknik Tawau's students was screened positive with H1N1. Isn't that a bad news?

I was on my way home when I overheard Mr Rasi talking to Mr Idham that one of the students was declared positive with the virus. I interrupted their conversation and I am very sure of the news after looking at the test result in Mr Rasi hands. It was a 5 PKE1 student. H...
Continue reading ...
 

General Election To Choose A PMS?

Posted by pahaikan on Monday, April 27, 2009, In : Teknik Tawau 

Normally when a leader is being substituted, the system changes too. This thing happens everywhere. We don’t have to argue about it.


So, for the first time in history of SM Teknik Tawau – a general election involving teachers and students is being conducted to elect a PERDANA MENTERI SEKOLAH (PMS). A little I know about this post is that he can pick out his own cabinet when he wins. I don’t really know how this can improve the school environment but I think that this is quite fun proces...
Continue reading ...
 
 
Pahaikan.com is best viewed in 1024 x 768 resolution or higher. 




Related Posts with Thumbnails


















How many stars do you give to the 2009 Teacher's Day Theme song?
1
2
3
4
5
View Results
Free Myspace Poll





















Go ahead! Grab Pahaikan's button and paste it onto your website!



Add to The Free Dictionary








Recent Comments

Powered by Disqus










 

Make a free website with Yola