Posted by pahaikan on Saturday, July 3, 2010,
In :
Teknik Tawau
Fire Drill atau Latihan Kebakaran adalah antara langkah persediaan yang penting untuk mempersiapkan pelajar, guru dan kakitangan sekolah apabila menghadapi keadaan sebenar semasa kebakaran.
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) SM Teknik Tawau yang mendapat kerjasama penuh Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Cawangan Tawau telah berjaya mengadakan satu latihan kebakaran pada 24/06/2010 yang lalu.
Encik Abdul Malik Bin Yusuf bersama Cikgu Adzlina dan Cikgu Heatinorayu...
Posted by pahaikan on Thursday, April 29, 2010,
In :
Teknik Tawau
Pertandingan ini telah dilangsungkan di SMK Tawau II selaku tuan rumah pada tahun ini. SM Teknik Tawau telah menghantar pasukan terbaik sekolah iaitu Kadet Pertahanan Awam dibawah guru penasihat Cik Norhayati Amir dan Encik Azly Salihin. Pertandingan Kawad Sekolah Menengah yang dijadualkan selama 2 hari iaitu 29 - 30/04/2010 hanya dilakukan selama sehari kerana bilangan penyertaan yang sedikit berbanding jangkaan pihak penganjur.
Pertandingan bermula tepat jam 8:00 pagi dan pasukan pertama ya... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Thursday, April 29, 2010,
In :
Teknik FC
Kadir cuba membuat counter-attack selepas serangan Kesihatan FC dipatahkan oleh penjaga gol Teknik FC..
Teknik FC tewas lagi...... Kali ini dengan jaringan 4 - 1 oleh Kesihatan FC yang mendahului 3 - 0 diseparuh masa pertama.
Haindy cuba membawa bola masuk dari sebelah kanan gawang gol Kesihatan FC...
Dalam separuh masa ke-2, 4 pemain dikeluarkan antaranya Edward dan Daniel untuk memberikan ruang kepada Kadir, Rozaini, Boy dan Ghazali beraksi. Kesihatan FC yang banyak melakukan gerakan pantas d... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Tuesday, April 27, 2010,
In :
Unit Beruniform
Inilah antara pelajar dan guru yang mengikuti program perkhemahan tersebut...
Perkhemahan Pengakap Peringkat SM Teknik Tawau 2010 ini dijalankan di Kem Kemahiran Pengakap Tiku, Tawau. Seramai 25 orang pelajar terlibat bersama-sama dengan 4 guru pengiring iaitu Cikgu Zahrina, Cikgu Ain, Cikgu Arash dan Cikgu Fatmawati. Persatuan Pengakap SM Teknik Tawau turut dibantu oleh Kumpulan Pengakap Kelana A bersama dengan Timbalan Pesuruhjaya Pengakap Tawau, Encik Abdul Kahar Bin Abdul Rahim.
Posted by pahaikan on Tuesday, April 27, 2010,
In :
Teknik FC
Derlan dan Alex sedang mengatur strategi serangan...
Teknik FC yang sudah mengalami 4 kekalahan, 1 seri dan 1 menang dalam 6 perlawanan persahabatan dalam bulan April menambah koleksi kekalahan mereka kepada 5 apabila dibenamkan oleh TM FC dengan jaringan 7-1 dalam perlawanan ini.
Teknik FC masih mampu melakukan gerakan yang mantap tetapi gerakan penyudah yang tumpul menyebabkan jarak jaringan terlalu jauh sedangkan sebelum ini, Teknik FC pernah membenamkan pasukan yang sama dengan jaringan 4-... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Tuesday, April 27, 2010,
In :
Teknik Tawau
MAJLIS SAMBUTAN HARI JADI SM TEKNIK TAWAU KE-29
Encik Asmuran Asnawi, Timbalan Pengerusi Alumni SM Teknik Tawau sesi 2009/2011
Majlis yang bermula pada jam 7.00 pagi ini menampilkan Timbalan
Pengerusi Alumni SM Teknik Tawau, Encik Asmuran Asnawi sebagai perasmi,
mewakili pengerusinya. Ucapannya yang banyak menyorot kembali pengalaman
beliau berada di SM Teknik Tawau (semasa itu masih SM Vokasional Tawau)
membuatkan para guru dan pelajar ketawa dan pastinya, semua yang cuba
diimbas kembali... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Thursday, April 22, 2010,
In :
Teknik U18 2010
Gambar kenangan perlawanan persahabatan antara Teknik Tawau U18 dengan Gingga Kiddos
Perlawanan yang bermula dengan agak seimbang ini akhirnya memihak kepada Pasukan Teknik Tawau U18 dengan jaringan 7 -1. Pasukan Gingga Kiddos yang diwakili oleh pemain-pemain berbakat sekitar Tawau yang berumur antara 14 - 17 tahun. Kebanyakan para pemain ini mewakili sekolah masing-masing dalam Kejohanan Bola Sepak Peringkat Sekolah Daerah Tawau dalam tahun ini.
Posted by pahaikan on Monday, April 19, 2010,
In :
Teknik Tawau
Inilah barisan kabinet SVC yang telah menemuramah Puan Fitriani Wahid, bekas Pengetua SM Teknik Tawau sempena Hari Ulang Tahun SM Teknik Tawau ke-26 pada 15 April 2010 yang lalu. Terima kasih kepada Puan Fitriani yang sudi meluangkan masa untuk sesi temuramah ini...
Posted by pahaikan on Monday, April 12, 2010,
In :
Teknik FC
Haindy melakukan clearance ke kawasan lawan...
Pasukan Teknik FC turun sekali lagi semalam untuk bertemu dengan pasukan Geng Bas Sekolah FC. Kali ini, ramai guru yang turun untuk beraksi dan hasilnya Teknik FC menang dengan jaringan 4 -1.
Teknik FC mendahului 3 - 0 dalam separuh masa pertama hasil jaringan Khairul, Hazrim dan Rozaini @ Samdol.
Dalam separuh masa kedua, Edward dan Syed Kadir dikeluarkan untuk memberi ruang kepada Ghazali dan Derlan bagi memperkuatkan bahagian serangan. Pasukan Te... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Monday, April 12, 2010,
In :
Teknik FC
Antara pemain yang beraksi untuk perlawanan ini...
Hanya 5 orang guru bermain dalam separuh masa pertama dalam perlawanan ini sebelum 3 orang lagi muncul dalam separuh masa ke-2. Sememangnya corak permainan yang tidak matang ditunjukkan dalam perlawanan ini dan hasilnya, Teknik FC dibelasah 4 - 0 oleh TM FC Remaja.
Didahului 2 - 0 dalam separuh masa pertama, Teknik FC kelihatan tidak bermaya dan permainan dikuasai sepenuhnya oleh pasukan lawan. Dalam separuh masa ke-2, Khairul, Awang Wahid, Ar... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Sunday, April 11, 2010,
In :
Sponsor
Papan tanda A One Academy Tuition Centre
A One Academy Tuisyen Centre adalah sebuah pusat tuisyen yang baru dibuka dan mula beroperasi sejak 01 April 2010. Pada masa ini pusat tuisyen A One hanya menawarkan 8 subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Fizik, Kimia, Matematik Tambahan dan Lukisan Kejuruteraan.
Kelas Komunikasi untuk orang dewasa turut ditawarkan di pusat ini untuk
dua bahasa iaitu Bahasa
Inggeris dan Bahasa Cina.
Posted by pahaikan on Friday, April 9, 2010,
In :
Teknik Tawau
Azman Hj Salleh, selaku Ketua Pasukan Hoki Teknik Tawau bertukar pendant dengan Ketua Pasukan Guildford Grammar School
Pasukan Guildford Grammar School adalah salah sebuah sekolah yang terkenal di Perth, Australia. Mereka mula membuat lawatan dan siri perlawanan persahabatan dengan Malaysia dan Brunei sejak beberapa tahun lepas secara dwi-tahunan. Terdapat 4 perlawanan persahabatan yang akan dilangsungkan di Stadium Hoki, Kompleks Sukan Tawau dan SM Teknik Tawau sungguh bernasib baik untuk dip...
Posted by pahaikan on Wednesday, April 7, 2010,
In :
Teknik U18 2010
Seluruh pasukan menumpukan perhatian kepada perlawanan...
Ini merupakan perlawanan persahabatan pertama selepas dibelasah 6 - 0 oleh Pasukan Piala Presiden kira-kira 3 minggu lepas. Berbekalkan latihan yang lebih gigih dan semangat baru, pasukan Teknik U18 nampak lebih tenang mengawal perlawanan.
Kali ini, dua muka baru ditampilkan iaitu Mohd Amirul dan Masarin Marjan, masing-masing bermain untuk posisi bek tengah dan pemain sayap kanan. Saya hanya berkesempatan untuk melihat separuh masa ke-2 ... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Monday, March 29, 2010,
In :
Teknik Tawau
Pada 23 - 26 Mac 2010 yang lepas, sekumpulan pelajar telah dihantar untuk Bengkel dan Pertandingan Digital Story Telling Peringkat Daerah Tawau di Pusat Kegiatan Guru Tawau. Bengkel yang bertujuan untuk menghasilkan satu video atau filem pendek ini akhirnya menobatkan SM Teknik Tawau sebagai pemenang.
Sekalung tahniah kepada kumpulan pelajar ini yang terdiri daripada Rosmaini Roslin B. Mohd Salleh, Nurshahfika Hidayu Bt Mokhri dan Mohd Azizi dari Kursus Pengaturcaraan Komputer. Tidak lupa kepa... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Saturday, March 13, 2010,
In :
Website Review
Laman Web Rasmi SM Teknik Tawau - Sila klik gambar untuk melawat laman web ini...
Laman web rasmi SM Teknik Tawau yang mula beroperasi sejak 2000 ini dikendalikan sepenuhnya oleh guru-guru ICT SM Teknik Tawau. Ada beberapa bahagian dalam laman web ini yang belum dikemaskini sepenuhnya kerana selepas tahun 2007, satu laman web baru diwujudkan oleh Cikgu Lim Siew Khing namun ia tidak lagi beroperasi sejak Disember 2009. Banyak maklumat terkini dalam tahun 2007 - 2009 dimasukkan dalam laman web t... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Saturday, March 13, 2010,
In :
Teknik U18 2010
Ride' & Ride' - Edika (Kiri) bersama Hero Bola Sepak 2009 Mohd Ridwan yang dipasangkan untuk mengawal bahagian tengah dalam perlawanan ini.
Perlawanan yang telah dipersetujui secara lisan oleh kedua-dua pengurus pasukan sejak dua minggu lepas ini telah berlangsung kelmarin di Padang Stadium Lama Tawau. Teknik Tawau U18 beraksi dengan jersi hijau manakala pasukan Piala Presiden Sabah (PPS) dengan jersi putih. Pengadil perlawanan ialah Pakcik Zul.
Posted by pahaikan on Friday, March 12, 2010,
In :
Teknik Tawau
Kursus Kesedaran MS ISO ini dikendalikan sepenuhnya oleh Encik Yahaya Ismail, Ketua Bidang Bahasa SM Teknik Tawau yang merangkap Penyelaras MS ISO SM Teknik Tawau
Kursus yang bermula pada jam 2:00 petang ini diwajibkan kepada semua guru SM Teknik Tawau. Walaupun sekolah sudah mula bercuti pada 13/02/2010, semua guru komited untuk bersama-sama menghadiri kursus ini seterusnya merealisasikan pelaksanaan MS ISO di SM Teknik Tawau pada tahun ini.
Posted by pahaikan on Wednesday, March 10, 2010,
In :
Teknik FC
Barisan kesebelasan utama yang bermain di separuh masa pertama perlawanan menentang Kolej Komuniti Tawau...
Kolej Komuniti Tawau bertandang ke The Green, SM Teknik Tawau dengan tujuan membalas dendam atas kekalahan tipis 6 - 5 pada 24/02/2010 yang lepas. Ini merupakan siri perlawanan persahabatan terakhir mereka dalam minggu ini sebelum bertolak ke Kota Kinabalu untuk perlawanan Liga IPTA Sabah di Universiti Malaysia Sabah. Dan berita baik untuk penyokong mereka, mereka menang dalam perlawanan...
Posted by pahaikan on Wednesday, March 10, 2010,
In :
Teknik U18 2010
Kegembiraan jelas terpancar pada wajah setiap pelajar dan guru yang diraikan dalam majlis ini...
Pasukan Bola Sepak Bawah 18 tahun yang menjuarai Pertandingan Bola Sepak Bawah 18 Tahun MSS Daerah Tawau baru-baru ini beraksi lagi tapi kali ini di Hotel Marco Polo, Tawau. Kesemua 18 pemain utama dibawa untuk menjamu selera bersama-sama dengan barisan guru SM Teknik Tawau yang terlibat dalam pertandingan tersebut.
Bergerak dari sekolah sekitar jam 12.00 tengahari, guru dan pelajar terlibat terus m... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Monday, March 8, 2010,
In :
Teknik FC
Gambar kenangan perlawanan antara Teknik FC dengan Malaysia Airport Tawau (MAT). Untuk download sila klik: DOWNLOAD
Kekalahan 6 -3 kepada TM FC Senior pada hari sebelumnya, tidak menganggu mental pasukan Teknik FC dalam perlawanan ini. Teknik FC bangkit dari ketinggalan 0-1 dan memenangi perlawanan ini dengan jaringan 3-2.
Pasukan Malaysia Airport Tawau (MAT) mendahului seawal minit ke-5 hasil kesilapan penjaga gol Teknik FC iaitu Syazani. Dia yang beraksi hanya 15 minit perlawanan digantikan ... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Sunday, March 7, 2010,
In :
Teknik U18 2010
Gambar kenangan perlawanan persahabatan SM Teknik Tawau menentang SMK Tawau. Untuk download, sila klik: Gambar 1, Gambar 2
Perlawanan persahabatan yang bertujuan untuk memuaskan hati jurulatih pasukan SMK Tawau ini berakhir dengan kekalahan kepada tuan rumah. Saya hanya sempat menonton perlawanan ini selama 10 minit sahaja untuk babak pertama permainan kerana keperluan menunaikan kewajipan ke gereja sebelum jam 9.00 pagi hari ini... Kedudukan pada masa itu ialah Pasukan SM Teknik Tawau ketingg... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Saturday, March 6, 2010,
In :
Teknik FC
Kaki Emas...Kadir yang terus menjaring untuk Pasukan Teknik FC...
Pasukan Teknik FC tewas dalam perlawanan ini. Ini adalah kekalahan ke-2 dalam Siri Perlawanan Persahabatan tahun 2010 selepas perlawanan dengan Gingga FC pada 27/01/2010. Pasukan TM FC yang diturunkan untuk beraksi menentang Teknik FC adalah pasukan yang bermain untuk Liga SAFA Tawau. Ternyata permainan pantas pasukan TM FC tidak mampu dikekang oleh barisan pertahanan Teknik FC yang diserang bertalu-talu oleh sejurus selepas wis... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Friday, March 5, 2010,
In :
Teknik Tawau
Sinar Obor Teknik Kali Ke-12 berlangsung dengan jayanya, kelmarin. Warna hijau, biru, kuning dan merah menghiasi separuh daripada Stadium Utama, Kompleks Sukan Tawau. Kemeriahan dan semangat kesukanan meresap ke dalam jiwa setiap warga Teknik Tawau yang bersama-sama menjayakan program ini.
Berkumpul pada jam 7:00 pagi, semua orang kelihatan sibuk mempersiapkan diri untuk Majlis Perasmian Sinar Obor Teknik Ke-12 yang telah pun disempurnakan oleh Tuan Mohd Gasing Bin Haji Saling, EXCO Pemuda UMN... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Wednesday, March 3, 2010,
In :
Teknik Tawau
Antara aksi atlit yang bertanding untuk rumah sukan masing-masing...
Hari ke-2 Pra Sinar Obor diteruskan hari ini di Kompleks Sukan Tawau dengan 6 acara melibatkan 1500 m, 200 m, lompat jauh, lompat tinggi, rejam lembing dan 4x400 m. Tiap-tiap acara menampilkan 4 kategori iaitu Lelaki Tingkatan 5, Lelaki
Tingkatan 4, Perempuan Tingkatan 5 dan Perempuan Tingkatan 4. Setiap rumah diwajibkan menghantar 2 peserta bagi setiap acara kecuali untuk 4x400 m yang memerlukan 8 orang. Hah... tujuannya i... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Tuesday, March 2, 2010,
In :
Teknik U18 2010
Aksi sebelum sepak mula perlawanan akhir.....
Debaran bertemu salah satu pasukan elit Daerah Tawau iaitu SMK Balung dalam perlawanan akhir Pertandingan Bolasepak Bawah 18 tahun MSSM Daerah Tawau berakhir dengan kemenangan yang sungguh berharga. Jantung bergetar dalam setiap detik perlawanan dan nafas sekali sekala terhenti melihat percubaan jarak jauh SMK Balung yang berjuang habis-habisan mencari gol untuk memusnahkan impian pasukan SM Teknik daripada mencipta sejarah dan melakar nama sebaga... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Tuesday, March 2, 2010,
In :
Teknik Tawau
Beberapa aksi guru dan para peserta yang sempat dirakamkan semasa acara dijalankan...
Hanya dua acara dijalankan pada hari ini iaitu Acara Lontar Peluru dan Lempar Cakera, masing-masing untuk 4 kategori iaitu Lelaki Tingkatan 5, Lelaki Tingkatan 4, Perempuan Tingkatan 5 dan Perempuan Tingkatan 4. Tiap-tiap kategori menampilkan 8 peserta menjadikan jumlah peserta terlibat seramai 64 orang.
Guru-guru yang ditugaskan sebagai urusetia pendaftaran dan pengadil menjalankan tugas dengan komited dan se...
Posted by pahaikan on Thursday, February 25, 2010,
In :
Teknik Tawau
Sedia..... 1... 2... 3....
Larian Merentas Desa sempena SOT 2010 telah dijalankan pada sebelah pagi hari ini, yang menyaksikan semua Rumah Sukan bertungkus lumus mengumpulkan markah yang banyak sebagai bekal ke Sinar Obor Teknik 2010 yang akan berlangsung minggu depan.
Ucapan tahniah kepada Penyelaras Larian Merentas Desa ini iaitu Encik Mohd Suhairi Isa dan semua ahli jawatakuasanya yang berjaya melaksanakan program ini dengan cemerlang. Persediaan rapi selama satu bulan telah dijelmakan kepa... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Wednesday, February 24, 2010,
In :
Teknik FC
Gambar kenangan perlawanan antara Teknik FC menentang Kolej Komuniti Tawau...
Pasukan Teknik FC turun untuk perlawanan ini setelah 2 minggu bercuti berikutan Cuti Tahun Baru Cina. Apa pun, rentak kemenangan terus mengiringi pasukan Teknik FC yang memenangi perlawanan persahabatan ini dengan jaringan 3-2.
Pasukan Kolej Komuniti Tawau (KKT) yang dibarisi oleh pemain senior (ada juga bekas pelajar Teknik Tawau dalam pasukan ini), nampak lebih gagah untuk mendominasi perlawanan. Ini kerana tonggak ... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Wednesday, February 24, 2010,
In :
Teknik Tawau
Majlis ini bermula seawal jam 7:00 pagi setelah semua guru dan pelajar muslim berkumpul di Dewan TAS. Antara aktiviti yang diadakan ialah ceramah dan persembahan Nasyid dari Pasukan Nasyid Sekolah dibawah bimbingan Ustaz Noran Zaidi. Sambutan berakhir pada jam 8:30 pagi.
Posted by pahaikan on Sunday, February 21, 2010,
In :
Teknik U18 2010
Koleksi gambar Pasukan Bolasepak Teknik Tawau Bawah 18 tahun sudah ada dalam album Pahaikan.com...Kepada yang berminat untuk melihat aksi-aksi mereka dalam Sesi Pemilihan dan juga Siri Perlawanan Persahabatan, bolehlah mengklik link ini:Album Teknik U18 Tawau.
CATATAN: Sila mendownload gambar anda untuk kenangan.... Kalau tidak.. Rugi!!!
Posted by pahaikan on Saturday, February 20, 2010,
In :
Teknik U18 2010
3 gol dalam separuh masa pertama yang berjaya menjatuhkan moral pasukan Teknik U18...
Perlawanan ke-4 Siri Perlawanan Persahabatan ini berlangsung pada jam 04:30 petang. Kemenangan ke atas SMIT disebelah pagi sepatutnya menjadi motivasi mereka untuk perlawanan ini namun apa yang berlaku agak berbeza. Pasukan Teknik U18 Boys dibelasah 5-0 oleh Pasukan Staff Kompleks Sukan Tawau (SKST).
Kekalahan pertama dalam 4 perlawanan....
Ternyata kemahiran dan pengalaman membezakan kedua-dua pasukan ini. Pas... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Saturday, February 20, 2010,
In :
Teknik U18 2010
Gambar kenangan Siri Perlawanan
Persahabatan ke-3 menentang Pasukan SMIT. Dari kiri: Berdiri - Syazmi, Khairil, Qayyum, Nasir, Syazrin,
Maxmillian, Kado. Duduk
- Idika, Zulkifli (Icok), Hazrim, Saufi, Andi, Said.
Teknik U18 Boys meneruskan rekod tanpa kalah dengan membelasah pasukan SM Islamiah Tawau (SMIT) dengan jaringan 7 - 2. Siri Perlawanan Pesahabatan ke-3 ini berlangsung pada jam 08:30 pagi di Padang Teknik Tawau.
Pasukan SMIT yang diwakili oleh 8 pelajar tingkatan 5, disertai oleh
b... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Friday, February 19, 2010,
In :
Charity
Pahaikan.com is set to help the Teknik Tawau Under-18 football team to look for a sponsor for a new set of jersey, short and socks. The team has been using the same jersey for the last two years now and it looks dull. Since the boys are very excited during training, I think they deserve a new look to motivate them especially in the Kejohanan Antara Teknik (KAT) that will takes place at SM Vokasional Sandakan in April 2009. But first, they will be playing for MSSM U18 Tawau District Competitio... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Friday, February 19, 2010,
In :
Teknik U18 2010
Gambar kenangan Siri Perlawanan Persahabatan ke-2 menentang RCD Hilltop.. Dari kiri: Berdiri - McManus (Ketua Jurulatih), Syazmi, Hafiz, Syazrin, Maxmillian, Nasir, Qayyum, Nazreen, Khairil, Andi. Duduk - Idika, Saufi, Salam, Risman, Hazrim, Kado, Said.
Setelah membelasah pasukan bawah 18 tahun St Patrick, 3 - 0 pada Jumaat lepas (12/02/2010), pasukan Teknik U18 Boys hanya mampu melakar keputusan seri 1-1 dengan pasukan RCD Hilltop. RCD Hilltop yang rata-rata pemainnya berumur 20 - 25 tahun be... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Wednesday, February 17, 2010,
In :
Chemistry Subject
Sedar tak sedar sudah 300 entry dimasukkan kedalam Blog Pahaikan.com... Termasuk yang ini.. 301. Untuk meraikan kejayaan peribadi ini... Hehehe... Saya dengan sukacita menganjurkan satu peraduan iaitu Kuiz Kimia Online Pahaikan.com khas untuk para pelajar SM Teknik Tawau.
Kuiz Kimia ini akan menumpukan kepada matapelajaran Kimia sahaja khasnya untuk silibus KBSM. Mungkin sekali sekala soalan diluar topik akan ditanya tetapi tidaklah banyak.. mungkin dalam 5% sahaja.
Posted by pahaikan on Monday, February 15, 2010,
In :
Teknik Tawau
Ghazali dengan Hannah yang lebat rambutnya.. Isk tiada gambar mama na pula...
Inilah wajah terkini Hannah Qistina Binti Ghazali yang kini sudah berumur 3 bulan. Yang pasti kegembiraan menyelubungi keluarga Encik Ghazali yang menerima kunjungan kawan-kawan dan sanak saudara untuk bersama meraikan majlis ini.
Majlis yang sederhana tetapi meriah ini hadiri oleh kira-kira 150 orang (Anggaran sahaja).
Antara guru yang hadir dalam majlis tersebut. Geng GENERAL - dari kiri: Khairul, Mohammad Yamalang...
Posted by pahaikan on Tuesday, February 9, 2010,
In :
Chemistry Subject
The speed at which chemical reactions proceed, is known as the rate of reaction. Different reactions proceed at different speeds. While some reactions are extremely slow, there are other reactions which take place in a matter of few seconds.
There are several factors which affect the rate of chemical reactions:
Posted by pahaikan on Monday, February 8, 2010,
In :
Teknik Tawau
Ada satu tempat dimuka bumi ini, makanan yang tidak seberapa sedap seperti ini dijual pada harga RM3.50... Campur milo ping sudah RM5.00. Patutkah atau???
Posted by pahaikan on Sunday, February 7, 2010,
In :
Teknik FC
Kadir mengegar jaring dengan mencipta hatrick pertama untuk Musim 2010 dalam perlawanan ini...
Geng Bas Sekolah FC terus mengasak sebaik wisel dibunyikan. Namun barisan pertahanan Teknik FC yang semakin kental menidakkan semua pecubaan awal pasukan lawan. Kira-kira 15 minit kemudian, rentak permainan Geng Bas Sekolah mula menjadi perlahan. Kesempatan ini digunakan dengan baik oleh barisan tengah dan penyerang Teknik FC yang akhirnya menjelmakan gol pertama hasil jaringan Azri Kadir. Azri yang ... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Sunday, February 7, 2010,
In :
Teknik FC
Bergaya dengan Jersi Baru yang dirasmikan sempena perlawanan persahabatan ini...
Skuad Teknik FC turun menentang Gingga Management dengan penuh keyakinan berbekalkan semangat jersi baru. Sepuluh minit permainan bermula, Gingga Management sudah mendahului dengan 2 jaringan akibat kesilapan penjaga gol dan bahagian pertahanan. Namun gandingan mantap Kadir dan Haindy menghadirkan gol pertama seminit kemudian.
Gingga Management menambah jaringan lagi melalui penyerang mereka namun gandingan Kadir... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Sunday, February 7, 2010,
In :
Teknik Tawau
Pasukan Bola Baling (Lelaki) Bawah 18 Tahun SM Teknik Tawau 2010 yang sedang berlatih untuk pertandingan antara sekolah peringkat Daerah Tawau. Jurulatih pasukan ini ialah Cikgu Shamsuddin Ibrahim (Pok Ding)
Posted by pahaikan on Sunday, February 7, 2010,
In :
Teknik Tawau
Wafer Kaya buatan pelajar Kursus Bakeri & Konfeksionari SM Teknik Tawau. Dari masak hingga kepada pengguna..(Resepi adunan tepung adalah dirahsiakan)
Pada Majlis Penutupan Minggu Penjanaan Minda, Bengkel Bakeri & Konfeksionari mengadakan jualan makanan seperti sandwich, bun dan wafer kaya dihadapan Bengkel Kimpalan dan Fabrikasi Logam. Walaupun sekali sekala bau logam menyelubungi kawasan jualan, namun para pengunjung yang datang kelihatan berpuas hati dengan makanan yang disediakan.
Posted by pahaikan on Sunday, February 7, 2010,
In :
Teknik Tawau
Pelajar Tingkatan 4 Sesi 2010 bersemangat ketika mengangkat ikrar pelajar SM Teknik Tawau...
Minggu Penjanaan Minda yang bermula sejak Selasa (02/02/2010) berakhir kelmarin dengan suasana yang gembira. Semangat pelajar Tingkatan 4 yang baru mula dirasakan melalui nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanahairku dan lagu sekolah yang dinyanyikan dengan kuat dan jelas. Dan semangat yang sama terus disuarakan melalui bacaan ikrar pelajar yang diketuai oleh Perdana Menteri (SVC), Adik Hermanshah Herman. ... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Thursday, February 4, 2010,
In :
Teknik Tawau
Antara guru yang sibuk memasukkan markah ETR untuk Headcount SPM 2010 di Makmal ICT, SM Teknik Tawau
Menunggu guru-guru untuk menyiapkan Headcount bagi pelajar biasanya akan mengambil masa yang lama. Oleh itu, melalui kerjasama antara Cikgu Sariah dan Cikgu Shamsul Nizam, pengisian markah ETR secara berpusat di Makmal ICT, SM Teknik Tawau dilakukan selama dua hari iaitu 03 - 04 Februari 2010.
Kerja guru dipermudahkan dengan penggunaan perisian yang mengira sendiri markah sasaran pelajar untuk ... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Wednesday, February 3, 2010,
In :
Teknik Tawau
Beberapa pelajar Aliran Vokasional yang mengayakan baju korporat pelajar SM Teknik Tawau
Pelajar Tingkatan 5 diwajibkan memakai baju korporat setiap hari Rabu iaitu hari Unit Beruniform untuk SM Teknik Tawau. Perkara ini telah pun dimaklumkan oleh Penolong Kanan Kokurikulum, En Ahmad Fakhrurazi Hamzah dalam Majlis Perhimpunan Mingguan minggu lepas. Sebelum ini, beberapa pelajar perempuan memakai baju korporat tersebut dengan trak bottom dan ini sebenarnya menjejaskan penampilan bergaya yang me...
Posted by pahaikan on Sunday, January 31, 2010,
In :
Teknik FC
Percubaan jarak jauh TM FC yang terkena palang...
Teknik FC bangkit semula selepas kekalahan teruk Rabu lepas dengan membenam Remaja TM FC, 1-0. Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Azri Kadir. Gol diperolehi dalam separuh masa pertama, hasil hantaran Razi yang mengelirukan pertahanan TM FC. Azri yang berjaya melepasi perangkap offside dengan tenang berhadapan dengan penjaga gol lawan dan menolak bola ke sebelah kiri gawang gol lawan.
Dari Kiri: Berdiri- Maxmillan, Ghazali, Razi, Sabir, Suh...
Posted by pahaikan on Saturday, January 30, 2010,
In :
Teknik Tawau
Cenderahati Kenangan dari SM Teknik Tawau untuk Cikgu Majiha yang disampaikan oleh pengetua, En. Johan Okasa dalam perjumpaan Morning Prayer kelmarin....
Cikgu Majiha Mat Lazim yang menerima surat perpindahan yang ditunggu-tunggu sejak musim persekolahan 2010 dibuka. Cikgu Majiha mula bertugas di SM Teknik Tawau pada 15 Jun 2007 berpindah atas alasan yang sama ketika ke Teknik Tawau iaitu untuk bersama suami dan anak.
Saya mewakili Panitia Kimia Teknik Tawau mengucapkan selamat berpindah dan ... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Thursday, January 28, 2010,
In :
Teknik FC
Tumpuan penuh dalam perlawanan... Antara pelajar yang sedang mengikuti latihan pemilihan untuk skuad sekolah...
Akhirnya... Kekalahan teruk yang pertama dialami Pasukan Teknik FC yang tampak tidak melawan dalam perlawanan persahabatan ini. Kesebelasan utama tidak hanya diterajui oleh guru pada kali ini tetapi disulami oleh beberapa orang pelajar yang sedang mengikuti latihan pemilihan untuk pasukan sekolah.
Separuh masa pertama bermula dengan buruk apabila, penjaga gol hanya menunggu bola di ga... Continue reading ...
Model sambilan, Cikgu Aznan mengayakan baju baru Teknik FC yang mendapat sponsor daripada Sandhu Sports. Baju ini bakal beraksi dalam perlawanan persahabatan pada waktu malam di Kompleks Sukan Tawau. Tarikh dan masa perlawanan akan diberitahu kemudian.
CATATAN: Macam tidak boleh jadi model saja si Aznan ni... Hehehhee...
Posted by pahaikan on Sunday, January 24, 2010,
In :
Teknik FC
Perlawanan persahabatan ke-3 Teknik FC pada tahun ini adalah menentang Pasukan PGA. Pasukan polis simpanan yang nampak kental ini bukanlah lawan yang mudah untuk pasukan Teknik FC.
INFO KHAS: Dalam perlawanan ini, terdapat seorang pemain baru yang diserapkan kedalam pasukan Teknik FC iaitu Asmawi yang sedang menjalankan praktikumnya di SM Teknik Tawau. Menurut adiknya yang turut menonton perlawanan ini, Asmawi pernah mewakili sekolah lamanya iaitu SMK Balung untuk pertandingan peringkat sekol... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Tuesday, January 19, 2010,
In :
Teknik Tawau
Guru-guru dan ibu bapa sibuk menyemak nama pelajar yang berjaya masuk ke SM Teknik Tawau pada 30 Januari nanti. Hah... yang berkilat kepalanya tu siapa?
Keputusan permohonan kemasukan Tingkatan 4 SM Teknik Tawau telah berada disekolah sejak 15 Januari 2010 tetapi hanya ditampal ke papan kenyataan Hal Ehwal Pelajar pada hari ini. Nampaknya lebih kurang 500 penama dinaikkan tetapi berapa agaknya yang akan mendaftar kelak...
Agak dukacita dimaklumkan untuk Bahagian Teknikal dimana hanya 16 pelajar... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Monday, January 18, 2010,
In :
Teknik FC
Kegembiraan jelas terpampang diwajah para pemain Teknik FC selepas separuh masa pertama tamat... Keputusan separuh masa pertama: 4-1.
Barisan Pemain Separuh Masa Pertama:Penyerang: Khairul, Ghazali, Tengah: Haindy, Derlan, Hillary, Azri,Pertahanan: Azman, Zamri, Fadillah, Arash.
Menurunkan barisan pemain yang sedikit berbeza berbanding perlawanan sebelumnya, Teknik FC bermula garang mendahului 4-1 dalam separuh masa pertama. Azri dan Haindy yang bergerak sebagai pemain sayap banyak mengucar k... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Monday, January 18, 2010,
In :
Teknik Tawau
Said Shafiq, pelajar 5 PKM2 merenung masa depan yang belum pasti...
Majlis Penyerahan Transkrip Pelajar Tingkatan 5 dilaksanakan sejurus Majlis Perasmian Penutupan Program Peningkatan Disiplin dan Motivasi Kecemerlangan Pelajar yang telah berjalan selama dua hari sebelumnya. Majlis yang dihadiri lebih kurang 200 orang ibu bapa ini bermula kira-kira jam 10.30 pagi setelah ucapan perasmian penutupan dilakukan oleh Pengetua SM Teknik Tawau, Encik Johan Bin Okasa.
Posted by pahaikan on Monday, January 18, 2010,
In :
Teknik Tawau
Suasana Dewan Tun Ahamadshah pada malam aktiviti LDK dijalankan...
Program ini bermula pada jam 2.00 petang, 14 Jan 2010 yang menyaksikan seramai 466 orang pelajar mengambil bahagian. Suasana sekolah dan asrama agak riuh dengan kehadiran para pelajar harian yang sama-sama menghuni asrama sepanjang program berlangsung.
Program yang diilhamkan oleh Unit Kaunseling dan Unit Disiplin direalisasikan dengan komitmen guru-guru yang bertungkus lumus memastikan semua slot berjalan dengan baik. Rasanya u... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Monday, January 18, 2010,
In :
Teknik Tawau
Muslihadir dan Nik Hasbularif mengamati ATV yang pertama kali muncul di Teknik Tawau.
ATV ini adalah kepunyaan Encik Kasim Ambosaka (Ke-3 dari kiri), yang dibawa khas untuk dibaikpulih. Kenderaan yang dikelaskan sebagai traktor ini memestikan pemandunya untuk mempunyai lesen memandu kelas F. Perlu didaftarkan dan diinsurankan sepenuhnya, kenderaan ini boleh dipandu di atas jalanraya sekiranya anda mahu.
Tayar yang digunakan oleh ATV ini adalah tayar kereta biasa. Tayar sebenar untuk ATV ini mem...
Posted by pahaikan on Monday, January 18, 2010,
In :
Teknik FC
The scoreline was 4 - 3, Teknik FC wins without a doubt. Thanks to the goal scorers for Teknik FC: Ghazali (2 goals), Khairul (1 goal) and Azri (1 goal).
Posted by pahaikan on Wednesday, December 2, 2009,
In :
Free Topics
Proses penyembelihan yang dilakukan oleh pakar menyembelih...
Sambutan Hari Raya Haji @ Korban di Tawau biasanya kurang meriah berbanding Hari Raya Puasa namun semangat bergotong royong dan berkerjasama masih tertanam dalam diri masyarakat sekitar Teknik Tawau. Buktinya, mereka sama-sama membantu menyembelih 2 ekor lembu untuk korban Hari Raya Haji baru-baru ini. Lembu yang dibeli khas oleh Puan Sariah dan keluarganya untuk tujuan korban hari raya ini.
Posted by pahaikan on Thursday, November 19, 2009,
In :
Teknik Tawau
Kad Hari Jadi Khas buat guru-guru yang menyambut hari jadi mereka!!
Sambutan Hari Jadi Jabatan Sains & Matematik Kali Ke-3 2009 ini sebenarnya dijadualkan pada hari esok, 20 November 2009. Oleh kerana Mesyuarat Guru ditangguhkan ke hari esok, maka majlis ini dibawa ke hadapan. Majlis ini juga sepatutnya dilangsungkan di pekarangan Dataran Ilmu dipindahkan ke Bilik BMG 2 untuk mengelakkan bunyi bising yang boleh menggangu adik pelajar yang sedang menghadapi peperiksaan SPM (Kertas Bahasa Ingger... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Wednesday, November 18, 2009,
In :
Teknik Tawau
Majlis Jamuan Makan Akhir Tahun 2009 oleh KKRT yang telah berlangsung semalam adalah program penutup aktiviti KKRT untuk tahun 2009. Guru-guru mula membanjiri Dataran Ilmu sejak jam 11.00 pagi untuk majlis yang bermula pada jam 11.40 pagi.
Majlis dimulakan dengan ucapan dari pengerusi KKRT, Puan Rosliza dan diikuti oleh ucapan pentadbir, PK HEM, Encik Azman Mansur. Kemudian cenderahati disampaikan kepada semua guru yang bakal berpindah ke sekolah baru bermula sesi 2010 nanti. Lepas tu... Makan... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Monday, November 9, 2009,
In :
Teknik FC
Setelah seri 2-2 dengan Kolej Komuniti semalam, Teknik FC turun padang lagi hari ini untuk perlawanan persahabatan dengan Pasukan Pemandu Bas Sekolah. Beberapa pemain yang tidak beraksi semalam turun dalam perlawanan ini seperti Jasni, Derlan dan seorang kawan Herman (Lupa pula tanya nama dia ni..).
Barisan Pemain Separuh Masa Pertama:Penyerang: Derlan, Khairul, Tengah: Herman, Kawan Herman, Jasni, Haindy,Pertahanan: Arash, Edward, Fazillah, Hillary. Penjaga Gol: Iqbal
Posted by pahaikan on Monday, November 9, 2009,
In :
Teknik FC
Menjadi hero dengan menjaringkan gol semangat pasukan Teknik FC di separuh masa pertama.
Perlawanan ini agak kurang menarik berbanding sebelum ini. Kelemahan dibahagian tengah pasukan Teknik FC sangat ketara dengan ketiadaan beberapa pemain berpengalaman seperti Awang Wahid dan Razi. Walau bagaimanapun keputusan seri 2-2 adalah keputusan yang adil.
Pemain Separuh Masa Pertama:Penjaga Gol-Iqbal, Pertahanan - Arash, Edward, Fazillah, Hillary, Tengah - Herman, Rozaini, Haindy, Suhairi, Penyeran... Continue reading ...
CATATAN: Kepada yang menunggu entry Program Mencari Bintang ini, dukacita dimaklumkan - masa yang lebih panjang diperlukan kerana sekarang ni banyak kerja yang perlu disiapkan... sorry la ya... Program 3 hari ini akan dirangkumkan dalam satu entry rasanya. Tunggu sajalah ya.... Ada juga ni nanti. Apa pun, gambar sudah di upload di Pahaikan's Album.
Posted by pahaikan on Thursday, November 5, 2009,
In :
Teknik Tawau
Kepada mana-mana warga Sabah yang berminat untuk mengikuti kursus Vokasional dan ERT di Teknik Tawau pada tahun 2010, silalah datang ke kaunter HEM untuk mendapatkan borang permohonan. Terlupa pula tanya tarikh tutup permohonan. Ada sesiapa yang tahu kah??
CATATAN: Hm... Kimia tidak lagi ditawarkan untuk tingkatan 4 tahun depan... Isk.. isk..
Program Pencarian Bakat Teknik Tawau @ Progam Mencari Bintang nampaknya kekurangan peserta dalam pertandingan nyanyian Teknik Idol, jadi inilah yang terpaksa dilakukan oleh penyelaras program, En. Shamsudin - Meminta sekurang-kurangnya 2 sukarela dari setiap kelas.
Antara pelajar yang menjadi sukarela...
Dan... Cara ini berjaya mengumpulkan sejumlah peserta yang cukup untuk pertandingan. Masalah diatasi... Good job!!
CATATAN: Tidak semua orang ada suara yang merdu untuk diketengahkan tapi... cu... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Wednesday, November 4, 2009,
In :
Teknik Tawau
Hari Ahad yang lepas, Pasukan Teknik-Fuji telah bertandang ke Dewan St Patrick untuk perlawanan badminton persahabatan dengan Pasukan PGA Tawau. Pasukan Teknik-Fuji diwakili oleh guru-guru yang biasanya bermain di Dewan Fuji Mart iaitu Shamsudin, Yahya, Shamsul, Aznan, Suhairi dan Nizam.
Bermula lebih kurang jam 9.00 pagi, Teknik menurunkan tiga bergu handalan iaitu Shamsudin-Yahya, Shamsul-Nizam dan Aznan-Suhairi. Oleh kerana saya datang lewat ke tempat perlawanan, jadi tidaklah dapat tengok... Continue reading ...
Hm... May be the students got too much free time to be able to do this... Climbing and eating at the same time.... Hahaha... Unfortunately.. They were caught...
No one going to prevent them or anybody from taking the rambutans because it is in the school territory. No one owns it, but these students went there during the teaching and learning session. Hm..
Actually, there were four of them but only three have been spotted clearly.
Posted by pahaikan on Saturday, October 24, 2009,
In :
Teknik FC
Ini sebenarnya hanya cadangan selepas permintaan Khairul untuk sebuah logo yang simple bagi Pasukan Teknik FC. Tapi sekiranya pengurus pasukan setuju dengan cadangan ini... bolehlah terus kasi masuk di jersi baru Teknik FC.
Sila UNDI pilihan anda di sini:http://fotoll.com/Manakah_logo_pilihan_anda (Copy dan paste sebab link dia memang hampeh...)
CATATAN: Kalau ada cadangan lain sila upload di Pahaikan's Album, PUBLIC UPLOADER... Terima kasih...
Posted by pahaikan on Wednesday, October 21, 2009,
In :
Teknik FC
Dari
kiri:
Berdiri
- Shamsuddin, Sabir, Aznan,Hillary, Suhairi, Arash, Khairul. Duduk - Kadir, Edward dan McManus. Tiada dalam gambar: Latief dan Kama (pemain yang dipinjam bah pula dua-dua ni...)
Posted by pahaikan on Monday, October 19, 2009,
In :
Teknik FC
Dari
kiri:
Berdiri
- Zamri, Suhairi, Derlan, Khairul, Haindy,Edward, Jasni, Hillary, Amirul. Duduk - Shamsuddin, McManus, Arash, Awang Wahid, Aznan, Sabir dan Anak Awang. Sila download di sini:Teknik FC 17 Oct 2009
Teknik FC mengekalkan rentak kemenangan dengan mangsa terbaru, Pasukan Kickers dengan jaringan 4-1. Perlawanan yang agak seimbang namun Pasukan Kickers FC yang rata-rata pemainnya adalah dibawah 20-an ternyata kurang berpengalaman tidak dapat menandingi Pasukan Teknik FC.
Teknik FC membelasah pasukan JPJ petang kelmarin dengan jaringan 6-2. Perlawanan kali ini bertambah manis bagi dua pemain iaitu Rozaini @ C Ronaldo dan Kadir yang telah mencipta hatrik.
4 gol dijaringkan pada separuh masa pertama dan 2 gol lagi dijaringkan dalam separuh masa kedua. Kedua-dua g... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Wednesday, October 14, 2009,
In :
Teknik FC
Dari
kiri: Berdiri - Shamsudin, Derlan, Khairul, Zamri, Herman, Rozaini, Haindy, Noran, Sabir. Duduk - Suhairi, Jasni, Arash, Hilarry, Zubir dan Ahmad Fakhrurazi. Pemain yang tidak termasuk dalam gambar ialah Kadir, Jamry, McManus dan Amirul.
Perlawanan sulung selepas Cuti Hari Raya ini bukanlah menentang Gingga FC yang macam hebat tu tapi Gingga Management yang kebanyakannya adalah pemain veteran yang berumur 40 ke atas.... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Wednesday, October 7, 2009,
In :
Teknik Tawau
Uiii... nasib baik sempat... kalau tidak kehabisan lah....
Sambutan Hari Raya Teknik Tawau dilangsungkan di Dataran Ilmu selama lebih kurang 2 jam bermula jam 11.30 pagi Sekitar 90% guru telah menghadiri majlis sambutan hari raya ini - yang bakinya... tahlah mana diaorang pergi saya pun tidak tahu... Banyak makanan disediakan dan saya rasa tidak habis semuanya... Pasal ada pelajar bagi tahu diaorang pun sempat juga merasa.... dan satu lagi... ada juga yang sempat menapau...
Posted by pahaikan on Tuesday, August 18, 2009,
In :
Teknik FC
Teknik FC Team posed for the camera after a 2-2 first-half draw. (From left to right: Standing - Iqbal, Haindy, Aznan, Khairul, Derlan, Hillary, Andah. Squatting - Herman, McManus, Zubir, Suhairi, Edward). Khairul and Derlan scored the goals but the team lost the match at fulltime by 2-3.
To download this picture, please click here: DOWNLOAD!! To view the rest of the pictures, please go to Pahaikan's Album.
REMARKS: Nevermind... got another match on Friday!!
Junior Dominikus?? Have you ever heard his name around the school? I don't think so... Well, he is the guy who has been cutting Teknik Tawau football field's grass every week!! You will remember him as soon as you see his picture in this entry.
Okay, his story was a bit sad. He actually had never been paid for the last four months and the manager from "Mat Dagang Enterprise" refused to pay his wage.
Mr Junior opt to report the case to the principle (07 August 2009) after an incident which ha... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Friday, July 31, 2009,
In :
Teknik Tawau
In the Morning Prayer Session earlier today, Mr Ishak suggested a week off to the Administration Senior Assistant for he was afraid of being infected by the H1N1 virus. Actually, before I came to the session, I was hoping the Admin to announce the closure of the school for a week but they never did. The reason was no black & white order from the Health Department.
According to Mr Azman, in the past 5 days, 68 students were sent to the hospital after showing an influenza-like symptoms. One was ... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Thursday, July 30, 2009,
In :
Teknik Tawau
Fuh!! After a very frustrating 5 days because of the streamyx failure, this news came out today in the afternoon. Mr Rasi confirmed that one of the Teknik Tawau's students was screened positive with H1N1. Isn't that a bad news?
I was on my way home when I overheard Mr Rasi talking to Mr Idham that one of the students was declared positive with the virus. I interrupted their conversation and I am very sure of the news after looking at the test result in Mr Rasi hands. It was a 5 PKE1 student. H... Continue reading ...
Posted by pahaikan on Tuesday, July 21, 2009,
In :
Chemistry Subject
Seminar Teknik Menjawab Kimia 2009 was successfully conducted yesterday. As the Chemistry Head Panel of SM Teknik Tawau, I would like to say thanks to Miss Heatinorayu for a very good three hours session.
And also the students, who have been very focus, steady and cooperative.
Posted by pahaikan on Monday, April 27, 2009,
In :
Teknik Tawau
Normally when a leader is being substituted, the system changes too. This thing happens everywhere. We don’t have to argue about it.
So, for the first time in history of SM Teknik Tawau – a general election involving teachers and students is being conducted to elect a PERDANA MENTERI SEKOLAH (PMS). A little I know about this post is that he can pick out his own cabinet when he wins. I don’t really know how this can improve the school environment but I think that this is quite fun proces... Continue reading ...