Penceramah jemputan dari Hospital Besar Tawau

Sesi Ceramah H1N1 ini telah bermula pada jam 8:00 pagi. Menurut maklumat yang saya terima dari penyelaras program, ceramah sepatutnya dikendalikan oleh PKPP Hamdan Suamin, tetapi apa yang berlaku ialah ceramah dikendalikan oleh orang lain pula... Mungkin ini adalah wakilnya kerana Encik Hamdan turut hadir dalam sesi ceramah ini. Lupa pula tanya nama penceramah ni... Apa pun sesi ceramah ini telah berlangsung dengan baik selama lebih kurang 2 jam...

Semua pelajar Tingkatan 4 dan 5 dilibatkan dalam program ini... Ya la.. Hari ini kan Hari Ganti Sekolah (Hari Sabtu).... Huhuhu...


Cikgu Affendi memberikan taklimat disiplin kepada pelajar....

Sebelum ceramah bermula, Unit Disiplin dan Unit Bimbingan & Kaunseling mengambil tempat untuk memastikan keadaan disiplin pelajar di tahap yang terbaik. Oh ya... Pada masa yang sama, beberapa orang pelajar... Rasanya dari Unit Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah diminta untuk keluar dari dewan untuk bersama-sama membantu mangsa banjir di Kampung Pasir Putih yang telah dilanda banjir pada 28/07/2010 yang lepas... Semoga usaha dan niat murni mereka akan mendapat berkat dari Tuhan...


Slaid: Perbandingan antara Influenza dan Demam Selesema


Slaid: Ubat untuk Rawatan Virus H1N1 - Tamiflu dan Relenza


Cikgu Sabas turut bertanya tentang keberkesanan Jintan Hitam untuk H1N1


Penceramah sibuk melayan pertanyaan dari pelajar...

Setelah sesi ceramah tamat lebih kurang jam 10.00 pagi. Penceramah, barisan penolong kanan dan jawatankuasa program dijamu di Kantin Sekolah...


Penceramah dijamu di Kantin Sekolah bersama dengan barisan Penolong Kanan dan Penyelaras Program, Encik Rasi Solong


Antara senyuman dan aksi beberapa orang guru perempuan yang sempat dirakam semasa sesi ceramah ini...


Inilah barisan guru lelaki yang mendengar ceramah sehingga habis...

Semoga pengetahuan dan ilmu yang dikongsikan dalam ceramah ini akan dapat disebarkan secara lisan dan seterusnya membantu dalam mengawal penyebaran Virus H1N1 ini. Sememangnya virus ini sangat berbahaya dan boleh menyebabkan maut... Maklumat lain tentang H1N1 boleh dilayan di sini: h1n1-virus-also-known-as-swine-flu

CATATAN: Dengar-dengar Virus H1N1 gelombang ke-2 ini sudah berevolusi...