Gambar kenangan Siri Perlawanan Persahabatan ke-2 menentang RCD Hilltop.. Dari kiri: Berdiri - McManus (Ketua Jurulatih), Syazmi, Hafiz, Syazrin, Maxmillian, Nasir, Qayyum, Nazreen, Khairil, Andi. Duduk - Idika, Saufi, Salam, Risman, Hazrim, Kado, Said.

Setelah membelasah pasukan bawah 18 tahun St Patrick, 3 - 0 pada Jumaat lepas (12/02/2010), pasukan Teknik U18 Boys hanya mampu melakar keputusan seri 1-1 dengan pasukan RCD Hilltop. RCD Hilltop yang rata-rata pemainnya berumur 20 - 25 tahun bermain tanpa tekanan dan menguasai hampir 55% permainan keseluruhan.

Belum pun mula perlawanan, ada sedikit masalah teknikal iaitu kedua-dua pasukan menggunakan warna jersi yang sama iaitu putih. Apa pun nasib baik ada jersi hijau fluorescent Chelsea sebagai penyelamat keadaan. Tetapi orang yang mengambil jersi tersebut sedikit lambat, jadi kedua-dua pasukan terpaksa beraksi dengan jersi putih selama 7 minit.  


Terpaksa menukar jersi putih kepada hijau fluorescent....

Perlawanan kedua dalam siri perlawanan persahabatan ini menunjukkan beberapa kelemahan yang ketara pasukan Teknik U18 terutamanya dibahagian pertahanan sebelah kiri. Bahagian yang gah diterajui oleh Beatrice Evra untuk Pasukan Manchester United ini kelihatan amat berbeza untuk Pasukan Teknik U18. Marking , Clearance dan Positioning pemain bek kiri iaitu Khairil amat lemah dan pasukan lawan mengambil peluang ini untuk mencipta gol pertama hasil hantaran lintang yang disudahkan oleh tandukan yang tajam menewaskan Salam.

RCD Hilltop terus mengasak disebelah kiri, membuatkan Saufi dan Hafiz yang bermain sebagai center-back agak kelam kabut menutup segala ruang terutamanya disebelah kiri untuk mengelakkan gawang dibolosi lagi. Secara peribadi, saya merasakan Khairil sangat tidak sesuai untuk posisi ini.


Gambar Kiri: Khairil membuka kasut selepas digantikan untuk permainan separuh masa ke-2. Gambar Kanan: Idika, Hazrim dan Hafiz berehat dalam separuh masa ke-2.

Dalam separuh masa kedua, beberapa pemain digantikan. Corak permainan berubah sedikit dan Teknik U18 melalui Syazrin banyak menghantar bola ke hadapan namun Andi dan Risman seringkali berada dalam kedudukan offside. Selepas 10 minit separuh masa ke-2, Teknik U18 mendapat gol penyamaan melalui Qayyum yang menanduk kemas hantaran sepakan penjuru dari sebelah kanan oleh Risman.

Bahagian pertahanan Teknik U18 pula semakin goyah di separuh masa kedua yang menyaksikan penyerang RCD Hilltop mudah melepasi perangkap offside yang dirancang oleh kapten pasukan, Saufi - Ternyata pemain yang baru dimasukkan amat kurang berpengalaman berbanding yang sebelumnya. Namun, penyerang RCD Hilltop tidak bernasib baik kerana banyak percubaan mereka tersasar dan beberapa percubaan tepat ke gawang pula berjaya diselamatkan oleh penjaga gol separuh masa ke-2 iaitu Syazmi.

Syazrin yang mungkin terasa bosan dengan penyerang yang selalu offside melepaskan beberapa percubaan dari jarak 25 meter untuk mencari gol kemenangan, namun gagal.


Kata-kata perangsang dan tip permainan diberikan oleh Ketua Jurulatih, McManus dan penolong jurulatih, Herman. Kelihatan juga Abang Angkat Teknik U18 iaitu Aznan yang turut mengambil bahagian memberikan tip berguna. 

Secara keseluruhannya, pemain Teknik U18 Boys masih memerlukan banyak latihan, terutamanya fitness, marking dan positioning. Apa pun saya ucapkan tahniah kepada Pengurus Pasukan, Ketua Jurulatih dan semua orang yang terlibat dalam membentuk pasukan bawah 18 tahun Teknik Tawau ini. Masih ada masa untuk meningkatkan keupayaan keseluruhan pasukan ini.

Pemain yang harus mendapat pujian dalam perlawanan ini: Saufi, Hafiz, Idika, Syazrin dan Hazrim.

CATATAN: Kecederaan pastinya akan mencacatkan perancangan yang sedia ada...