Kadir mengegar jaring dengan mencipta hatrick pertama untuk Musim 2010 dalam perlawanan ini...

Geng Bas Sekolah FC terus mengasak sebaik wisel dibunyikan. Namun barisan pertahanan Teknik FC yang semakin kental menidakkan semua pecubaan awal pasukan lawan. Kira-kira 15 minit kemudian, rentak permainan Geng Bas Sekolah mula menjadi perlahan. Kesempatan ini digunakan dengan baik oleh barisan tengah dan penyerang Teknik FC yang akhirnya menjelmakan gol pertama hasil jaringan Azri Kadir. Azri yang tidak dikawal mendapat hantaran pendek dari Derlan, terus melepaskan rembatan dari luar kotak penalti dan menewaskan penjaga gol lawan yang agak terganggu dengan sinaran cahaya matahari. Gol yang cantik!!! Separuh masa pertama tamat dengan kedudukan 1-0.

Lima pertukaran dilakukan dalam separuh masa kedua dimana Hillary, McManus, Izuwan dan Jasni masuk menggantikan Derlan, Edward, Noran dan Saufi.

Keletihan dan kecergasan fizikal nyata memberikan kesan kepada pasukan Geng Bas Sekolah. Hasilnya, Teknik FC menambah 5 lagi gol dimana 3 daripadanya hasil perangkap offside yang tidak menjadi. Gol adalah hasil jaringan Izuwan hasil hantaran Jasni, Ghazali hasil sepakan sudut oleh Azri, Khairul hasil hantaran pendek Izuwan, Kadir hasil lorongan Jasni yang melepasi offside dan akhir sekali Kadir hasil lorongan Izuwan yang juga melepasi perangkap offside.

Geng Bas Sekolah mendapat peluang untuk menjaringkan gol apabila Suhairi yang terlepas bola menyebabkan Salam terpaksa keluar untuk berhadapan dengan penyerang. Akibatnya, Salam mengasari penyerang lawan dan mereka dihadiahkan sepakan penalti. Mujur, Salam bertindak cemerlang menafikan gol saguhati pasukan lawan. Perlawanan tamat dengan kemenangan besar 6 - 0. Tahniah...

Barisan pemain: Penjaga Gol: Salam, Pertahanan: Zamri, Edward (McManus), Saufi (Hillary), Arash, Tengah: Suhairi, Derlan (Jasni), Azri, Noran (Izuwan), Penyerang: Ghazali, Khairul


Khairul merembat bola dari jarak 20 meter namun percubaan tersasar dan bola terkeluar dari kawasan sekolah

Secara keseluruhannya, corak permainan Teknik FC kelihat kemas terutamanya di separuh masa kedua. Hantaran-hantaran pendek dan panjang hampir 70% menuju tepat ke sasaran. Semangat berpasukan sejak kemenangan ke atas Gingga Management diteruskan dan hampir kesemua pemain kelihatan gembira dan bermotivasi.

Pelajar yang diturunkan juga menunjukkan permainan yang baik dan dapat mengikut rentak permainan guru-guru. ketiga-tiga mereka iaitu Salam, Saufi dan Izuwan harus mendapat pujian dan semoga kecemerlangan ini akan dapat diteruskan dan mencipta kemenangan yang lebih bermakna di peringkat daerah nanti. 


Bola yang terkeluar dari kawasan sekolah akhirnya meletup dipijak kereta...

CATATAN: Seronok tengok Teknik FC membelasah.... Mungkin perlu cari lawan yang sama kuat...