Tumpuan penuh dalam perlawanan... Antara pelajar yang sedang mengikuti latihan pemilihan untuk skuad sekolah...

Akhirnya... Kekalahan teruk yang pertama dialami Pasukan Teknik FC yang tampak tidak melawan dalam perlawanan persahabatan ini. Kesebelasan utama tidak hanya diterajui oleh guru pada kali ini tetapi disulami oleh beberapa orang pelajar yang sedang mengikuti latihan pemilihan untuk pasukan sekolah.

Separuh masa pertama bermula dengan buruk apabila, penjaga gol hanya menunggu bola di garisan gol. Pasukan lawan dengan mudah menyudahkan gol pertama diawal minit permainan. Diserang bertubi-tubi, barisan pertahanan terus bertahan dan memasang beberapa perangkap offside yang berjaya menyekat serangan Gingga FC.

Pasukan Gingga FC kali ini dibarisi oleh pemain muda yang rata-rata berumur 25 tahun ke bawah. Berbekalkan tenaga yang lebih, corak permainan Gingga FC adalah lebih pantas. Barisan serangan Teknik FC yang dibarisi oleh Khairul, Ghazali dan Kadir tidak mampu berbuat apa-apa untuk mengatasi barisan pertahanan Gingga FC. Herman yang beraksi sebagai penjaga gol Gingga FC tidak pernah dicuba dengan tepat pada separuh masa pertama. Gingga FC mendahului Teknik FC 3-0 pada separuh masa pertama.



Beberapa pelajar diturunkan dalam perlawanan ini...

Separuh masa kedua juga tidak banyak perubahan. Faktor padang basah membuatkan pemain lebih cepat penat dan akhirnya Gingga FC menambah beberapa gol dalam 25 minit menjadikan kedudukan 8-0. Keadaan menjadi lebih tenat apabila Saufi mengasari Hussin Musa, penyerang Gingga FC yang memberikan mereka satu sepakan penalti untuk kedudukan 9-0.

Walau bagaimanapun, kelibat Ghazali selaku penjaring terbanyak Teknik FC setakat ini mencuri perhatian apabila menjaringkan gol saguhati Teknik FC. Gol dihasilkan daripada sepakan sudut yang diambil oleh Hillary, ditanduk oleh pemain pertahanan Gingga FC yang betul-betul jatuh dihadapan Ghazali yang hanya menolak masuk bola ke dalam gawang gol Pasukan Gingga FC.

Apa pun, permainan tamat dengan jaringan 10-1 apabila Gingga FC menambah jaringan dengan rembatan dari luar kotak penalti yang dengan mudah menewaskan penjaga gol Teknik FC.


Haindy yang tidak bermain dalam perlawanan ini kerana demam...

Permainan yang sememangnya paling buruk pernah saya saksikan setakat ini tidak mempamerkan semangat dan permainan berpasukan yang selalu dilihat dalam permainan sebelumnya. Tidak banyak yang boleh diperkatakan dalam perlawanan ini cuma kehadiran pelajar memungkinkan suatu taktik yang berbeza untuk pasukan Teknik FC. Haindy yang tidak bermain akibat demam juga antara faktor yang menenggelamkan kewibawaan bahagian serangan Teknik FC. Pergerakan laju yang sering dilakukan oleh Haindy adalah antara punca utama pergerakan serangan Teknik FC dan ianya tidak dilakukan dalam perlawanan kali ini. Kelemahan di bahagian tengah juga sangat ketara apabila Teknik FC terus diasak setiap kali penjaga gol Teknik melakukan sepakan gol. Puncanya - TIADA ORANG DIBAHAGIAN TENGAH!!!

Diharap agar keputusan dalam perlawanan ini akan menjadi suatu renungan untuk perlawanan yang akan datang!!!

CATATAN: Memang puas hati nampak gol-gol cantik dalam perlawan ini... Cuma.. Kalah teruk la pula...