Teknik FC menang 4-2 menentang Gingga Management!! Gol-gol dijaringkan oleh Khairul (1) , Suhairi (1) dan Rozaini (2).
Dari kiri: Berdiri - Khairul Nuzaiham, Derlan, Yusuf, McManus, Ghazali, Rozaini, Fadillah, Zubir, Sabir. Duduk - Suhairi, Aznan, Haindy, Jamry, Arash.
Sila download di sini: Teknik FC 11 Oct 2009.

Perlawanan sulung selepas Cuti Hari Raya ini bukanlah menentang Gingga FC yang macam hebat tu tapi Gingga Management yang kebanyakannya adalah pemain veteran yang berumur 40 ke atas.

Perlawanan bermula lebih kurang jam 4.30 petang dimana Teknik FC dibarisi oleh Penjaga gol - Rozaini Risham, Pertahanan - McManus, Yusuf, Zubir, Arash, Tengah - Sabir, Ghazali, Jamry, Derlan, Penyerang - Khairul dan Aznan.

Didahului 1-0 pada pertengahan babak pertama namun Khairul sempat meledakkan gol penyamaan pada akhir babak pertama hasil hantaran Aznan dalam kotak penalti.   

Separuh masa kedua, Teknik FC memperkuatkan bahagian serangan dan pertahanan dengan memasukkan Haindy, Suhairi dan Fadillah dengan mengeluarkan Aznan, Jamry (Mau pi sembahyang bilang....) dan Yusuf (Kecederaan ringan).

Hasil dari larian pantas Haindy dan beberapa gerakan menarik, gol kedua muncul dan diikuti dua gol selepas itu. Gingga Management terus memberikan tekanan kepada pertahanan Teknik FC disebelah kiri tetapi semuanya berjaya dikawal dengan baik.

Wisel penamat ditiup lebih kurang jam 6.15 petang.. Tahniah untuk kemenangan ini!!

Persembahan yang bersahaja dengan beberapa gerakan menarik...

Gambar-gambar lain yang diambil semasa perlawanan ini boleh diakses di Pahaikan's Album atau klik di sini: Teknik FC vs Gingga Management - 11 Oct 2009.


Pakcik Zul ... salah seorang pengadil perlawanan...

CATATAN: Kalau ada game lagi... panggil saja...