Teknik FC turun menentang Hospital FC dalam perlawanan pertama selepas Bulan Ramadhan dan Cuti Hari Raya (lebih kurang 2 bulan bercuti). Semua pemain kelihatan tidak cergas tetapi masih mampu meneruskan permainan yang berlangsung selama 70 minit ini dengan baik.

Teknik FC kali ini turun dengan barisan pemain yang hampir sama namun kelibat hero seperti Kadir, Haindy, Awang Wahid, Fakhrurazi, Zamri dan Edward tidak kelihatan.


Berbincang strategi untuk separuh masa ke-2


Minum dulu.....


Santai... Masa rehat separuh masa pertama...


Penjaga gol Teknik FC... Bolos lima kali di separuh masa pertama...

Dalam perlawanan ini, Teknik FC tewas di tangan Hospital FC dengan jaringan 2 - 5. Gol Teknik FC dijaringkan oleh Rozaini @ Ronaldo dan Amirul.


Penjaring gol pertama Teknik FC, Rozaini @ Ronaldo

Pasukan Hospital ternyata sangat garang di separuh masa pertama dengan menjaring 5 gol. Separuh masa pertama berakhir 1 - 5. Walau bagaimanapun, separuh masa ke-2 dikuasai oleh Teknik FC dan berjaya menghadirkan beberapa peluang keemasan namun semua percubaan tidak menepati sasaran. Rozaini yang mendapat 2 peluang berhadapan dengan penjaga gol hanya mampu melihat bola terkeluar jauh dari pintu gol. Khairul turut mendapat peluang tetapi tindakan penyudah yang kurang menyengat hanya menyaksikan Khairul memberikan bola kepada penjaga gol. Gol kedua Teknik FC hanya hadir pada 2 minit terakhir perlawanan apabila Amirul yang bermain dibahagian pertahanan merembat masuk hantaran dari Rozaini.


Kapten dan Jurulatih pasukan Hospital FC... Memang tukang atur dia ni... Kebanyakan strategi serangan berpunca dari dia...

CATATAN: Patut bermain cantik dalam separuh masa pertama juga....