Dari kiri: Berdiri - Zamri, Suhairi, Derlan, Khairul, Haindy,Edward, Jasni, Hillary, Amirul. Duduk - Shamsuddin, McManus, Arash, Awang Wahid, Aznan, Sabir dan Anak Awang.
Sila download di sini:
Teknik FC 17 Oct 2009

Teknik FC mengekalkan rentak kemenangan dengan mangsa terbaru, Pasukan Kickers dengan jaringan 4-1. Perlawanan yang agak seimbang namun Pasukan Kickers FC yang rata-rata pemainnya adalah dibawah 20-an ternyata kurang berpengalaman tidak dapat menandingi Pasukan Teknik FC.

Barisan Pemain Separuh Masa Pertama: Penyerang: Aznan, Hillary, Tengah: Sabir, Awang Wahid, Jasni, Haindy, Pertahanan: Amirul, Edward, Mcmanus, Shamsuddin.

Teknik FC menjaring seawal minit ke-3 melalui Haindy yang mendapat lorongan yang cantik daripada Hillary. Haindy sepantas kilat menyambar peluang dan merembat bola untuk kedudukan 1-0.

Gandingan mantap pemain berpengalaman, Sabir, Awang, Jasni, Haindy berjaya mengawal bahagian tengah dengan baik. Sabir dan Haindy merangka serangan dari sebelah kiri dan terus mengumpan bola kepada Aznan dan Hillary. Namun kedua-dua penyerang Teknik FC kelihatan tumpul didepan gol.


Pok Ding yang sekali sekala overlap untuk menekan pihak lawan.

Dua-dua pasukan terus berbalas serangan, dan Pasukan Kickers nampak lebih bertenaga dengan gerakan-gerakan solo mereka. Namun barisan pertahanan terus menafikan semua cubaan pihak lawan. Kickers FC tidak berjaya mencipta peluang yang membahayakan pintu gol pasukan tuan rumah.

Gol kedua diperolehi 5 minit sebelum tamat separuh masa ke dua melalui Sabir Lansah yang membuat first timer hasil hantaran Jasni ke dalam kotak penalti pihak lawan. Gooollll!!!


Sabir menyepak dan.........goooolllll!!!!

Separuh masa pertama berakhir dengan 2-0. (Belum ada bolos lagi... bilang si Edward sama McManus..)


Barisan Pemain Separuh Masa Ke-2: Penyerang: Aznan, Derlan, Tengah: Suhairi, Jasni, Sabir, Haindy, Pertahanan: Mcmanus (Hillary), Pskpp, Zamri, Arash.

Pasukan Kickers juga melakukan 3 pertukaran yang nampaknya lebih berpengalaman dan terus membuahkan hasil, 5 minit separuh masa ke-2 bermula. Khairul yang bertungkus lumus menyelamatkan percubaan pihak lawan, menampan bola tetapi bola melantun kepada pemain lawan. Hasilnya Khairul hanya mampu melihat bola masuk ke dalam gawang. Kedudukan berubah kepada 2-1.

Akibat bolos sekali, Khairul nekad melakukan dive dan berjaya menyelamatkan gawang beberapa kali. Tahniah!!!

Gol ke-3 adalah gol cantik dari pemain sayap yang baru dimasukkan, Suhairi @ Torres yang berjaya merebut bola dari kaki pemain pertahanan lawan, mengawal bola ke sebelah kanan dan melakukan percubaan dari jarak 30 meter. Penjaga gol pasukan Kickers tertewas tanpa bergerak... Gila kau... ini gol hebat!!!


Suhairi yang menjaringkan gol cantik mendapat ucapan tahniah dari McManus...

Selang dua minit kemudian, satu sepakan percuma dianugerahkan kepada Teknik FC akibat kekasaran keatas Haindy. Sabir Lansah bertindak bijak melambungkan bola kedalam kotak penalti dimana Derlan D yang mahir dengan tandukan, menanduk bola dengan kemas bagi memastikan Teknik FC berada dalam kedudukan selesa dengan jaringan 4-1. 


Hillary menggantikan McManus akibat kecederaan...

Perlawanan semakin rancak dan Teknik FC terus mengasak kubu Kickers FC namun semua peluang disia-siakan. McManus @ Vidic mengalami sedikit kecederaan yang menyaksikan Hillary terpaksa menyarung semula jersi untuk beraksi dibahagian tengah.

Keputusan perlawanan kekal sehingga wisel penamat.

Satu yang kurang dalam perlawan ini ialah penjaga garisan. Amirul yang menggantikan Zamri selaku penjaga garisan melakukan beberapa keputusan yang salah. Dia ada memaklumkan bahawa tidak pernah melakukan tugas tersebut dan pihak tuan rumah seharusnya bersedia untuk masalah seperti ini.

Man Of The Match dari kacamata Pahaikan.com: Sabir Lansah

Gambar-gambar lain dalam perlawanan ini boleh diakses di Pahaikan's Album: Klik sini: Album Teknik FC vs Kickers FC - 17 Oct 2009

CATATAN: Menang terus ni.... hebat!!!!