Barisan kesebelasan utama yang bermain di separuh masa pertama perlawanan menentang Kolej Komuniti Tawau...

Kolej Komuniti Tawau bertandang ke The Green, SM Teknik Tawau dengan tujuan membalas dendam atas kekalahan tipis 6 - 5 pada 24/02/2010 yang lepas. Ini merupakan siri perlawanan persahabatan terakhir mereka dalam minggu ini sebelum bertolak ke Kota Kinabalu untuk perlawanan Liga IPTA Sabah di Universiti Malaysia Sabah. Dan berita baik untuk penyokong mereka, mereka menang dalam perlawanan ini dengan jaringan 5 - 4.

Dalam separuh masa pertama, Teknik FC didahului dengan jaringan 4 - 1 dimana 2 gol KKT diperolehi melalui kesilapan penjaga gol yang "digantung" dan 2 gol lagi melalui serangan pantas yang tidak dapat dipintas oleh barisan pertahanan Teknik FC. Gol tunggal Teknik FC di separuh masa pertama diperolehi apabila Razi membuat hantaran yang cantik kepada Haindy Sapikit yang berjaya melepasi perangkap offside. Haindy menyudahkan hantaran dengan kemas...


Jasni, Aznan, Syeh, Asmawi, Syazani, Arash, Khairul, Shamsudin, Awang Wahid dan Fandi (tiada dalam gambar) yang masuk menggantikan 10 pemain kesebelasan utama separuh masa pertama...

Dalam separuh masa ke-2 pula, 10 orang pemain Teknik FC dikeluarkan untuk memberikan ruang kepada tenaga baru untuk mencari gol penyamaan. Belum pun lima minit permainan separuh masa ke-2, Teknik FC mendapat gol semangat melalui sepakan penalti apabila Razi dijatuhkan oleh penjaga gol di dalam kotak penalti. Razi dengan tenang menyudahkan sepakan penalti tersebut.

Semangat yang berkobar terus mengiringi corak permainan Teknik FC namun KKT mendapat satu gol lagi apabila Syazani juga "digantung" untuk gol ke-5 Kolej Komuniti Tawau. Apa pun, Teknik FC terus mengasak dan memperolehi 2 gol lagi melalui Asmawi dan Razi. Gol Asmawi hadir pada minit ke 60 apabila dia berjaya melarikan bola kesebelah kanan gawang gol pasukan KKT sebelum membawa masuk dan merembat dari jarak 25 meter untuk kedudukan 3 - 5. Gol Razi pula diperolehi hasil hantaran Jasni kepada Razi yang melepasi pertahanan tengah KKT sebelum menggantung penjaga gol pasukan KKT untuk kedudukan 4 - 5.

Walau bagaimanapun,  KKT mengambil alih penguasaan permainan namun semua percubaan mereka digagalkan dengan kepantasan Haindy yang menggantikan Arash di bahagian pertahanan.


Antara penyokong yang hadir untuk memberikan semangat kepada pasukan Teknik FC...

Para penonton terus bersorak untuk memberikan semangat namun, pasukan KKT sering mengeluarkan bola untuk mempertahankan kedudukan mereka. Fandi mempunyai peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-73 namun kepantasan pemain pertahanan KKT sempat memintas bola sebelum masuk ke gawang gol mereka. Kedudukan 5 - 4 kekal sehingga ke wisel penamat.

Secara keseluruhannya, corak permainan Teknik FC nampak sangat teratur pada separuh masa ke-2. Yang pasti kombinasi 3 pemain veteran iaitu Jasni, Awang Wahid dan Razi banyak membantu merancang dan mempertajamkan serangan pasukan Teknik FC. Kehadiran anak Jasni iaitu Fandi juga turut menambahkan tekanan ke atas pasukan KKT...

CATATAN: Aisyeh men.... Kalau ini macam... Veteran kena selalu main separuh masa ke-2...