Setelah seri 2-2 dengan Kolej Komuniti semalam, Teknik FC turun padang lagi hari ini untuk perlawanan persahabatan dengan Pasukan Pemandu Bas Sekolah. Beberapa pemain yang tidak beraksi semalam turun dalam perlawanan ini seperti Jasni, Derlan dan seorang kawan Herman (Lupa pula tanya nama dia ni..).

Barisan Pemain Separuh Masa Pertama: Penyerang: Derlan, Khairul, Tengah: Herman, Kawan Herman, Jasni, Haindy, Pertahanan: Arash, Edward, Fazillah, Hillary. Penjaga Gol: Iqbal

Persembahan dalam separuh masa pertama amat mendukacitakan apabila Teknik FC di dahului dengan jaringan 0-1. Keperitan makin dirasakan kerana keadaan padang yang digenangi air menyukarkan pergerakan bola.

Perlawanan bermula agak rancak apabila Teknik FC terus mengasak Pasukan Pemandu Bas dalam lima minit pertama perlawanan. Bagaimanapun, hasil kelincahan pemain penyerang pihak lawan, gawang teknik dibolosi pada minit ke-8 hasil kawalan kurang kemas barisan pertahanan Teknik FC.

Teknik FC dihukum sekali lagi lima minit sebelum tamat apabila Hillary di pertahanan kanan gagal mengawal pemain penyerang Pemandu Bas yang berjaya melebarkan kedudukan kepada 0-2.

Kedudukan separuh masa pertama, 0-2.

Di separuh masa kedua, beberapa perubahan posisi dilakukan dan Alex, Shamsuddin dan Suhairi masuk menggantikan Derlan, Hillary dan Herman. Herman bertukar ke posisi penjaga gol menggantikan Iqbal yang balik ke asrama manakala Derlan bertukar posisi ke pertahanan bahagian tengah menggantikan Fazillah. Aznan turut masuk ke bahagian tengah untuk memperkuatkan pertahanan.

Corak permainan mula berubah dan Teknik FC mula menguasai permainan, namun beberapa peluang keemasan disia-siakan begitu sahaja.


Beberapa peluang keemasan di depan gol disia-siakan begitu sahaja...

Akhirnya, Haindy berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-15 separuh masa kedua untuk kedudukan 1-2, yang mendapat hantaran dari Jasni, melepasi penjaga gol dan merembat ke sebelah kanan gawal gol pasukan lawan. Seminit kemudian, Haindy menjaring sekali lagi untuk kedudukan 2-2, juga dari hantaran dari Jasni.


Keputusan yang nampak akan kekal sehingga tamat perlawanan berubah apabila Pasukan Pemandu Bas berjaya menjaringkan gol kemenangan 3 minit sebelum tamat separuh masa ke-2.

Teknik FC terus mengasak tetapi bahagian pertahanan pasukan Pemandu Bas berjaya mematahkan serangan dan bertahan untuk kemenangan tipis 2-3.

Keseluruhannya, permainan kali ini masih memperlihatkan kelemahan dibahagian tengah seperti perlawanan sebelum ini. Kehadiran Jasni sedikit sebanyak membantu namun penguasaan bola lebih banyak kepada pasukan lawan. Pasukan Teknik FC sememangnya memerlukan seorang mastermind yang boleh beraksi dalam setiap perlawanan untuk memungkinkan Teknik FC bermain dengan lebih teratur.

Man Of The Match dari kacamata Pahaikan.com: Haindy Sapikit (2 gol)


CATATAN: Setakat ni, dua kali kalah sudah...